"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"
Showing posts with label recipes. Show all posts
Showing posts with label recipes. Show all posts

Wednesday, 24 June 2009

Yong Tau Foo ke Steamboat??? ---> Episode 2

Ok... sambungan dari entri semalam

Sejak diet ni YTF ngan SB nih dah jadi makanan asasi aku dah. Malam2 lapar nak elak dari makan nasi makan la sup banyak2 sampai kembung perut. Tak de la low calorie sgt sebab sos YTF tu manis sebenarnya. Tapi still better dari aku makan nasi 2 pinggan.

Kedua dua resepi ni aku amik dari MyResepi. Aku amik resepi yg paling mudah. Tak de guna authentic ingredient macam tauchu, hoisin sos or plum sos. Semua bahan2 boleh didapati di kedai2 runcit berdekatan (Tijah bolehla ko pergi kedai abang Azhar).



Sos YTF ni dah byk kali buat (link)... mmg faveret aku. Pernah buat ikut resepi yg guna tau chu. Aku rasa macam tak berapa nak best. Terpulang pada tekak masing2. Ada macam2 version resepi buat sos YTF ni sebenarnya.







Bahan2
*10 tangkai cili kering
*gula melaka /merah
*bijan goreng
*gula(kalau nak lebih manis)
*sedikit garam
*sedikit belacan
*sedikit air
*1 sudu minyak
*1 -2 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn air (nak bagi pekat)

Cara2

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.


Sos/sambal cili ni (link) plak adalah first time buat (aku kurengg ngan sos cili stimboat dalam apa version sekali pun). Review kat myresepi kata macam rasa sos kat Restoran Johnny's. Aku pun tak pasti kesohihan nya. Jangankan makan kat Johnny's, tengok bumbung Johnny's pun aku tak pernah. Kesian kannn. So, korang2 yg pernah makan kat Johnnys tolong buat dan sohihkan yer.




Bahan2

6 biji cili merah - dimesin
1 ulas bawang putih-ditumbuk
bijan goreng
1 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar sos ikan
cuka
air
gula
sedikit air
aku tambah sos cili sket

Cara2
Masak bahan bahan dalam periuk sehingga pekat. Boleh ditabur kacang tumbuk kalau suka



Kuah :
Untuk kuah nya... ada yg suka pakai sup rangka ayam dan ada juga yg suka sup berperisa Tom Yam. Aku personally suka sup tumis bawang putih ngan ikan bilis.










Pas tu masukkan la segala apa2 sahaja bahan kegemaran ke dalam sup. Ayam, sayur, telur, ball-ball, udang, sotong ketam.. Jangan korang masukkan tapak sleman sudahh.










Benda putih yg macam kue tiaw tu aku tak tau apa namanya....perlu untuk mengeyangkan perut...

Sunday, 21 June 2009

Buat terakhir kali

Hujung tahun lepas aku sangat suka yer membuat Black Forest Cake. Ala2 upacara mingguan kekdahnya. Kekerapan membuat kek adalah berkadar lansung dengan isipadu lemak dalam badan aku ni. Tiba-tiba tengok jeans size 10 dah tak muat.

Misi kali ni adalah nak habiskan cocoa powder ngan black cherry filling. By the time aku nak balik Malaysia nanti aku nak pastikan semua benda kat dapur aku ni licin bersih. So, mungkin inilah kali terakhir aku buat black forest cake di Nottingham.. errr mungkin juga untuk seumur hidup.

Basic buat bahan kek ni sonang jo... chocolate cake, black cherry filling ngan double cream. Aku ada la buat a few experiment dengan jenis2 chocolate cake. Kadang2 aku guna moist chocolate cake. Kadang2 guna sponge chocolate cake. Kadang2 guna coklat cake biasa. Personally aku suka normal chocolate cake. Kalau guna moist cake teksturnya macam terlalu padat + rasa coklat tu rich sgt sampai rasa cherry filling tak terasa. Kalau guna sponge cake, macam kosong sgt +++ aku tak pandai buat sponge cake. Dah 2-3 kali buat asyik bantat jer. Apa kes ntah.

Ni adalah resepi chocolate cake version Kak Tim... aku suka, hasilnya tak pernah mengecewakan

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula caster
1 cawan cocoa powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B:
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan evaporated milk
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 susu kecil nescafe

Cara:
1. Ayak semua bahan A bersama2. Ini step wajib yer puan2. Jangan ngelat.
2. Pukul telur sedikit ngan garfu. Lepas tu masukkkan semua bahan B bersama sama. Kacau hingga sebati.
3. Campurkan campuran B ke campuran A. Kacau sehingga mesra.
4. Masuk dalam loyang dan bakar (suhu 180 C selama 1 jam lebih kurang).
5. Bila dah masak tunggu kek sejuk dulu untuk aktiviti frosting
6. Frosting
utk frosting plak cuma whip double cream ngan icing sugar. Berapa byk icing sugar tu bergantung kepada tahap kemanisan puan2 la yer. Aku tak suka manis sgt. Sukatan aku biasanya 400 ml double cream + 8 sudu makan icing sugar.

Gambar 1: ini adalah alat radas untuk frosting.. pisau frosting + nozzle.

Gambar 2: belah kek kpd 2 bahagian. sapukan ngan frosting cream. Kemudian sapukan dengan black cherry filling.

Gambar 3: Tangkupkan kedua2 bahagian kek. Kalau nak cantik ratakan bahagian atas kek. Tapi aku sayang nak buang.

Gambar 4: first layer frosting




Gambar 5: 2nd layer frosting dan selepas didecorate.

Gambar 6: Tambah black cherry untuk mendapat sentuhan warna disitu.

Gambar 7: Letak chocolate rice kat tepi tepi kek

Gambar 8: this is when my dear husband tried to become creative. benci taww, terus tak cantik kek aku.





OK... aku dan artistik bukanla kombinasi yg bagus. Tapi tak pe la kan, bukan aku nak jual pun kek ni. Mungkin lepas cobaan ke doploh ribu lapan ratus kali barulah skill memfrosting aku akan perfect. Lagipun Jamie Oliver kata home made cake tak boleh nampak terlalu perfect.. tak feeling homey nanti katanya. Aku setuju benar dg kata2 beliau itu.

Untuk kawan2 Diari Kurus... sesungguhnya aku tak tergamak menyatakan nilai kalori kek diatas. Aku congak2 mungkin mencecah 5000 kcal. Mungkin ini salahku yg memberi ruang (...atie tolong sambung lirik). Tapi untuk mengelakkan rasa bersalah aku dah bagi separuh kek kat jiran sebelah. Legaaaa.

Thursday, 11 June 2009

Nigella Lawson Orange Breakfast Muffins


Aku suka makan muffin-panas-baru-keluar-oven. Kalau muffin sejuk ni tak masuk tekak. Perasaan aku macam rasa manisnya tu terlekat kat kerongkong. So sebab aku ni mengada-ngada, makanya terpaksala aku buat muffin sendiri tiap kali teringin. Tapi OK la.. preparation time pun pun tidak la lama sangat. Dalam 10-15 minit je. Boleh buat sambil tengok cerita Matahari yg sengal tuh ( aku ni tak habis habis kutuk cerita ni... tapi tengok jugak heheh)

Actually dah byk resepi muffin yg aku try. Basically dari segi rasa tak byk beza. Tapi the trickiest part ialah nak dapat tekstur yg bagus dan muffin yg naik cantik.

So hari ni aku nak kongsi resepi muffin yg aku rasa teksturnya best.



Gambar guna gambar hiasan jer sebab aku malas nak amik gambo.

Resepi diambil dari sini

Ingredients

* 75 g unsalted butter
* 250 g self-raising flour
* 25 g ground almonds ( kadang2 aku substitute dgn grated carrot, pun sedap juga)
* 1/2 teaspoon bicarbonate of soda
* 1 teaspoon baking powder
* 75 g caster sugar
* 1 orange, zest of
* 100 ml freshly squeezed orange juice
* 100 ml full-fat milk
* 1 egg

Directions

1. Preheat the oven to 200?C/gas mark 6.

2. Melt the butter and set aside.

3. Combine the flour, ground almonds, bicarb, baking powder, sugar and orange zest in a large bowl.

4. Measure the orange juice and milk into a jug and whisk in the egg and then the cooled, melted butter.

5. Now pour the liquid ingredients into the dry ingredients, mixing with a fork as you go. The batter will be lumpy but that's as it should be: you want everything to be no more than barely combined. The whole point of muffin mixture is that it must never be overworked.

6. Spoon out the mixture equally into the muffin cases and cook for 20 minutes.

7. Remove, in their paper cases, to a wire rack and let cool slightly (but not completely) before devouring.

Important tips: (mula-mula aku tak percaya, tapi setelah dicuba mmg betul) The truth is that a heavy, lumpy batter makes for the lightest muffin.

Tuesday, 9 June 2009

Tiramisu 12 malam


PGMs-receptors-urea-amide-leaching-extraction-scrubbing-stripping-electrowinning

I need sometime off from those little babies
_______________________________________________________________________

korek-korek peti ais jumpa la mascorpone cheese yg dah expired 2 minggu ngan double cream yg pun dah expired seminggu. Aku beli bahan2 ni sebelum Kem Basmi Lemak dilancarkan. Tapi tengok-tengok macam elok lagi. Guna je lah. Kalau 2-3 hari lagi aku masuk hospital jgn lupa kirimkan bunga ngan cokelat ferrero rocher yer kawan2.

Okeh jom buat tiramisu....

Ingredients

Mascarpone Cheese 250 g
Double Cream 200 ml
Eggs 2biji
Gula 1/2 cup
Vanilla extract 1 tsp
Strong Coffe 150 ml
Chocho powder, to dust
Digestive Biscuit. 1/2 packet

Method

1. Whisk the mascorpone with egg yolks, until everything is thoroughly mixed together.

2. In other bowl, whisk egg white with sugar until the white foam with a pointed peak formed.

3. In another bowl, whisk the double cream until it hold stiff peaks.

Ok..sambung cakap melayu plak

4. Lepas tu mixed 1 + 2 + 3.. pakai senduk jer, toksah pakai mixer. Campurkan vanilla extract + cofee pekat dalam 3-4 sudu besar. Kacau hingga sebati.


5. Pastu buatla 2-3 lapis (sesuka hati) berselang seli dgn digestive biscuit yg telah direndam dalam coffe pekat tadi. (rendam sket sket aje jgn samapai biskut tu lembik)
- boleh ganti ngan sponge cake kalau suka.


6. Pastu masukkan dalam fridge. Biarla dalam 2-3 jam. Kalau overnight lagi bagus.

7. Sebelum hidang tu dust dgn shifted cocoa+cofee powder.




Monday, 1 June 2009

Misi menghabiskan tepung beras 1 - Kueh Lompang

Aku ni bukanlah penggemar kuih tradisional melainkan epok epok a.k.a karipap. Kuih kuih lain tu setakat OK OK jer. Kalau ada aku makan kalau tak de pun aku tak kisah. Sebabnya... mungkin kurang expose dari kecik. Mak aku jarang buat kuih kuih tradisional ni. She's more to baking membaking macam buat kek & cookies. Atuk aku plak signature kuih beliau adalah kuih ketayap, kueh koci ngan lepat pisang. Akibatnya bila aku dah besar tengok pun aku dah tak lalu.

Tapikan.. kat pasar malam BBB ada satu gerai jual pelbagai kuih talam yg memang sedap. Aku harap mak cik tu idup lagi la supaya sempat aku merasa kuih talam beliau.

Merujuk kepada post aku yg lepas.. aku ada la tepung beras berlebihan kat rumah ni. Aku beli dulu sebab tetiba teringin nak makan kuih tepung pelita. Adala aku buat sekali.. pastu tersadai tepung yg lebih sampai ke sudah. So, hari ni aku buat kuih lompang. Senang je buatnya. Preparation time around15 minute. Pastu masukkan je dalam steamer.















rupa paras kuih adalah sedikit keji

Resepi

Bahan2
1 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung/ubi
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan
1 cawan gula
daun pandan
pewarna

Cara2
1. Rebus gula dgn air + daun pandan sehingga gula larut. Sejukkan.
2. Campurkan santan ke dalam air gula.
3. Campur tepung (beras & cournflour) dgn air santan tadi. Kacau hingga sebati.
4. letakkan pewarna
5. lengser acuan dgn sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus 15 minit.
6. Untuk kelapa - gaul kelapa parut dgn garam. Kukus sebentar (5-10 mint)

Wednesday, 20 May 2009

Ayam percik

Dedulu kalau dapat pegi pekan Sri Gading dah kira happening abis walaupun sekadar pegi kedai Jik Leng i.e. kedai kegemaran atuk aku beli bawang , ikan etc. Lepas tu singgah makan Soto Mikun. Lepas tu singgah Warung Hamid tapau rojak manis.

Hari yg paling ditunggu biasanya adalah hari Sabtu sebab hari Sabtu ada pasar lambak Sri Gading. Bagi sesiapa yg terpilih dapat ikut atuk aku pegi pasar lambak tu mmg bertuah le. Dari tengah hari dah siap mandi dan pakai baju gown ropol ropol (trendy abis le tu kononnye). Zaman tu kitorang tak de kereta. Samada pergi naik teksi ataupun naik motor Hondacup C70 ayah aku.

Aku paling suka makan ayam percik. Ayam percik Sri Gading tahun 80-an memang paling best di alam semesta. 15 tahun kemudiannya aku byk habiskan masa kat Bandar Baru Bangi. Tapi ayam percik pasar malam Fasa 1 ngan Fasa 4 adalah tak berapa nak best. Bila balik Batu Pahat pun aku jarang dah pegi pasar Sri Gading, masa tu aku dah pindah duduk kat Tmn. Beroleh. so pasar lambak pun dah upgrade pegi pasar malam PESTA ataupun KG. ISTANA. Zaman ni tengah jakun makan Roti Jon.

Panjang la plak mukadimah aku. Yg sebenarnya aku nak share resepi ayam percik yg aku rasa agak sedapp. Aku dah try byk resepi ayam percik. Tapi kebanyakkannya tak menepati piawaian tekak aku. So, hari ni, aku try resepi oleh YANI dari myresepi. Ermm.... boleh tahan sedapnya. Sekiranya anda adalah penggemar ayam percik I would say that this resepi is worth to try.




Bahan Bahan

* 1 sekor ayam yang dipotong 4
* 1 1/2 cawan santan pekat
* 2 biji bawang putih
* 1 labu bwg besar
* 2 cm halia
* 2 batang serai
* 1 camca kecil ketumbar
* 1/2 camca kecil jintan putih
* 1/2 cawan tepung beras
* sedikit air asam jawa@asam keping
* cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
* 1 sb gula gula merah
* sedikit garam

Cara-cara

1. blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta
bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak
pekat.
3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera
masing2

Tuesday, 28 April 2009

Entry tak bermakna

apple cake 1.jpg

Baru tadi kejap pegi hoping hoping blog. Encik Mat Gebu buat Apple Cake hari ni. Sedapnya. Drooling aku disini. Nak buat sendiri tengah busy ya amat sekarang ni. Kalaulah aku boleh order...

Friday, 3 April 2009

Dendeng ke Dinding

Dah lama tak main masak2 kat blog ni. Bukan sebab aku tak masak tapi aku malas nak amik gambar lepas masak. Sementelah aku tengah tak der mood nak menceceh dalam blog ni, biarlah aku ceriakan blog ni dengan resepi-resepi harian.

Photobucket

OK... hasil masakan aku hari ni adalah daging Dendeng. Dendeng ni kalau tak salah aku masakan tradisional orang Negeri Sembilan particularly orang Minang (please correct me if I'm wrong). Masa aku buat matrikulasi kat Kolej Mara Seremban dulu aku telah merasa 'what-so-called' the original daging masak dendeng yg dibeli dekat pasar ramadhan Ampangan (pergi pasar dengan harapan dapat jumpa adik lelaki Amelina dangdut yg hensem..heheh). Memang sodappp... tapi pedasnya humang aiii, tahap 7 petala langit punya pedas. Abis air sirap satu jag aku minum.

Maka, semenjak aku berkecimpungan dalam bidang masak memasak ni, selalu jugak aku try resepi dendeng yg aku dapat dari internet. Tapi masalah problemnya tak pernah dapat rasa yg sama seperti yg pernah aku makan suatu ketika dahulu ( sila selitkan bunyi cengkerik utk mood flasback di sini).

Hari ni plak aku try resepi daging Dendeng yg diadaptasi dari blog Encik Mat Gebu . Tapi aku adjust sket2 la macam aku kurangkan gula +++ more cili api. Wah... gumbira sungguh rasa hati. Rasanya 90% hampir sama dengan daging dendeng Ampangan. Sebakul ucapan terima kasih untuk encik Mat Gebu. Habis dah satu mangkuk daging dendeng aku makan dengan 3 pinggan nasi. Tiba2 rasa berdosa sebab tak diet hari nih. Takpe, nanti petang aku lari kat gym sampai pengsan.

P/S: Atie.. cubo kau tanya kat omak ekau camano nak buek daging dendeng versi Rombau. Buleh den cubo try test. Kabo kat mak cik den nak masakkan untuk Queen Elizabeth. Ngidam katonyo.

Thursday, 4 December 2008

Udang masak lemak tempoyak

Photobucket

Walaupun kami ni dok jauh beribu batu dari Malaysia, namun tempoyak tetap di hati.

Minggu lepas masa nak clearkan fridge aku jumpa le tempoyak ni. Adala dlm 2-3 sudu last kopek punya. Selongkar freezer plak, jumpa udang dalam 12 ekor. Sepantas kilat aku dah tau nak masak apa hari tu. Senang, sedap dan mudah.

Bahan-Bahan
Bawang besar - 1/4 biji
Cili api - ikut suka korang le nak letak 50 biji sekalipun
Serai -1 batang ditik
Kunyit - 1/2 sudu kecil
Asam keping - 1 keping
Tempoyak - 3 sudu
Santan - 1/4 cawan
Air - 1 cawan

Cara memasak
1. Blendkan bawang + kunyit + cili dengan air
2. Masukkan dalam periuk. Kemudian campakkan serai dan asam keping. Masak hingga mendidih
3. Masukkan tempoyak.
4. Masukkan udang
5. Tambahkan santan
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
7. Tutup api bila udang dah masak

Dah siap pun. senang kan buatnya. Boleh masak sambil tengok Sutera Maya lagi.


Monday, 10 November 2008

Rancangan mari menambah lelemak anda - home made pizza

Ini adalah supper malam semalam ... sangat tak bagus untuk kesihatan ye kawan-kawan.

Photobucket

Bahan utk Doh :-
250 g tepung gandum
1 s/b margerin
1 sudu kecil yeast
125 ml air - suam2
garam
Cara:
1. campurkan tepung + margerin. Buat bread crumb.
2. campurkan yis + 50 ml air suam. Then masukkan dalam (1). Uli doh. Campurkan lebihan air sedikit demi sedikit. Uli lagi doh lebih kurang 15 minit.
3. Masukkan doh dalam bekas, tutup dgn cling film. Biarkan dalam 30 minit.
4. canai doh menjadi leper.
Topping:
1. Letakkan tomato puree + grated cheese as a base.
2. Letakkan segala mala topping yg anda sukai. eg. ayam, peperoni, sosej, mince meat, olive pickle, jagung, nenas, crab stic etc. etc.
3. Pastu letak mozarella cheese
4. Bakar pizza selama 20-30 minit.

taraaa... pizza dah sedia untuk dibaham.

Tuesday, 22 January 2008

Roasted Chicken Wings

Assalamualaikum kawan2.. mari kita semua ceriakan hidup kita kembali. Tak mo dah sentimental2. OK kali ni resepi yg ingin dikongsi adalah Roasted Chicken Wings. Aku tak sure le seimbang tak pemakanan ni ..heheh tapi ada sayur tu kira OK lah kan

Photobucket


Bahan- Bahan

Marinate
Chicken Wings 10 pieces
Garlic 3 ulas
Olive oil 2 sudu besar
Oyster Sauce (sikit jer) 1 sudu besar
Kicap 3 sudu besar
Honey 2 sudu besar
Lime juice 1 sudu besar
Garam

Vegies
Kobis bunga
Broccoli
Carrot

GravyGarlic
Brown Sos
Cili sos
Lada hitam(serbuk)
Lea Perrins

French fries or mash potato

Cara Memasak

1. Cincang garlic kecil-lecil ( crush pun OK). Campurkan semua bahan marinate. Perap 4-5 jam. Kalau overnight lagi bagus. Kemudian bakar di dalam oven sehingga masak garing.
2. Potong sayur-sayuran mengikut saiz kegemaran puan2. Steam sampai sayur lembut ( approx. 20 min)
3. Untuk gravy: cincang garlic..tumis dgn sedikit minyak. Campurkan bahan untuk gravy sesuka hati puan2 sehinggalah puan2 rasa sedap :). Masak untuk beberapa minit.
4. hidangkan bersama french fries or mash potato.

Sunday, 20 January 2008

Sambal tumis udang petai

Sambal tumis will always be our all time favourites. At least seminggu sekali. Tak kiralah sambal tumis apa sekalipun. .. mesti licin. BTW it's the most easy 'lauk' to cook. Blend ajer semua bahan lepas tu tinggal kan...buleh mandi, buleh solat, buleh tengok TV...lalalala

So sambal tumis minggu ini adalah sambal tumis udang petai

Photobucket

Bahan-bahan

Udang 10 ekor
Bawang besar 2 labu
Cili kering ( direbus dan dikisar) 20 tangkai
Belacan 2 cm
Asam keping 2 keping
Petai 1 papan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak

1. Kisarkan bawang, cili kering dan belacan bersama.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
3. Masukkan asam keping
4. Setelah naik minyak tambahkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan udang, teruskan menumis sehingga udang masak
6. masukkan petai... biar selama beberapa minit.

Saturday, 19 January 2008

Nasi Minyak

Photobucket

Bahan-bahan
Beras 3 pot
Bawang besar( dihiris) 1 labu
Susu cair 1/4 cawan
Minyak Sapi 3 sudu besar
Minyak masak 1/4 cawan
Kismis
Garam
Rempah Ratus
Kayu Manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga

Cara memasak
1. Cuci beras. Ketepikan
2. Cairkan dan panaskan minyak sapi. Tumis bawang sehingga kuning. Campurkan rempah ratus.
3. Setelah beberapa minit campurkan garam dam minyak masak.
4. Campurkan bahan bahan diatas ke dalam beras. Tambahkan susu dan air sehingga ke anggaran yg sesuai.
5. Tanak menggunakan periuk nasi. Setelah nasi hampir masak campurkan kismis dan kacau perlahan-lahan.
6. Hidangkan nasi dengan bawang goreng dan daun bawang

Ayam Masak Madu

Photobucket



Bahan-bahan

Ayam 1/2 kilo
Bawang besar (dikisar/tumbuk) 1 labu
Cili kering 9 direbus dan dikisar) 7 batang
Rempah ratus
Kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
Madu 4 sudu
Minyak
Kunyit
Garam

Cara memasak

1. Goreng ayam yg telah digaul dgn kunit dan garam. Ketepikan.
2. Tumis bawang dan cili yg telah dikisar. Setelah minyak naik tambahkan rempah ratus. Tumis lagi beberapa minit.
3. Campurkan ayam yg telah digoreng. Gaulkan dalam 5 minit.
4. Tambahkan madu
5. Tambahkan garam secukup rasa

Acar Pencuk

Photobucket

Bahan - bahan

Timun 1 batang
Carrot 1 batang
Bawang besar 1/2 labu
Nenas 1/2 biji
Lada merah basah 2 batang

Cara Memasak

1. Potong dan hiris bahan .
2. Campurkan cuka dan gula secukup rasa. Biarkan dalam 1 jam sebelum dimakan.

Thursday, 17 January 2008

Chicken Stew

Photobucket

Stew ayam ni macam glamer jer namanya, tapi sebenarnya rasanya macam sup aje, cuma kuahnya pekat sket sebab dicampurkan dgn kentang lenyek dan cornflour.

Bahan -bahan

Ayam 1/2 kg
Kentang 5 biji (potong 8)
Bawang besar 1/2 biji( dicincang)
Bawang putih 2 ulas( dicincang)
Sup Bunjut 1 bunjut
Celery 1 batang
Tomato 1 biji
Lobak merah 1 batang
Sos tiram 1 sudu besar
Lada Hitam serbuk 1 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu besar
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak

1. Masukkan semua bahan melainkan tepung jagung dalam slow-cooker dan setkan low.
Air sama paras dengan bahan.
2. Masakkan selama 2-3 jam.
3. Bila ayam dah lembut lecekkan separuh kentang supaya kuah pekat.
4. Tambahkan tepung jagung. Panaskan selama 15 minit sambil kacau perlahan.
4. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
5. Hidangkan dengan roti biasa, garlic bread or cheese twist stick.

Photobucket

Sesuai untuk hidangan petang atau malam.

Friday, 21 September 2007

Ayam panggang madu berempah

Kredit to mesra.net

Bahan-bahan
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
5 biji limau kasturi - perah dan ambil airnya
( aku pakai lime jus ASDA jer :) )
2 sudu besar kicap pekat
sedikit garam
3 sudu besar rempah kari
1/3 cawan madu

Cara:

1. Bersihkan ayam.Potong kepada dua bahagian.
2. Tumbuk bawang putih,bawang merah dan halia hingga lumat.
3. Campurkan bahan yang telah ditumbuk bersama air limau, kicap pekat,garam, rempah kari dan madu.
4. Perap bahan-bahan tadi bersama ayam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
5. Bakar ayam di dalam oven hingga masak.

Pesanan dr aku:
Jus limau tu ingredient yg agak penting, aku pernah buat tak letak jus limau and rasanya ada kurengg sikit

Masa perap yg paling ideal adalah overnight - aku pernah pefrap 5 jam jer dan rasanyer juga kurengg.