"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday 20 May 2009

Ayam percik

Dedulu kalau dapat pegi pekan Sri Gading dah kira happening abis walaupun sekadar pegi kedai Jik Leng i.e. kedai kegemaran atuk aku beli bawang , ikan etc. Lepas tu singgah makan Soto Mikun. Lepas tu singgah Warung Hamid tapau rojak manis.

Hari yg paling ditunggu biasanya adalah hari Sabtu sebab hari Sabtu ada pasar lambak Sri Gading. Bagi sesiapa yg terpilih dapat ikut atuk aku pegi pasar lambak tu mmg bertuah le. Dari tengah hari dah siap mandi dan pakai baju gown ropol ropol (trendy abis le tu kononnye). Zaman tu kitorang tak de kereta. Samada pergi naik teksi ataupun naik motor Hondacup C70 ayah aku.

Aku paling suka makan ayam percik. Ayam percik Sri Gading tahun 80-an memang paling best di alam semesta. 15 tahun kemudiannya aku byk habiskan masa kat Bandar Baru Bangi. Tapi ayam percik pasar malam Fasa 1 ngan Fasa 4 adalah tak berapa nak best. Bila balik Batu Pahat pun aku jarang dah pegi pasar Sri Gading, masa tu aku dah pindah duduk kat Tmn. Beroleh. so pasar lambak pun dah upgrade pegi pasar malam PESTA ataupun KG. ISTANA. Zaman ni tengah jakun makan Roti Jon.

Panjang la plak mukadimah aku. Yg sebenarnya aku nak share resepi ayam percik yg aku rasa agak sedapp. Aku dah try byk resepi ayam percik. Tapi kebanyakkannya tak menepati piawaian tekak aku. So, hari ni, aku try resepi oleh YANI dari myresepi. Ermm.... boleh tahan sedapnya. Sekiranya anda adalah penggemar ayam percik I would say that this resepi is worth to try.




Bahan Bahan

* 1 sekor ayam yang dipotong 4
* 1 1/2 cawan santan pekat
* 2 biji bawang putih
* 1 labu bwg besar
* 2 cm halia
* 2 batang serai
* 1 camca kecil ketumbar
* 1/2 camca kecil jintan putih
* 1/2 cawan tepung beras
* sedikit air asam jawa@asam keping
* cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
* 1 sb gula gula merah
* sedikit garam

Cara-cara

1. blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta
bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak
pekat.
3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera
masing2

8 comments:

the seasonal blogger said...

kk n pn jgk. suke gile pg pasar lambak (johor gile haha) sri gading. penat2 dtg, sggup jgk ikut ayh pg magrib2 tu. mungkin atmosphere die kot. tp beli ape je lah, x igt dh.. hahaha

Anonymous said...

eleh, aku tau la kau tuh atuk's pet.. aku mana ada dlm list 'the chosen one' bawak ke pasar.. kerana aku cucu rebel yg suka buat pasal.. ahaks.. tpi aku dah jumpa dunia indahku skarang.. hehe.. so atuk ngan pasarnya tidak lagi bernanah dlm atie sanubariku..

-dal- said...

don't put a blame on me hehehe... dah memang nature aku seorang cucu yg baik.

Anonymous said...

mana ada blame2 de.. citer aje, hehe

Neny said...

Pekan sri gading dal? Mcm dah pekan cowboy je aku tgk. Budak2 keje aku pon ckp dulu pekan ni happening tp since dah ada bandar baru suma, dah sunyi sepi dah pekan tu. Aku suka asam pedas tepi sungai kecik tu kat pekan sri gading.

-dal- said...

wow Nen, cemana ko bleh tau pasal Seri Gading. Terkagum aku seketika. Asam Pedas tu aku rasa ko makan asam pedas kedai amat kot. Simple tapi bestt.

Seri Gadang memang dah jadi pekan terbiar dah... hidup segan mati pun segan.

k.laily said...

dal, lama betul akak tak singgah umah ko ni dal... ni nak mintak izin ngan ko nak publish blog ko kat teratak akak... sbb kengkadang ter'miss' nak singgah... boley ker dal?

lagi satu nak mintak izin copyright menu ayam percik nie... nak try buat... (tapi nak kene pi beli oven dulu hehehe...)

-dal- said...

Hi Kak laily... sila la link. OK jer

Pasal resepi ayam tu pun diizinkan buat copyright. Tapi tentu le sedap kat tekak kak laily. Tekak saya rasa besh. heheh