"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Friday 28 December 2007

prison break marathon

Photobucket

I am on Prison Break marathon. ...huhuhuh. What a great series

Tuesday 25 December 2007

celebration continued

Happy birthday to me...happy birthday to me..happy birthday dalina...Happy birthday to me

Semalam birthday aku. Dah 29 tahu dah isk..isk...cepat jer masa berlalu.

Biasanya kalau tahun2 lepas aku buat ler makan2 sket panggil close friends..baca doa sket2.

Tapi tahun ni since adik2 angkat aku ada program (BTW diorang dah datang masa 24 hb pun) dan kawan2 yg rapat ngan kitorang berkonvoi reramai pegi London la plak cuti krismas ni ... aku ngan Midon decided to celebrate the birthday berdua jer

Aku bakar le sate barang 20-30 cucuk ... ginilah nasib orang diperantauan, rasa tekak nak makan semua kena buat sendiri, tak dernya kedai2 nih. Tapi aku try to think the positive side la.. kalau tak aku mesti tak pandai2 masak, asik beli kedai jer. Teringat aku masa kat mesia dulu, yg aku pandai masak sardin jer,sebab aku suka makan sardin. Seriously...

Photobucket

bila dah hidang...baru aku perasan aku lupa buat nasi himpit...alamak bagero. Tak der nasi himpit mesti tak kenyang punya. So.. aku pun buat la nasi goreng. Nasib baik ada nasik sejuk

Photobucket


What did I get for my birthday ???? Taraaa... mestilah DVD. Ni hadiah wajib sebab benda aku paling appreciate adalah DVD.. better than barang kemas, baju, beauty product etc..Kali nie.. aku dapat DVD - Harry Potter and The Order of Phoenix. Thanks hubby for the lovey dovey present.

Photobucket

my precioius Harry Potter DVDs collection

Hari ni boxing day... I still have another birthday present to spend hehhee..a shopping spree treat

Pre birthday celebration

Pukul 4.00 petang tadi Aini, Dila & Elly (diorang ni adik angkat aku) tepon kata nak datang rumah malam ni. ala-ala nak celeberate birthday aku in advanced sebab besok diorang ada hal tak leh datang.

So..aku pun korek2 dapur tengok apa boleh di masak. Adalah bahan2 nak buat sushi yg aku beli dah dekat sebulan yg lalu. Ni kira first time nak buat sushi.... sangat berdebar

Berpandukan pembelajaran aku di you tube ... inilah hasilnya..taraaa. Not bad jugak la.

Photobucket

dgn bangganya mempersembahakan suhshi hasil tgn aku


Pas tu aku rasa macam tak best la plak kalau makan sushi jer.. so aku pun korek2 dapur lagi. Check2 resepi ada bahan untuk buat Udon mee & tempura. Japanese habess la konon

Photobucket

Udon mee, udang & sotong tempura & sushi


Pukul 7.30 semua orang dah datang..aini, dila & elly bawak makanan jugak.. rendang daging, pulut kuning, ayam percik & pengat pisang, Seri plak bawang cucur udang... aku dalam kelam kelibut menggulung sushi sempat masak fish pie ...last-last, makanan jadi banyak gila

Photobucket



Tapi semua para tetamu refuse nak amek gamba sebab muka semua dah ngantuk kekenyangan. BTW, thanks to all of you for the foods and wishes

Saturday 22 December 2007

Hari ini dalam sejarah NMC

Hari ni kami di Notts meraikan sambutan AidilAdha, Akikah for NMC juniors dan untuk julung2 kalinya majlis perkahwinan yg gilang gemilang.

Selamat Pengantin baru untuh Puan Y dan Encik XYZ ... semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.


Dan juga syabas untuk Ad-Hoc comittee serta NMC comittee yg bertungkus lumus untuk buat persiapan perkahwinan. Siap makan berdamai, baju songket, kompang dan pelamin gitu. Cayalah .... Tak lupa juga ribuan terima kasih kepada para sponsor, semoga rezeki dimurahkan.

Menu makan pun menu orang kawen ( nasi minyak + ayam merah + kurma kambing + acar..jgn tak percaya.

Photobucket

Kek pengantin sponsored by Amrul ...buat sendiri tau bukan beli

Photobucket

Meja makan beradab...kelas gitu


Photobucket
souvenirs for tetamu




Photobucket
flower girls


Semoga silaturahim dan perpaduan hari ini kekal hingga ke akhir hayat...InsyaAllah

Saper nak tengok ganbar lagi..jenguk2 la frenster aku..sesungguhnya aku malas nak update fotopages

Tuesday 18 December 2007

AidilAdha


Get your own glitter and more at BlingyBlob.com


Kat UK..esok dah raya haji. Di atas kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban untuk semua kawan2 yg membaca blog aku

Wednesday 12 December 2007

Alahai Siti

I am neither a fan nor 'anti' Dato' Siti Nurhaliza. Honestly..aku layan ler lagu2 siti...pada aku suara dia best + lagu pun best.

Personal life dia aku tak amek pot sgt. Dari dia disanjung ala-ala wanita melayu terakhir hinggalah dia dikutuk bagai nak rak masa dia kawen ngan Datuk K. Malas aku nak amek tau...dia bukan kenal aku pun.

Namun... gambar Siti yg terlatest aku tengok kat utusan membuatkan hatiku berdetik.. 'Alahai Siti'.... apa ke buruk benar fesyen ko.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

But still... apa kes aku nak sebuk2. Biar lah To'Ti ngan To' K nyer.


Monday 10 December 2007

Wheater Bug

Blog aku dah bersawang sgt dah rasanya nih..hehehhe. Lately, aku tersangatlah malasnya nak update blog, ada tak der aku update frenster jer… fotopages lagila, minta mahapla nak update ..malas..malas dan malas.

Nak kata sebuk.. macam biasa jer. Rutin hidup aku sama jer hari2. Dari Isnin-Jumaat pegi school pagi sampai petang. Balik rumah masak, makan, tengok TV, belek buku sket2..tidur. Hari Sabtu kalau rajin pegi school. Kalau malas dok rumah jer tengok movie… kalau ada org ajak makan kat rumah dia aku pergi.

Tak der org yg sakitkan hati aku …so aku tak bleh la membebel kat sini. Ada tak der…hari2 aku tensen pasal research aku … tapi aku malas le plak nak whining2 nak nagging2 kat sini. Nanti org nyampah plak. Macam la research aku sorang jer yg paling susah dalam dunia. So as conclusion tak der benda sgt yg aku bleh share.

Tapi aku masih rajin jenguk blog kawan2 yg lain meskipun tak hari2… tahulah jugak perkembangan terbaru Atie ngan K.G nye..ngeh..ngeh..ngeh

Tapi minggu lepas rutin hidup aku ada berubah sket la … sebabnya aku kena cirit birit yg melampaui tahap kenyal. So kerja aku dok umah ulang-alik pegi bilik air. Entah apehal ntah, mula2 aku nak salahkan sambal kupang yg aku makan. Tapi Midon OK la plak.

Bila dah 3 hari macam tak baik2 jer. Aku punb pergi jumpa doctor atau nama glamernya di U.K adalah GP. Dia cakap diarrhea ni common illness bila masuk musim sejuk kat UK ni. Adalah dia terangkan pasal wheater bug a.k.a diarrhea bug… entah apa ntah aku pun tak paham explanationnyer. Senang cerita cuaca yg buat perut aku sakit bukan sebab salah makan…Macam gitulah lebih kurang.

Hari ni..setelah 6 hari cirit birit yg menensenkan..aku dah pulih seperti sedia kala. Rasa malas ler plak nak pergi school sebab minggu lepas dah ponteng lama. Tapi kugagahkan jerlah hati. Here I am..at school writing my blog hihihih.

OK lah..korang. Nanti dtg angin rajin aku..akan ku update blog ni selalu. Till then…