"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Sunday 21 June 2009

Buat terakhir kali

Hujung tahun lepas aku sangat suka yer membuat Black Forest Cake. Ala2 upacara mingguan kekdahnya. Kekerapan membuat kek adalah berkadar lansung dengan isipadu lemak dalam badan aku ni. Tiba-tiba tengok jeans size 10 dah tak muat.

Misi kali ni adalah nak habiskan cocoa powder ngan black cherry filling. By the time aku nak balik Malaysia nanti aku nak pastikan semua benda kat dapur aku ni licin bersih. So, mungkin inilah kali terakhir aku buat black forest cake di Nottingham.. errr mungkin juga untuk seumur hidup.

Basic buat bahan kek ni sonang jo... chocolate cake, black cherry filling ngan double cream. Aku ada la buat a few experiment dengan jenis2 chocolate cake. Kadang2 aku guna moist chocolate cake. Kadang2 guna sponge chocolate cake. Kadang2 guna coklat cake biasa. Personally aku suka normal chocolate cake. Kalau guna moist cake teksturnya macam terlalu padat + rasa coklat tu rich sgt sampai rasa cherry filling tak terasa. Kalau guna sponge cake, macam kosong sgt +++ aku tak pandai buat sponge cake. Dah 2-3 kali buat asyik bantat jer. Apa kes ntah.

Ni adalah resepi chocolate cake version Kak Tim... aku suka, hasilnya tak pernah mengecewakan

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula caster
1 cawan cocoa powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B:
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan evaporated milk
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 susu kecil nescafe

Cara:
1. Ayak semua bahan A bersama2. Ini step wajib yer puan2. Jangan ngelat.
2. Pukul telur sedikit ngan garfu. Lepas tu masukkkan semua bahan B bersama sama. Kacau hingga sebati.
3. Campurkan campuran B ke campuran A. Kacau sehingga mesra.
4. Masuk dalam loyang dan bakar (suhu 180 C selama 1 jam lebih kurang).
5. Bila dah masak tunggu kek sejuk dulu untuk aktiviti frosting
6. Frosting
utk frosting plak cuma whip double cream ngan icing sugar. Berapa byk icing sugar tu bergantung kepada tahap kemanisan puan2 la yer. Aku tak suka manis sgt. Sukatan aku biasanya 400 ml double cream + 8 sudu makan icing sugar.

Gambar 1: ini adalah alat radas untuk frosting.. pisau frosting + nozzle.

Gambar 2: belah kek kpd 2 bahagian. sapukan ngan frosting cream. Kemudian sapukan dengan black cherry filling.

Gambar 3: Tangkupkan kedua2 bahagian kek. Kalau nak cantik ratakan bahagian atas kek. Tapi aku sayang nak buang.

Gambar 4: first layer frosting




Gambar 5: 2nd layer frosting dan selepas didecorate.

Gambar 6: Tambah black cherry untuk mendapat sentuhan warna disitu.

Gambar 7: Letak chocolate rice kat tepi tepi kek

Gambar 8: this is when my dear husband tried to become creative. benci taww, terus tak cantik kek aku.





OK... aku dan artistik bukanla kombinasi yg bagus. Tapi tak pe la kan, bukan aku nak jual pun kek ni. Mungkin lepas cobaan ke doploh ribu lapan ratus kali barulah skill memfrosting aku akan perfect. Lagipun Jamie Oliver kata home made cake tak boleh nampak terlalu perfect.. tak feeling homey nanti katanya. Aku setuju benar dg kata2 beliau itu.

Untuk kawan2 Diari Kurus... sesungguhnya aku tak tergamak menyatakan nilai kalori kek diatas. Aku congak2 mungkin mencecah 5000 kcal. Mungkin ini salahku yg memberi ruang (...atie tolong sambung lirik). Tapi untuk mengelakkan rasa bersalah aku dah bagi separuh kek kat jiran sebelah. Legaaaa.

10 comments:

zafwah said...

nape la ko tak duduk sblh umh aku kak oii....nmpk kek ko bkn sj lawo tp sgt menggiurkan...agak2 klu aku nk tmph kt ko, ko nk tak..

-dal- said...

fara.. aku selalu terasa nk bagi kau kalau masak2, tapi midon malas nk hantar. tu la pesal tak pondah je kt bramcote street.

Nak tempah? ala ko beli kat asda kek black forest yg kecit tu baru sepound. Tapi kek aku lagi sedapla. (Ok.. perasan). Modal besar jugak buat kek ni dalam 4 pound gitu. Nanti kang aku charge 8 pound ko marah plak. hehhe.

Apa kata ko buat je sendiri. Nak minta khidmat nasihat tepon je aku.

Neny said...

huish, aku mmg cemburu melihat baking skill ko ni! Aku akan cuba resepi ko ni...harap2 menjadi mcm yg ko buat.

-dal- said...

buat Nen..jgn tak buat. Nanti kat Malaysia kalau aku teringin nak makan aku pi rumah ko jer. heheh.

. said...

nasib baik baca entry masa perut kenyang.. kalau baca masa lapar sure tgk gambar kek, menjejeh je air liur

Anonymous said...

weh, awat balik mesia dah tak nak buat aa, aku pun naaaaak makan, hehehe

mummyiris said...

ooooooooo sangatlah menarik kek ko ni dal! akak pun baru buat kek kaktim ni semalam sempena hari bapa... tapi skil potong potong tengah kek ni mmg akak lom try lagi... u gave fabulous idea tuk birthday kakak next week...
(p/s untung jiran sebelah ko tu yea dal... hahaha... kak ZZ!! pandai dal nak delegate kalori ni kat jiran hehehe)

areT said...

itu ar..awat balik msia xmo buat....sgt byk kalorie!!!!

-HeLiNa- said...

menarik!!...aku dh kopipes....wat koleksi jer aku ni hehe..

-dal- said...

Ita --> kalau masa lapar tengok telur goreng pun merembes

Yaya --> balik malaysia musti modal buat lagik besar. Setakat nak makan se slice 2 beli jer kot. hehe

Kak Laily --> kalau nak makan sebiji kek tu seminggu tak tentu lagi habis. Nasib baik ada dina ngan ikram

Are-T --> kat malaysia aku nak makan sikret resepi.

Helen --> tolong yer jgn buat. Ko kan baru nak start diet balik