Kredit to mesra.net
Bahan-bahan
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
5 biji limau kasturi - perah dan ambil airnya
( aku pakai lime jus ASDA jer :) )
2 sudu besar kicap pekat
sedikit garam
3 sudu besar rempah kari
1/3 cawan madu
Cara:
1. Bersihkan ayam.Potong kepada dua bahagian.
2. Tumbuk bawang putih,bawang merah dan halia hingga lumat.
3. Campurkan bahan yang telah ditumbuk bersama air limau, kicap pekat,garam, rempah kari dan madu.
4. Perap bahan-bahan tadi bersama ayam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
5. Bakar ayam di dalam oven hingga masak.
Pesanan dr aku:
Jus limau tu ingredient yg agak penting, aku pernah buat tak letak jus limau and rasanya ada kurengg sikit
Masa perap yg paling ideal adalah overnight - aku pernah pefrap 5 jam jer dan rasanyer juga kurengg.
2 comments:
ayam ni kalu aku potong kecik2 ok ke?potong empat atau potong lg kecik?ke tak best?hang panggang mcm ne?aku dlm oven je kot...bole ke?suhu sume mcm ne?
aku biasa guna wing ngan peha. Aku bakar dalam oven jer... suhu biasanya aku guna mark 6 mula2 dalam 1/2 jam, lepas tu mark 2 satu jam. Tapi aku rasa ko boleh adjust2 ikut preference kau. Then jgn lupa selalu2 toskan minyak ayam yg keluar.
Post a Comment