"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Monday 24 September 2007

pencapaian hujung minggu

apa pencapain hujung minggu aku kali ni...

1. Aku berjaya menonton filem Waris Jari Hantu setelah sekian lama aku dowload cerita tu. Komen: Ceritanyer agak menarik, cuma buhsan asyik org2 yg sama jer berlakon cerita Shuhaimi Baba

2. Aku berjaya update list DVD ku ... wow, aku dah ada 288 set DVD collection. Tapi sedikit tensen sebab ada 14 DVD yg aku tak tau sape pinjam dan tak dipulangkan.

Dah 4 hari aku tak masak... dari hari Khamis sampai Ahad asyik berbuka kat rumah org jer. Hari ni kena masak balik..malasnyer aku

Sekian coretan dr aku yg penat dan lapar

Friday 21 September 2007

Ayam panggang madu berempah

Kredit to mesra.net

Bahan-bahan
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
5 biji limau kasturi - perah dan ambil airnya
( aku pakai lime jus ASDA jer :) )
2 sudu besar kicap pekat
sedikit garam
3 sudu besar rempah kari
1/3 cawan madu

Cara:

1. Bersihkan ayam.Potong kepada dua bahagian.
2. Tumbuk bawang putih,bawang merah dan halia hingga lumat.
3. Campurkan bahan yang telah ditumbuk bersama air limau, kicap pekat,garam, rempah kari dan madu.
4. Perap bahan-bahan tadi bersama ayam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
5. Bakar ayam di dalam oven hingga masak.

Pesanan dr aku:
Jus limau tu ingredient yg agak penting, aku pernah buat tak letak jus limau and rasanya ada kurengg sikit

Masa perap yg paling ideal adalah overnight - aku pernah pefrap 5 jam jer dan rasanyer juga kurengg.

Wednesday 19 September 2007

Menu

aku pun nak buat entry ala-ala menu buka puasa

1st ramadhan:
hari tu aku mogok masak..merajuk kononnye. So, end up laki aku beli ayam panggang LAZIZ & salad kat kedai. Dessert: cheese cake yg aku buat hari sebelumnyer.

2nd ramadhan:
Ayam asam pedas & mushroom masak sos tiram. Dessert: cheesecake ada lagik

3rd ramadhan:
Daging Masak merah & tom yam campur. Dessert: chocolate gateau cake beli kat ASDA jer

4th ramadhan:
Nasi lemak, sambal udang & sambal sotong & ayam panggang madu. Dessert: Buah jer

5th ramdhan:
Sambal sardin & sayur campur Desert: buah lagik

6th Ramdhan:
Ayam masak lemak cili ap;i & sayur capur. Dessert: Trifle juga beli kat ASDA jer

Hari ni aku planning nak buat Ikan goreng + sayur masak lemak + sambal belacan..eemmm lauk feveret aku tu.

Sahur plak: biasanyer kitorang makan lauk belen buka jer +ikan bilis goreng taruk cili, bawang and tomato....

Hari ni aku ponteg school...lama la plak rasa nak tunggu berbuka.

Tuesday 18 September 2007

Newcomers...

Lately, aku konon-konon bizi utk mengupdate blog. Sibuk mengemas rumah yg ala-ala kapal karam.

Actually, from the last Saturday kitorang jadi host utk newcomer.So, our guest is Omar & Siti also Nizam the baby boy. Omar adalah staff KUIITHO oopppsss sekarang dikenali sebagai UTHM. Dia akan buat Master dalam bidang Electrical Eng. kat Uni Notts ni. So sementara mereka dapatkan rumah sewa diorang menetap kat rumah aku dulu. InsyaAllah ...tetamu bawa rezeki.

Tahun ni jer, lebih drpd 30 family postgrad dtg further study kat Notts. Menngelabah jugak AJK NMC nak uruskan mereka. Makin lama makin ramai plak org dtg Notts ni... Tak lama lagi KPT haramkan apply kat sini plak la nampak gayanya. Masa aku dulu diorang tak bg apply kat Manchester ngan Leeds sebab byk sgt melayu katanya.

Tuesday 11 September 2007

Ramadhan datang lagi …

Tahun ni masuk tahun ke-5 aku berpuasa di UK… ingat lagi 5 tahun yg lepas, masa tu tahun 2003, merasa aku berbuka puasa pukul 3.55 petang. Tahun ni plak paling cepat berbuka puasa pukul 6.20 ptg.

Honestly, aku lagi prefer puasa dalam keadaan sekarang. Kalau puasa masa winter, perut ku lapar tak terhingga. Furthermore, I cannot stand the cold without hot coffee every 3-4 hours. Aku rasa kalau winter entah berapa byk caffeine dlm badan aku.

Situasi berbuka plak... makan biasa-biasa jer. Masa berbuka cepat dulu, aku berbuka dekat school jer, minum coffee ngan makan Kit Kat. Midon pun berbuka kat tempat kerja. Balik rumah baru masak, lauk pun simple. Kalau nak makan sedap tunggu ler hujung minggu. Biasanya community kat sini anjurkan majlis berbuka puasa dan tarawih tiap-tiap hujung minggu. Makanan disediakan secara pot luck. Kakak-kakak kat sini mmg terror bab masak2 ni...veteren lah katakan.

So, that’s all for my first Ramadahan entry, there will be more about it soon…perhaps

Friday 7 September 2007

Elaun naik lagi .....

Walaupun berita ni tak memberikan kesan kepada aku (memandangkan aku dah tak dapat allowance since April :(...), aku tetap bergembira bagi pihak kawan-kawan aku di UK.

Kini, Kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, iaitu hampir
dua kali ganda, berkuatkuasa September 2007.

http://www.utusan. com.my/utusan/ content.asp? y=2007&dt= 0907&pub= Utusan_Malaysia& sec=Terkini& pg=bt_01. htm

So kepada korang semua yg nak further study..sila-silakanlah datang ke UK..:).

Thursday 6 September 2007

Cuti bersalin 5 tahun - Entry 1

Hari ni topic PIBG…. Sebab panjang sgt aku masukkan dalam 2 entry

Baru-baru ni Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan polisi baru kerajaan iaitu…

Kerajaan bersetuju melanjutkan cuti bersalin tanpa gaji bagi kakitangan sektor awam daripada 90 hari sekarang kepada had maksimum lima tahun berkuat kuasa serta-merta

Berita lanjut sila layari http://www.utusan. com.my/utusan/ content.asp? y=2007&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

So, inilah berita yg sedang hangat di bicarakan kat dalam HELWA NMC yahoo groups.

So aku quote antara ringkasan perbincangan kakak-kakak helwa

Digest 1 - Syaimak

its an upgrade from 90 days unpaid leave to upto 5 years unpaid leave....
maternity leave stays at 60 days paid leave

Digest 2 - Kak Rohana

Dari apa yg akak baca dan faham, 5 tahun tu bukan utk sorang anak. Cuti tu campur2 semua. Unpaid leave, so still susah jugak sbb tak de duit. UK punya system dapat half-paid kan? Tp dapat 3 kenaikan gaji dalam masa 5 tahun tu.

Digest 3 - Niza

Of course, in one sense it gives us options and more freedom..as a female govt staff ..
Tapi.. fikir2, options tu lebih menguntungkan ke atau tak..
To name a few possible consequences...more govt bosses would think twice of hiring more females into their dept....and for those who are thinking of taking that 'leave' opportunity..much higher expectations from her in her whole life career from other collegues...berat jugak tu..


Digest 4 - Kak Zarina

Rasanya even without the newly proposed maternity leave, gender discrimination in work place was evident in most aspects and not only in terms of superior's expectations

Cuti bersalin 5 tahun - Entry 2

Digest 5 - Kak Zai

Zai dulu pernah gak amik cuti tanpa gaji ni ..tapi rasanya banyak keburukan dr kebaikan in term of service ..for instance, bila nak pencen nanti..kalau tak cukup tahun dalam perkhidmatan nanti tak boleh dapat full pencen ..camno tu??

Digest 6 - Kak Min

betul kata adinda ku Zai itu...kita pon sama pernah ambik unpaid leave nih...banyak cons nyer daripada pro...tapi sorang kawan baik min pernah berhujah...ada hikmahnyer di sebalik sesuatu yg terjadi pada kita

Digest 7 - Kak Fauziah

true that's why I hope for those (especially women) who have gone through the mill and being given the responsibility as a 'boss' please consider the contribution of mothers for making the choice to stay with their child in ensuring they get the best foundation of love. I'm sure these individuals have made great sacrifices. So when they come back to continue the service don't give them a hard time.

Yg tu sebenarnya sacrifice long term yg baik...

We have to understand as a developing country we didn't/couldn't have that choice to begin with because we need to make our country prosper. So many women started working, had a career etc. to some extend this affected the familiar family institution of mothers being with the children at home. Women worked to support the vision of supporting a progressive nation and building the country but had to sacrifice to a certain extent their own family and in a way with the hope to provide a better living opportunities for their children.

So...yes whatever things to make women's life better I welcome and support it with all my heart.


Bagi aku personally …. aku rasa aku belum mampu nak cuti tanpa gaji, mungkin aku akan pasrah jer dgn cuti 90 hari. Tapi manalah tahu kan suatu hari nanti Midon jadi kaya …bussines sgt berjaya (ala-ala KMZ holding dalam Manjalara :)..), akan aku sahut seruan kerajaan untuk bercuti 5 tahun.

Conclusion dari aku.. It’s always good to have a choice, isn’t.

Sunday 2 September 2007

Fotopages reconstruction

Sejak akhir-akhir ni aku agak emosi dengan Adobe Photoshop, Paint.net, Picasa dan software yg seangkatan dengannya. So, hasil daripada penat lelah aku membuang masa, aku telah berjaya me'reconstruc' fotopages aku yg dah sekian lama tak diupdate....

kepada sesiapa yg berminat bulehla visit ker

http://poliamino.fotopages.com/

enjoy viewing....

So mulai malam ni aku nak sibukkan balik diri aku dgn kerja-kerja yg hakiki.. :)..:).

Cau cin cau