"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Monday, 1 June 2009

Misi menghabiskan tepung beras 1 - Kueh Lompang

Aku ni bukanlah penggemar kuih tradisional melainkan epok epok a.k.a karipap. Kuih kuih lain tu setakat OK OK jer. Kalau ada aku makan kalau tak de pun aku tak kisah. Sebabnya... mungkin kurang expose dari kecik. Mak aku jarang buat kuih kuih tradisional ni. She's more to baking membaking macam buat kek & cookies. Atuk aku plak signature kuih beliau adalah kuih ketayap, kueh koci ngan lepat pisang. Akibatnya bila aku dah besar tengok pun aku dah tak lalu.

Tapikan.. kat pasar malam BBB ada satu gerai jual pelbagai kuih talam yg memang sedap. Aku harap mak cik tu idup lagi la supaya sempat aku merasa kuih talam beliau.

Merujuk kepada post aku yg lepas.. aku ada la tepung beras berlebihan kat rumah ni. Aku beli dulu sebab tetiba teringin nak makan kuih tepung pelita. Adala aku buat sekali.. pastu tersadai tepung yg lebih sampai ke sudah. So, hari ni aku buat kuih lompang. Senang je buatnya. Preparation time around15 minute. Pastu masukkan je dalam steamer.















rupa paras kuih adalah sedikit keji

Resepi

Bahan2
1 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung/ubi
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan
1 cawan gula
daun pandan
pewarna

Cara2
1. Rebus gula dgn air + daun pandan sehingga gula larut. Sejukkan.
2. Campurkan santan ke dalam air gula.
3. Campur tepung (beras & cournflour) dgn air santan tadi. Kacau hingga sebati.
4. letakkan pewarna
5. lengser acuan dgn sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus 15 minit.
6. Untuk kelapa - gaul kelapa parut dgn garam. Kukus sebentar (5-10 mint)

5 comments:

eyda said...

tak keji langsung rupa kuih lompang tu, comel jek siap bentuk2 bunga lagi. warna pun merah ala2 bunga gitu, suka la.

p/s: saya tengah dalam misi mencari bekas2 kuih yg comel nak isi agar2..hehe

the seasonal blogger said...

sedapnyeee. merah mak ngah wak-ak-au okey.. tepung beras leh buat kasuwi ke. sedap gle kasuwi :D

areT said...

sian makcik yg kau harapkan dia masih hidup masa kau balik sini nanti..heheheheh

-dal- said...

eyda --> kak dal pakai aluminium mould yg biasa buattat tart tu.

N --> kaler mera tu sepatutnya pink. Tapi letak pewarna merah terlebih suda.

Atie -->hehehh... tiba-tiba aku rasa tak manis ayat aku tu kan.

areT said...

sgt tak manis!!!kecewa sedara2 dia baca...hehehhe