Sejak diet ni YTF ngan SB nih dah jadi makanan asasi aku dah. Malam2 lapar nak elak dari makan nasi makan la sup banyak2 sampai kembung perut. Tak de la low calorie sgt sebab sos YTF tu manis sebenarnya. Tapi still better dari aku makan nasi 2 pinggan.
Kedua dua resepi ni aku amik dari MyResepi. Aku amik resepi yg paling mudah. Tak de guna authentic ingredient macam tauchu, hoisin sos or plum sos. Semua bahan2 boleh didapati di kedai2 runcit berdekatan (Tijah bolehla ko pergi kedai abang Azhar).
Kedua dua resepi ni aku amik dari MyResepi. Aku amik resepi yg paling mudah. Tak de guna authentic ingredient macam tauchu, hoisin sos or plum sos. Semua bahan2 boleh didapati di kedai2 runcit berdekatan (Tijah bolehla ko pergi kedai abang Azhar).
Sos YTF ni dah byk kali buat (link)... mmg faveret aku. Pernah buat ikut resepi yg guna tau chu. Aku rasa macam tak berapa nak best. Terpulang pada tekak masing2. Ada macam2 version resepi buat sos YTF ni sebenarnya.
Bahan2
*10 tangkai cili kering
*gula melaka /merah
*bijan goreng
*gula(kalau nak lebih manis)
*sedikit garam
*sedikit belacan
*sedikit air
*1 sudu minyak
*1 -2 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn air (nak bagi pekat)
Cara2
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.
Sos/sambal cili ni (link) plak adalah first time buat (aku kurengg ngan sos cili stimboat dalam apa version sekali pun). Review kat myresepi kata macam rasa sos kat Restoran Johnny's. Aku pun tak pasti kesohihan nya. Jangankan makan kat Johnny's, tengok bumbung Johnny's pun aku tak pernah. Kesian kannn. So, korang2 yg pernah makan kat Johnnys tolong buat dan sohihkan yer.
Bahan2
6 biji cili merah - dimesin
1 ulas bawang putih-ditumbuk
bijan goreng
1 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar sos ikan
cuka
air
gula
sedikit air
aku tambah sos cili sket
Cara2
Masak bahan bahan dalam periuk sehingga pekat. Boleh ditabur kacang tumbuk kalau suka
Kuah :
Untuk kuah nya... ada yg suka pakai sup rangka ayam dan ada juga yg suka sup berperisa Tom Yam. Aku personally suka sup tumis bawang putih ngan ikan bilis.
Pas tu masukkan la segala apa2 sahaja bahan kegemaran ke dalam sup. Ayam, sayur, telur, ball-ball, udang, sotong ketam.. Jangan korang masukkan tapak sleman sudahh.
Benda putih yg macam kue tiaw tu aku tak tau apa namanya....perlu untuk mengeyangkan perut...
6 comments:
tapak slemannn?? wakakkaa...misti rasa adalah kenyal kan?
*malas...abg azhar dah tak jaga kaunter lagik. huhuhu
jeles tgk kau yg x makan nasik....aku asik je makan nasik tau dal:(
aku makan nasik jugak atie... cuma sikit jer lah. Paling byk pun 2 senduk sehari.
Tijah --> abang azhar mesti tergugat iman melihat ko. Tu yg nyorok dari jaga kaunter tu.
Series kau buat aku nak rasa tapak sleman
kalau ko dah rasa tapak sleman tolong buat laporan kat blog okes
Post a Comment