Demam AF dah kembali. Tapi aku mengambil keputusan nekad untuk tidak mengambil ‘port’ pasal AF7. Ye la, kalau setakat nak tengok konsert tanpa menonton diari tak masyuk la bak kata mat rempit.
Tadi masa browse ruangan Gossip kat forum CARI, aku dengan tidak semena mena telah meng‘click’ pada thread AF7. Jiwa wartawan hiburan itu masih tersemat kukuh dalah diri aku. Hehehe.. Apa yg aku came across daripada thread tersebut ialah
adalah sorang forumer tu.. ewah bukan main sakan lagi mengutuk felda, tak perlu la aku quote kata2 dia, karang dia tahu aku kutuk dia meroyan kat sini plak kang susah aku.
Sejak akhir2 ni bukan main lantang lagi sesetengah golongan yg konon2nya urban ni mengutuk Felda. Aku perasan yg fenomena ni berlaku semenjak MAWI masuk AF.
Lepas kes MEMEY-NORMAN bertambah2 lagi kutukan orang luar terhadap masyarakat Felda. Kesimpulan yg aku dapat dr kutukan2 mereka ialah mereka rasa orang Felda ni kolot, miskin, jakun, hisap dadah, rempit, seks bebas, tak class, botak, pakai bunga kat tudung (merujuk kpd Ina Naim) dan sebagainya.
Aku rasa macam tak patut la diorang berperangai sedemikian rupa.
Kenapa aku mesti Emo?
Aku bukanlah peminat Mawi, walaupun kadang2 aku layan jugak le Qasidah & Berzanji versi Mawi bila aku nak feeling feeling ustazah. Lagipun ada juga a few lagu dia yg best2 apa. Selain dari itu tiada apa2 perasaan sampingan terhadap beliau.
Memey pulak... lagila tak de sebab aku nak minat. Aku tak pernah tengok dia berlakon selain dari dalam Dunia Baru 3. Tapi tak minat tak bermakna aku benci dia.
Aku orang FELDA??? Tak, aku bukanlah orang FeldA. Aku orang Kampung Parit Haji Hassan. Aku adalah anak jati Johor yg ada banyak FELDA di dalam petanya. Adalah juga 3-4 orang sedara aku yg terdiri dari peneroka Felda.
Pada aku kalau nak kutuk tu, kutuk jer la si Mawi ngan Memey tu. Dah memang diorang tu artis. Hadirnya mereka di dalam dunia ini sememangnya untuk digossip dan dikutuk. Well... sapa suruh jadi artis kan. Aku pun dolu2 ada hati nak jadi pelakon, tapi sebab aku takut kena gossip lansung aku berpaling dari dunia seni. Chewah.
Lekeh sangat ke orang Felda ni? Aku tak nafikan masalah gejala social yg melanda kat Felda. Tapi bukan gejala social ni ada dimana2. Anak2 orang kaya kat Bukit Antarabangsa yang konon2nye posh, urban dan bertamadun pun ada yg hisap dadah bagai.
Kalau kita tengok dari sudut positinya. Anak orang2 Felda ni ramai juga yg pandai2 dan berjaya. Masa aku kat MRSM Muar dulu hampir 1/3 dari batch aku budak Felda. Sekarang ni mungkin diorang dah jadi doctor, engineer, lecturer cuma belum ada yg jadi angkasawan jer lagi.
Walaupun aku tak pernah paham Chapter Dasar Ekonomi Baru dalam buku sejarah tingkatan 5, aku sedar yg pada hakikatnya para peneroka Felda ada menyumbang kepada ekonomi Negara... samada banyak atau tidak aku tak PASTI. Tapi mereka bukanlah keturunan yg wajar di hina. Susah taww nak meneroka Felda. Cuba korang tengok filem Bilut.... insaf aku bila fikirkan kesusahan mereka. Ye lah, tapi aku tau stok2 yg suka kutuk Felda ni mana layan cerita Melayu... Western kekdahnya.
OK la... panjang plak entry emo aku ni. Aku sedar aku bukanlah org yg layak nak kata orang lain salah itu ini. Tapi aku percaya dalam setiap perbuatan kita istiqamah tu penting. Wow.. dah jadi Ustazah Dalina pula.

