"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Sunday 31 August 2008

Salam Ramadhan

Kepada rakan semua, selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia.

Semoga ibadah puasa kita diberkati olehNya. InsyaAllah

Prison Break is back..

1 Sept premier 2 hours. Ready to watch sempena Ramadhan hik hik..

Photobucket
Season 4 cast promo

Photobucket

Sara is back too :)

Merdeka

Kepada sekalian rakyat Malaysia .... selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-51. Semoga Malaysia terus kekal aman, damai dan sejahtera.

Friday 22 August 2008

off to London

Wah… tajuk entry speaking London nampaknya. Tajuk jer...

Yeayeh… esok nak pi London. Ni kali ke-3 aku pegi London. Kotaraya yg kononnya glamer seantero dunia. Sebenarnya tidak ler best sangat London tu. So, korang yg tak der peluang pegi tu tak perlu lah jeles. Tapi memandangkan aku ni dah terlanjur dok kat UK bertahun2 macam tak logis la plak kan kalau aku tak jejak London.

Actually, hampir semua attraction sites aku dah cover dah masa previous trip. Tapi bila check2 balik gambar lama tu, macam tak lawa plak aku rasa aku ni dulu2…hihihihi. MAKA aku rasa adalah perlu aku pergi ke London lagi sekali untuk men ‘snap’ gambar yg mencapai kualiti piawaian aku.

1st time pegi dulu masa Chrismast day 2003. masa tu bujang trang tang tang lagik. Pegi ngan kawan2. Tapi tak best sgt sebab masa tu public holiday, so London tu senyap sunyi macam padang jarak padang terkukur. Gambar pun tak cantik, sebab pakai DigiCam 2.0 Megapixel jerk. Tapi masa tu ada DigiCam pun dah rasa canggih.

Kali ke-2 plak, pegi ngan hubby masa summer 2004. Tapi masa ni aku baru jer 2 minggu lepas misscarriage. Muka pun ala2 pucat lesi. Lagipun masa tu aku masih tak dapat handle tekanan buat PhD dengan bijaksana. So dari air muka tu nampak cam tensen jer. Macam orang sakit buasir pun ada. Camera masih tak upgrade lagik masa ni ..

Ha.. setelah hampir empat tahun berlalu... aku dah semakin happy. Tekanan buat PhD... tetap sentiasa melampaui tahap kenyal. Tapi aku dah semakin bijak meng’handle’ situasi. Tak kuasa dah aku nak tensen2. Bukan membantu pun. So aku pasti gambar2 aku kali ni pasti cun melecun +++ camera pun dah upgrade hokkay.

Mission aku kali ni hanyalah untuk amik gambar2 di sekitar London + pegi stadium tour kat Stamford Bridge + masuk Madame Tussaud + naik London Eye kalau aku rasa aku berani (ahkak sangat pen‘gayat’ OK). Kitorang pergi day trip jer.. naik train pepagi buta pukul 5.00 pagi. Then sampai Notts memalam buta (estimate time pukul 12.00 malam gitu). Ok lah tu… kami tak der duit nak sewa2 hotel ni. Pokai gitu. Dah setahun lebih tak dapat elaun tawww.

OK lah kenkawan… aku nak buat kerja ni. Byk benda nak kena siapkan. Hari ni pegi school half day jer. Tengah hari nak balik rumah. Nak masak bekal untuk esok hari. Gini la nasib orang budget macam kami. Pegi jenjalan pun bawa bekal. Macam orang kampong jer gayanya (mmg org kampong pun). Yelah.. memang ler berlambak cafĂ© Malaysia kat London tuh. Tapi kalau harga sepinggan nasi goreng 6.00 pound apa kes!!!!!

Thursday 21 August 2008

Ezora oh Ezora

Photobucket


Bila la cerita mengarut ni nak habis.... tensen tahap muntah darah dah aku tengok cerita ni. Tapi sapa suruh aku tengok kan..hihihih.

Aku terjebak tengok cerita ni sebab aku sangat suka dengan Fazura dan Gol&Gincu. Tapi cerita ezora ni tak cukup mantap ler untuk tonjolkan bakat ko wahai Fazura. Len kali ko jgn layan si Ahmad Idham tu kalau dia ajak ko berlakon. Dia tu kira bawah sket jer dari Razak Mohideen kalau nak dikira tahap kesengalannya.

Saturday 16 August 2008

feeling down???? try this

just got this quote from somebody and I kind a like it

Sabda Rasulullah:

Seseorang hamba itu apabila tercatat namanya satu darjat dalam Syurga dan dia tidak dapat mencapainya dengan amal ibadah maka Tuhan datangkan ujian. Lantas dia bersabar di atas ujian itu maka kekallah darjat itu di dalam Syurga.”

Thursday 14 August 2008

secret recipe for healthy drinking

Carrot + Ginger + Apple
Boost and cleanse our system.

Apple + Cucumber + Celery
Prevent cancer, reduce cholesterol, and improve stomach upset and headache.

Tomato + Carrot + Apple
Improve skin complexion and bad breath.

Bitter gourd + Apple + Milk
Avoid bad breath and reduce internal body heat.

Orange + Ginger + Cucumber
Improve skin texture and moisture and reduce body heat.

Pineapple + Apple + Watermelon
To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney

Apple + Cucumber + Kiwi
To improves skin complexion.

Pear + Banana
To regulates sugar content.

Carrot + Apple + Pear + Mango
Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization!

Honeydew + Grape + Watermelon + Milk
Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increases cell activity and Strengthen body immunity.

Papaya + Pineapple + Milk
Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

Banana + Pineapple + Milk
Rich in Vitamin with nutritious and prevent constipation

Tuesday 12 August 2008

Welcome to the world Karmila Sofeya.....

My new niece in the town...

Congrats to Caca & Firdhaus

Photobucket


Spring clean -1

It's not spring anyway ... tapi aku nak jugak guna term spring clean

Actually aku tgh men'spring clean' kan inbox email aku. So banyak le fowards email yg aku nak delete. Aku ni bukan orang yg rajin memfoward + kadang2 aku tak sempat pun baca foward emails ni. Biasanya skip jer.

Tapi ada sebahagiannya yg mempunyai mesej2 bernilai yg tak salah disimpan untuk reference dimasa akan datang.

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'.

Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga.' –

Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...ada kawan memfitnah & mengumpat kawan sendiri pasal nak memburukkan org tu sehingga putus sahabat...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai olehLuka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baikketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yangdikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah hari kiamatialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannyaseperti telanjang'.

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu darimereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.'

Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput & sungai²' - Sahih Muslim

parenting skill: merangsang anak2 dengan penghargaan.

memberi pujian kepada anak2 apabila mereka melakukan sesuatu yang baik adalah baik untuk merangsang motivasi dan perkembangan mereka. selain itu, ia juga dapat membentuk jiwa anak2 yang pandai menghargai orang lain pula.

Terdapat pelbagai perkataan dalam bahasa inggeris, untuk memberi pujian, so, tak la boring asyik guna perkataan sama aje. bagaimana pula bahasa melayu? bagaimana kita memberi penghargaan kepada anak2?

Aktiviti : menyenaraikan perkataan2 yang boleh digunakan untuk member pujian/ mengargai/ merangsang anak2 untuk berbuat baik.

jom sambung list di bawah.

Melayu

Pandai!

Bagus!

English

Welldone!

Brilliant!

You are great!

'CORRECT WAY OF COOKING NOODLES'

The correct way to cook instant noodles without harming our bodies and health. `Normally, how we cook the instant noodles is to put the noodles into a pot with water, throw in the powder and let it cook for around 3 minutes and then it's ready to eat.


This is the WRONG method of cooking the instant noodles.

By doing this, when we actually boil the ingredients in the powder, normally with MSG, it will change the molecular structures of the MSG causing it to be toxic.

The other thing that you may or may not realize is that, the noodles are coated with wax and it will take around 4 to 5 days for the body to excrete the wax after you have taken the noodles.

CORRECT METHOD :

1. boil the noodles in a pot with water.

2. once the noodles is cooked, take out the noodles, and throw away the water which contains wax.

3. boil another pot of water till boiling and put the noodles into the hot boiling water and then shut the fire.

4. only at this stage when the fire is off, and while the water is very hot, put the ingredient with the powder into the water, to make noodle soup.

5. however, if you need dry noodles, take out the noodles and add the ingredient with the powder and toss it to get dry noodles.


Pertimbangan pilih ketua

Kehadiran Muhammad SAW sebagai pemimpin politik jika yang diingininya sekadar harta kekayaan atau inginkan kehormatan dan kemuliaan, hatta untuk jadi raja, semua itu adalah tidak sulit. Namun hakikat bukan serendah itu cita-citanya dan keinginan Nabi SAW kerana semua itu akan menghalang misi dakwah dan perjuangan baginda.


Ingatlah dalam ilmu politik ada istilah power tends to corrupt yang bermaksud 'kekuasaan cenderung kepada penyelewengan. ' Maknanya pengertian kepimpinan itu sendiri adalah kekuasaan di mana ia boleh membawa seseorang lupa diri sehingga mengabaikan segala yang dijanjikan dan dicita-citakan. Akhirnya kehancuran yang akan diterimanya.

Justeru Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kepimpinan itu akan menjadi kedudukan yang diperebutkan di antara kamu dan pada hari kiamat kelak hal itu akan menjadikan kamu penuh penyesalan." (Hadis riwayat Bukhari)

Kepimpinan yang lahir hasil daripada kesulitan dan pengorbanan yang tulus seperti mana Nabi Muhammad SAW dengan penuh sabar menghadapi para pengikutnya yang disiksa dengan kejam, yang memungkinkan orang lain tidak berdaya untuk menanggung beban kepimpinan seperti itu.

Inilah kepimpinan yang lahir daripada satu proses yang tersendiri, kental sehingga terbentuk keperibadian tulen dan bukan keperibadian yang terbentuk daripada hasil pengaruh kekayaan atau pengaruh dalaman atau kronisme.

Imam Ghazali pernah menyatakan: "Apabila suatu tujuan teramat suci dan mulia, sukarlah jalan yang harus ditempuh, dan banyaklah penderitaan yang akan ditemui di tengah jalan."

Namun realiti tidak banyak pemimpin yang benar-benar berjiwa besar tapi lebih kepada besar nafsunya. Yang banyak dibicara ialah tentang projek itu dan ini, isteri berapa, jenis kereta yang dipandu dan yang dikira ialah harta kekayaan yang dimilikinya. Jauh sekali untuk mengambil secebis iktibar daripada kehidupan Nabi Muhammad SAW yang sekadar tidur di atas tikar walhal ia adalah pemimpin besar jazirah Arab yang disegani pihak Rom dan Parsi.

Tuntutan mencintai ini harus berlandaskan ajaran agama bukan hawa nafsu. Tidak sedikit pemimpin hari ini melaksanakan dorongan fitrahnya melalui jalan yang salah kerana awal-awal lagi niatnya telah salah dan bertujuan kepentingan diri daripada membantu orang yang di bawah pimpinannya.

Bagi pemimpin yang meletakkan kemewahan menjadi matlamat utamanya, dengan sedikit kekuasaan di tangan, ia boleh melakukan 1,001 tipu daya dengan mengeksploitasi rakyat demi kepentingan diri. Dalam keadaan seperti ini rakyat bagaikan lembu dicucuk hidungnya, ditarik-tarik lehernya ke sana ke mari semahunya. Segala hajat hidupnya dihitam putihkan oleh sekelompok manusia yang disebut Allah SWT sebagai "para penguasa yang melakukan kejahatan, juga kerap disebut sebagai "orang yang hidup mewah".


Pengaruh golongan ini cukup kuat dalam membentuk watak manusia agar menghormatinya. Jika ada siapa yang berani menentangnya maka orang yang berjaya dibelinya itu akan mempertahankannya dan ikut sama menentang. Bahkan tidak sedikit yang rela mati untuk membela tuannya, yang tak lain para pemeras keringatnya. Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu kaum maka dijadikan para pemimpin mereka orang-orang yang bijaksana dan dijadikan para ulama mereka menangani hukum dengan adil, juga Allah jadikan harta benda di tangan orang-orang yang dermawan. Namun jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum maka Dia menjadikan para pemimpin mereka orang-orang yang berakhlak buruk. Dijadikan-Nya orang-orang bodoh menangani hukum dan keadilan, dan harta benda dikuasai orang-orang yang kedekut." (Hadis riwayat Ad-Dailami)

Lebih ditakuti lagi ialah peringatan Nabi Muhammad SAW dalam satu sabdanya yang bermaksud: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa yang memerintahmu. Di atas mimbar mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk daripada bangkai." (Hadis riwayat At-Thabrani) .

Kepimpinan yang baik ialah yang dapat menunaikan atau melaksanakan keperluan masyarakat. Jangan kita mencemuh orang yang menunggu di depan pintu rumah kita untuk sesuatu keperluan. Waspadalah kita daripada sifat buruk ini. Jika seseorang telah datang kepada anda kerana suatu kepentingan, maka janganlah kita menyibuk diri dengan hal-hal lain seperti buat-buat sibuk dengan ibadah sunnah.

Kepimpinan yang mementingkan diri sendiri tidak ada dalam kamus kelayakan dipilih sebagai pemimpin. Kepimpinan sebenarnya adalah amanah bukan kekuasaan. Kepimpinan adalah tugas dan tanggungjawab bukan keistimewaan.

Dalam memilih pemimpin yang baik, al-Quran memberi petunjuk secara tersurat atau tersirat dalam pelbagai aspek kehidupan awal manusia, termasuk persoalan "Siapakah yang layak kita pilih".

Dalam hal ini al-Quran membicara dua sifat utama yang harus dimiliki bagi seseorang yang dipertanggungjawab memikul sesuatu perkara yang berkaitan dengan hal-hal masyarakat.

Contoh yang jelas ialah pelantikan Nabi Yusuf sebagai Ketua Perbendaharaan Kerajaan Mesir oleh rajanya dan diabadikan pula oleh al-Quran. "Sesungguhnya engkau menurut penilaian Kami adalah seorang yang kuat lagi dipercayai." (Al-Quran surah Yusuf ayat 54)

Kelalaian melaksanakan kewajipan ini bermakna pemimpin tersebut telah mengkhianati amanah Allah dan mensia-siakan rakyatnya.

Bencana yang paling mengerikan ialah bergelumangnya para penguasa yang menyalahi syariat dan telinga-telinga mereka tertutup bagi setiap pemberi nasihat dan pemberi petunjuk.

Kita harus waspada dan jangan sampai termasuk ke dalam golongan yang disebut Allah dalam firmannya yang bermaksud: "Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong." (Surah Al-Qasas ayat 41)

Lebih dahsyat lagi Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Pada hari Kiamat didatangkan seorang laki-laki, lalu dilemparkan ke dalam neraka, usus daripada perutnya terburai, lalu dia berputar seperti keldai yang berputar di sekitar penggilingan. Para penghuni neraka mengerumuninya dan berkata: "Wahai Fulan, mengapa kamu seperti ini? Bukankah kamu memerintahkan kepada kebaikan dan melarang kemungkaran? Dia berkata: 'Ya, saya memerintahkan kebaikan, namun saya sendiri tidak melakukannya dan saya melarang kemungkaran namun saya juga melakukannya. "

Justeru, dalam usaha kita membuat pilihan antara seorang pemimpin atau ketua yang baik dengan pemimpin yang tidak baik, pertimbangan yang waras dan penuh tanggungjawab perlu diutamakan demi kepentingan bangsa dan agama serta kehidupan generasi yang akan datang.