"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday 7 April 2010

ABPBH 09

Minggu ke-10 dan ke-11 ni memang betul2 challenging. Super duper mabuk punya. Kalau boleh aku nak mandi ngan minyak cap kapak.

Nasib baik lecture week dah habis. Legaaaaa. Tak de la aku terkejar kejar nak buat lecture notes.

Sekarang ni UKM tengah study leave week. Sementara para student aku busy study, aku kat opis busy buat ulangkaji gossip.


So, aktiviti seni yang terlatest yg baru berakhir adalah Anugerah Bintang Popular 2009. Dato' Siti Nurhaliza telah berjaya menggondol gelaran Bintang Paling Popular 2009. Tahniah Tok Ti. Seperti biasa ramai la yg dengki kan. Ada yg kata konspirasi lah.. itulah..inilah.

Aku ni bukanlah peminat tegar Siti... Kalau ikut aku, aku nak Aizat yang menang. Tapi bila pikir2 balik, Siti memang layak pun. Lagipun Siti memang banyak peminat fanatik yg sanggup SMS untuk beliau. Dah rejeki gituuu.

Overall ABP 2009 ni, OK OK jer. Majlis banyak di cacatkan oleh persembahan artis jemputan yang nyanyi tak semenggah especially bebudak AF yg nyanyi segmen tributre utk KRU. Hazabb .... Aku siap pi goreng nugget lagi masa diorang nyanyi.

Majlis banyak diselamatkan oleh 2 pengacara yg beshhh iaitu Kak Engku & Syarifah Shahirah. Kelakar gila. Sweet and selamba.TV3/ ABP tolong beri perhatian. Tahun depan sila gandingkan mereka berdua lagi. No more ahkak ogy ok.

Tapi seperti biasa jugak le ... ada yg tak puas hati. Cakap pengacara tak stended la, buat lawak over la, tak bersopan santun. tak macam orang putih dalam grammy awards la itu la ini la. Sebenarnya kalau ditengok dalam grammy awards tu pengacara buat lawak sengal jugak. Cuma mungkin cara penyampaian lawak berbeza mengikut kepompong bangsa. .. and for those yang nak tengok pengacara yang berbudi bahasa pulak, len kali jangan tengok ABP. Pi la tengok Forum Perdana ...