"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 18 November 2008

Aku nak pegi Frankfurt


Photobucket

Dah beberapa hari dah tak update blog. Nampaknya tak tercapai hasrat aku nak jadi blogger tegar. Aku sekarang ni tengah busy kuasa dua ye kawan-kawan. Sebabnya weekend ni nak pegi Frankfurt. Perginya tak lama, 3 hari jer. Hari Jumaat pagi bertolak, Ahad petang dah balik semula. Tapi perasaan adalah berbunga-bunga sebab dapat naik kapal terbang. Yer.. aku tau ada sedikit jakun di situ. Tapiiii... ada aku kisah

So, sekarang ni tgh belajar dengan bersungguh-sungguh untuk cover masa pegi holiday. Ini bukanlah sebab aku rajin sangat belajar masa weekend (tapi adala on komputer buat syarat, selak-selak journal sket). Tapi aku takut aku akan demam dengan teruknya lepas balik Frankfurt. Memang begitulah tahap kesihatan aku. Tak bleh jalan jauh sket, pastu mesti ala-ala nak demam seminggu. Tak best kan jadi aku ni.

Untuk saper yg kenal Nenny, tujuan sebenar aku pi Frankfurt ni adalah sebab untuk melawat beliau. Kebetulan plak husband dia schoolmate laki aku. So.. mission kali ini adalah berkonsepkan serampang tiga mata iaitu

1) reunion aku dan nenny
2) reunion midon dan mat ju
3) jalan-jalan frankfurt

OK lah korang .. doakan aku selamat pergi dan balik. Berjumpa lagi di minggu hadapan. Kita sudahi bacaan kita dengan tasbih kifarah dah Surah Wal'as (betul ke aku eja ni)

Wednesday 12 November 2008

Sizzling mee

wah.. sgt blogger tegar aku ni sekarang. Tiap-tiap hari update blog. Sebenarnya tak de apa yg menarik pun nak cerita. So, aku kongsi resepi sizzling mee yg baru saja dilahap oleh kami berdua sebentar tadi.

Photobucket
Bahan- bahan:
  • 2-3 sanggul mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Tambahkan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Dalam periuk lain celurkan mee. Toskan dan gaulkan dengan minyak dan kicap.
9. Lepas tu dalam campurkan kuah dan mee dalam sizzling plate. Pecahkan telur sebiji dan masak di atas stove

Photobucket

Ini adalah gambar mee yg sdg dimasak diatas stove. Mengelegak gitu. oleh kerana tahap kemalasan aku adalah maksimum.. aku malas nak gaul mee ngan kicap. So, warnanya plain jer.. tak berapa menariks


Tuesday 11 November 2008

Selamat tinggal beg

hari ini pada tanggal 11 November 2008 aku dengan paksa relanya terpaksa membuang beg ini.

Photobucket

Kisah aku dan beg ini bermula 5 tahun lepas. Seminggu selepas aku sampai ke UK aku telah membeli beg ini di Argos ( masa tu aku sangat obses ngan Argos). Harganya tidak le mahal. Dalam 8 pound rasanya.

Maka bermulalah episod hidupku dengan beg ini. Hari2 pergi school bersama. Jadi teman menangis aku kalau reaction tak jadi, jadi teman gembira juga bila reaction berjaya. Actually beg tu dah ada koyak2 sket. 2 tahun lepas aku ada beli beg baru utk bawak pegi school. Tapi berat sgt hati aku nak pakai beg baru. Dalam hati aku biarlah beg buruk aku tu sama2 menyaksikan kejayaan... sgt sentimental ye aku ni. So, aku terus pakai beg tu sehingglah semalam. TAPI... malam tadi si IKI kucing durjana telah mengencing di atas beg aku. geram betul aku. Rasa nak potong jer ekor dia.

Photobucket
inilah aksi bengis yang tertuduh

Aku try rendam + basuh beg tu. Tapi seperti sedia maklum, bau kencing kucing memang susah nak hilang. So, setelah melalui beberapa proses penaakulan mantik... aku pun ambik keputusan nekad membuang beg ini.

Kepada beg... selamat berpisah. InsyaAllah kalau aku berjaya satu hari nanti, jasamu tetap akan ku kenang.

Monday 10 November 2008

Rancangan mari menambah lelemak anda - home made pizza

Ini adalah supper malam semalam ... sangat tak bagus untuk kesihatan ye kawan-kawan.

Photobucket

Bahan utk Doh :-
250 g tepung gandum
1 s/b margerin
1 sudu kecil yeast
125 ml air - suam2
garam
Cara:
1. campurkan tepung + margerin. Buat bread crumb.
2. campurkan yis + 50 ml air suam. Then masukkan dalam (1). Uli doh. Campurkan lebihan air sedikit demi sedikit. Uli lagi doh lebih kurang 15 minit.
3. Masukkan doh dalam bekas, tutup dgn cling film. Biarkan dalam 30 minit.
4. canai doh menjadi leper.
Topping:
1. Letakkan tomato puree + grated cheese as a base.
2. Letakkan segala mala topping yg anda sukai. eg. ayam, peperoni, sosej, mince meat, olive pickle, jagung, nenas, crab stic etc. etc.
3. Pastu letak mozarella cheese
4. Bakar pizza selama 20-30 minit.

taraaa... pizza dah sedia untuk dibaham.

Thursday 6 November 2008

Pesta Nasi Lemak

Photobucket

Weekend ni berlansungnya acara yang gilang gemilang iaitu Nottingham Malaysia Games 2008. Ye ye O jer aku. Tidak le gemilang sgt sebenarnya =P.

Actually Notts Game ni acara tahunan yg dianjurkan oleh bebudak undergrad Notts U. Diorang adakan pertandingan sukan dan seluruh pelajar Malaysia di United Kingdom dijemput untuk joint bersama.

Sementara bebudak undergrad tu berhempas pulas lawan bola para pelajar postgrad pulak kebanyakannya berhempas pulas memasak untuk berjual. So bermacam-macam masakan ada dari ke karipap, popia, rojak, sate, nasi lemak, nasi tomato, nasi beriani nasi kankang..ooppsss salah plak. .. semuanya ada. Kiranya macam lubuk duit la. Bayangkanlah beribu-ribu orang bebudak undergard UK semua berkumpul kat Notts.

Tapi yang misterinya... somehow.. entah kenapa Nasi Lemak mesti laku gila babas punya. Boleh dikatakan setiap gerai mesti ada jual nasi lemak tapi mesti habis. Nasi-nasi lain pun habis jugak tapi tidakle selaris nasi lemak.

Photobucket

Ni gambar tahun 2005, masa ni jual Nasi lemak berlauk + roti sambal + pulut serunding

Sebelum-sebelum ni aku tak ketinggalan berniaga .. tahun 2004, 2005, 2006. Tapi sejak tahun lepas aku dah pencen dah. Tak sanggup aku walaupun pungutannya tersangatla lumayan. Mak Cik Kayoo gitu. Masaknya untuk sehari jer, tapi penatnya seminggu tak habis. Belum tambah demam lagi. Korang bayangkanla masak beras 60 kilo satu hari satu malam. Belum campur sambal ngan lauk lagi. Mau tak bengkok tulang 4 kerat aku ni. Walaupun kilauan Pound sterling tu kadangkala menghantui aku .. tapi bila fikirkan aku ni byk kerja nak buat, aku kuburkan aje la niat aku nak berjual. Bagi can le kat geng-geng lain buat duit. Mesagge buat Farah: aku tau kau niaga nasi beriani. minggu depan dah kaya jgn lupa belanja aku makan.

Photobucket

Ni gambar aku dan konco-konco gambar lepas dah licin semua.. legaa.

Kepada kawan-kawan yg lain (sebenarnya tak der org Notts lain pun yg baca blog ni except Farah ngan Ana) aku doakan perniagaan korang berjalan lancar. Nanti hari Sabtu bila nampak muka aku kat gerai korang jgn buat2 tak nampak plak, bagi le discount sket... aku tau modal tak besar mana pun)

Wednesday 5 November 2008

Winter!!!! best sangat ker?

I never reallly like winter. Other than fluffy snow it comes with a bad package

sejuk + hujan = demam + lapar + ngantuk

demam + makan ubat = tidur

lapar + makan banyak = gemuk

ngantuk + tidur = kerja tak siap


jika tuan bijak bistari, sila selesaikan persamaan serentak ini ....

PB spoiler

Sekiranya anda mengikuti siri Prison Break tolong jgn baca entry ini. It contains spoiler for Ep.9

ish... tak der mood nak buat kerja ari nih. Nak tau kenapa???? sebab Brad Bellick dalam Prison Break mati dalam episod 9. Walaupun dia adalah seorang crook pada awal series ini but his friendship n loyalty telah menyentuh hatiku. Lepas ni aku rasa mesti dia nak matikan watak Scofield sebab Scofield dah boroi dah tak ensem sekarang. PB perlukan hero baru yg lebih HOT gitu.

Tuesday 4 November 2008

masih lagi kes NH - AA

minta maaf yer kawan-kawan, aku masih emo ngan isu ini. Semalam aku cuma kesian ngan Abby... tapi takdela menyampah sgt ngan Norman Hakim. Tapi statement surat khabar dia ari ni membuatkan perasaan amarah aku tu sedikit memuncak.

Aku bukan le nak emo tak tentu pasal. Tapi Norman Hakim tu ngaku jerla ko tu penjahat. Tak yah le nak buat dialog ala-ala ko tu lelaki lindungan Kaabah.

ni sedikit petikan dari Utusan malaysia Online

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.

- patutnya ko tukar perkataan bersedia tu kepada 'memang merancang'

''Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.

''Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,''

- tak payahle guna ayat 'ketentuan' tu cakap jerla 'saya memang berharap saya dapat kawen ngan memey'

Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.

''Ada 'wilayah' dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.

- cuba kalau bini ko kasi wilayah hati dia kat lelaki lain, ada hati ko gembira???

''Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.

- kalau dah sedar napa tak hargai dia, sakit taww dia beranak

''Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,'' ujar Norman lagi.

- ini adalah jawapan standard.. every man on the earth please take a note

Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan 'penyelamat' kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.

''Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.

- penyelamat??? Apa ko ingat memey tu kerja bomba ke??

iskk... aku ni dah macam lawyer mahkamah syariah Abby lak.

Monday 3 November 2008

Skandal NH - AA



Norman Hakim kena tangkap basah. Abby Abadi minta cerai. Sedih ahkak menengok nyer. Kepada Norman Hakim .. kalau dah sebuk sgt nak menggatal ngan pompuan lain tu lepaskan jer lah Abby tu, tak payah le nak disakitkan hatinya. Perempuan ni emo taww. Kalau ko siap langkah mau kena belasah aweks ko tuh.

Aku tau mesti ada pendapat yg mengatakan Abby tu is not the perfect wifey la, garang la itula inila. But still, that's not gives Norman Hakim the right untuk curang OK!!! Kalau ko dah rasa bini ko tu penjahat sangat lepaskan la baik2.

Untuk si Memey plak .. biasala kan bebudak lagi. Fikirannya sesingkat skirt JLo. Tak leh pikir rasional gitu. Aku pun tak salahkan dia lelebih. Dia tu cuma terpedaya dgn kata2 manis NH jer. Tapi salah tetap salah yer cik Memey .. oleh itu sila la kembali kepangkal jalan.

Sunday 2 November 2008

bola????

Aku nak update blog ni.. tapi tak de apa yg interesting nak cerita. Silala baca entry samph dari aku ini.

Tahukan anda yg bahawa saya adalah salah seorang peminat bola sepak EPL. To be exact saya adalah penyokong kelab Chelsea. Pada awalnya saya ingin menjadi penyokong Man U sebab ada Christiano Ronaldo yg hensem. Tapi niat saya telah dilarang oleh En. Hamidon. Tidak pasti apakah motifnya. Adakah sebab beliau jeles akan Christiano Ronaldo (macam le CR kenal aku kan) ataupun beliau memang tak suka akan Man U yg memang well known adalah rival kepada Chelsea. Tapi kini saya OK jer jadi penyokong Chelsea kerana saya minat kepada pasangan gay Frank Lampard dan John Terry (diorang suka peluk2 dikhayalak ramai OK) .. warning: ini hanyalah speku dari aku

Photobucket

Minggu lepas Chelsea telah kalah kepada Liverpool menyebabkan kelab tersebut hilang takhta kedudukan teratasnya di dalam carta liga. En. Hamidon adalah bengang sampai ke malam. Habis Peter Chech pujaan beliau pun kena maki. Tapi semalam Chelsea menang dengan Suderland 5-0 dan Liverpool dengan bongoknya telah kalah kepada Spurs yg tak terror dengan kiraan mata 2-1. Maka, Chelsea telah kembali merebut tangga ke atas liga.

Sekian,
dari meja sukan