"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 7 April 2009

Kempen Kolestrol dan Lemak Sifar

Wah.. aku bukak semua blog sana sini asyik membincangkan pasal isu berat badan, diet dan exercise. Bagus-bagus. Semangat inilah yg kita mahu ye kawan. Nak turun berat badan ni bukan sekadar nak cantik jer (walaupun ia adalah tujuan utama) tapi juga sebab kita nak sihat. Maklumlah masing2 pun umur dah menuju ke arah 30-an. Kadar metabolisme dah rendah. Lemak dan kolestrol pun dah mula suka berkumpul secara berjemaah dalam badan kita. Kita dah semakin terdedah dgn penyakit2 popular seperti darah tinggi, kencing manis, gout, sakit jantung etc. Bukan satu kesalahan bila wanita2 seperti kita ni obsess nak kuruskan badan. Jadi kan ia sebagai suatu persaingan positif.

Photobucket

Tak perlula nak kurus seolah2 Keira Nightly. Sekadar sedap mata memandang jadila

Maka bersempena dengan tema wanita dan berat badan aku bercadang untuk create satu blog berkosepkan slimming journal but as a private blog. Memula macam nak buat kat blog ni aje sebab malas nak manage 2-3 blog. Tapi aku terasa rasa yg sometimes ada orang lelaki yg came across baca blog ni. Rasanya macam tak manis la plak bila aku nak membincangkan isu berat badan secara public. Iyelah secara tak lansung mesti akan ada guna perkataan perkataan yg berkaitan dengan komponen2 badan yg tak wajar dibincangkan secara umum.

Aku nak invite a few kawan2 aku yg sama2 gigih nak kuruskan berat badan ni i.e. Atie, Nor, Nenny, Helen, Mazu, MK, Zura-Long dan juga kakak aku. Nurul pun aku akan invite juga manala tau kau nak kurus lepas bersalin nanti hehehe. Kepada pembaca2 wanita yg lain kalau sesiapa yg berminat bolehla bagi email add supaya aku bleh invite korang.

Kalau korang nak jadi author bersama pun di alu alukan.

Issue yg nak diketengahkan dalam blog tersebut bukanle isu2 sirius. Kita buat secara santai 2 je. Contohnya

-tips2 diet
-tips2 bersenam
- diari kalori menu harian kita
-diari 'calorie consumption' daripada exercise kita

manala tau bila kita record semua nia especially diet harian kita kita lebih berdisiplin. Bukan senang nak turunkan berat badan. Lagi2 kalau kita buat secara berseorangan. Lagila 'will power' tu kurang. Main diet dan exercise secara syok sendiri jer. Last2 tengok2 berat badan masih di takuk yg sama. So kepada kawan2 semua marilah kita sama2 jayakan 'kempen kolestrol dan lemak sifar' ini.

14 comments:

Anonymous said...

nak ikut yer wagon, aku pun ada pikir gak nak buat, maka aku join aje le blog kau, kay..:)

-HeLiNa- said...

aku nak join gak..

areT said...

aku akan join...syoknyerrrr

the seasonal blogger said...

hehhe. is there another nurul or am i that nurul? netherless, wa nak menyebuk, pls? :D

dal said...

hahaaa.. that is the other Nurul, but the younger Nurul is most welcome. Nanti Kak Ina add yer

dal said...

BTW.. Kak N. What is ur email add. Tak jumpa la kat profile

the seasonal blogger said...

huda275@gmail.com :D
TQ

eyda said...

kak dal, nak join jugak, cleoeyda@gmail.com...excitednye..hehehe

-dal- said...

okie eyda.. nanti kak dal invite.

zafwah said...

yuhhuuu,...org dekat..org dekat ni nk join jg..walaupun asik mengeluh dgn seluar yg da makin sendat tp masih belum insaf dgn aktiviti pemakanan yg tdk sihat..oleh itu sila invite org dekat ni yek..email farah_harun2002@yahoo.com..time kasih..

dal said...

Fara n eyda.. kamu berdua telah dinvite. Sila bayar yuran penyertaan ye

Tik said...

Salam Dal..

Salam perkenalan.. I'm your silence reader dan kawan kak atie.. bleh tak nak join jgk blog diet... hehehheh.. my email add : tik_abr@yahoo.com.sg.. tq :)

dal said...

Hi Tik... sangat boleh. Di alu-alukan.

dal said...

Salam... for those yg bagi email add sila check email masing sebab rasa-rasanya semua dah diinvite.

BTW... diminta jadi ahli yg aktif yer. Tak mo la pasif pasif setakat jadi silent reader jer. Kalau tak mau tulis entry pun tinggal komen cukuplah. At least the writers won't feel like they talk/write to strangers.