Sesiapa yg hidupnya sezaman ngan aku mesti akan terjebak dengan iklan bedak Follow Me ... yg tag line nya adalah seperti di atas.
Sekarang ni musim orang pergi umrah agaknya. Kat FB beramai ramai mereka mengupload gambar. Kalau x salah visa umrah baru dibuka selepas musim haji. Lagipun orang suka pegi time sekarang sbb tengah musim sejuk. InsyaAllah, tak de lah panas sangat di bumi Makkah dan Madinah.
Di perkarangan Masjid Al Nabawi, Madinah
Aku pun dulu pegi time2 cam ni jugak. Bulan Februari 2010. Pejam celik dah 3 tahun berlalu. Dari x de anak sampai dah beranak dua.
Lawatan ke Jabal Magnet (fefeeling Rindu Bertamu di Abu Dhabi..heheh)
Di Jabal Rahmah (semoga Allah panjangkan jodoh kami)
Bila tengok gambar kat sana. Ya Allah rindunya hati. Bukan lah rindu dgn ke'best'an Makkah dan Madinah. To be honours, city kat sana tak best pun. Tapi aku rindu sangat dengan kedamaian dekat sana. Yang paling aku rindu adalah laungan azan Subuh di Masjidil Haram. Subhanallah. First time aku menitik air mata bila mendengar Azan berkumandang. Perasaan bila pertama kali mengucup Hajar Aswad pun adalah indescribable.
Di hadapan Masjidil Haram, Makkah
Ya Allah, jemputlah aku ke sana supaya aku dapat merasakan perasaan yang indah itu lagi sekali.
Special Edition: Gambo kucing Makkah. Aku keboringan tunggu kakak2 pilih kurma lama sangat
Jemaah umrah kumpulan kami. Semoga persahabatan yang terjalin berkekalan
Ada juga plan nak pergi Umrah lagi. Tapi, ada sesetengah ustaz berpendapat lagi afdal dulukan yang wajib i.e. mengerjakan Haji. Tapi tulah, kalau ikutkan turn aku tahun 2030 (aku daftar tahun 2010). Pernah juga tanya2 di tabung haji untuk pakej Muassasah. Depa bgtau kalau pakej yang paling murah i.e RM 20K tu pun berebut orang nak sampai kena queue 2-3 tahun. Dia kata yang confirm ada n boleh pergi on the spot adalah pakej RM 50K ke atas. Namun, masalah problemnya .. mana aku nk kumpul 50K tu. hihihi.
Tak pelah, InsyaAllah ada rezeki sampailah giliran aku. Sesungguhnya Allah itu memberi perancangan yang terbaik untuk hambanya













