"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday, 18 June 2009

Tag a.k.a Award


i. Nyatakan 5 fakta tentang pemberi award: hantu makan

1. Nama sebenar beliau adalah Dalia

2. Nama adik beradik beliau semua bermula dengan Dali iaitu Dalia, Dalina, Daliza, Dali Zikri dan Dalila Ayu. Macam mana aku tau???? Sebab aku adalah salah seorang dari nama2 dia atas

3. Dulu2...aku telah mencuri baju t-shirt Giardano belang2 merah putih beliau. Errr... sorry. Ko perasan tak aku amik baju ni?

4. Suami beliau adalah En. Rudin. Sekali imbas Encik Rudin ini adalah kelihatan skema senang cakap adalah ketua pengawas material. Tapi tak sangka beliau minat dgn lagu bercorak heavy metal dan suka aktiviti lasak seperti BMX dan motocross. Laki aku yg berperawakan seperti samseng kampung dusun pun tak minat dgn aktiviti yg disenaraikan tersebut.

5. Beliau mempunyai 3 orang anak perempuan i.e. Yassmine, Soraya Dean dan Nadrah Jade. Setakat ini Yassmine sudah kelihatan mewarisi genetik tiga suku kami.


ii. Setiap peserta mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya


1. 10 tahun dulu aku tak sangka aku boleh memasak sebab yg aku tau cuma masak sardin, ikan bilis goreng bawang dan telur dadar. Kata2 hikmah disini, never under estimate what are you capable of.. because you never know. Siapa tau 10 tahun lagi aku jadi Senator Dewan Rakyat.

2. 10 tahun dulu aku adalah big-money spender a.k.a shopaholic. Rekod kebangsan aku adalah berjaya menghabiskan RM 10 000 dalam masa 10 hari hanya untuk makan- shopping-berlibur (masa dapat tunggakan elaun NSF tahun 2000) . Pastu sebelum aku datang UK pd tahun 2003 hutang kredit kad + hutang lain2 aku mencecah RM8 000. Tapi sekarang tidak lagi. .. aku telah insaf.

3. Kalau aku kaya ....antara impian aku ialah nak buat braces sbb gigi adalah sedikit jongang (MK kita mempunyai masalah yg sama), buat laser eye treatment (leceh nak pakai contact lense hari2) dan juga buat liposuction (errr...kalau tak masuk kategori haram dan berdosa)

4. Aku tak suka agen takaful insurans. The way they promote their package/premium adalah menjelekkan as if kalau ko beli takaful confirm masuk syurga n kalau beli insuran lain direct masuk neraka. OK la bukan semua perangai cam tu, tapi setakat 3 agen yg aku jumpa semua modus operandi nya adalah sama.

5. My top 3 most faveret food is 'nasi putih + sambal tumis', 'plain bubur nasi + ikan bilis goreng bwg' dan laksa johor.

6. Dari kecik sampai besar aku bahasakan diri aku dengan kucing as 'kakak'. Mesti kucing2 aku wonder kenapa kakak mereka tak de ekor dan misai.

7. I don't like people yg pura2 merendah diri tapi sebenarnya mintak kena puji.Contoh dialog:

X: makan le, aku ni masak tak pandai sgt. Tak tau le rasa cemana (sambil tersengih2) dgn harapan orang membalas camni
Y:
Eh, Ok la ni sedap apa. Kau masak memang rasa macam chef wan masak.

Biasanya kalau jumpa orang cam ni aku buat tak tau jer walaupun sebenarnya nak aje aku cakap 'ha'ah memang ko masak rasa air longkang' walaupun dia masak best. Well.. I am totally capable to differentiate between people yg betul2 merendah diri atau pun seperti spesis di atas.

8. Masa umur aku 20-an, tempat yg paling ingin aku lawati adalah Hong Kong sebab nak jumpa Tony Leung dan Ekin Cheng. Sgt yer tengok cerita Tokyo Raiders kat GSC Kajang berkali2.

9. Aku tak suka tengok gambar yg ala2 melompat-floating-on-the-air. Kalau budak kecik boleh terima lagi. Tapi kalau orang tua ...puuhleaz ..tak kiut lansung.

10. Aku tak suka pelakon Siti Elizad (tibe -tibe, ;P). OK.. sebenarnya dah tak de idea. Tapi seriously.. Siti Elizad berlakon macam hampeh.

iii. beliau-beliau yg aku tag

1. Sabariah
2. Sabaruddin
3. Sadik Sigaragar
4. Sazali
5. Sandy Suzuki

9 comments:

Anonymous said...

hahahahaaaaaaaaaaaaaaa, seriyes.. jawapan adalah funny, hahahahahaaa

Anonymous said...

weh, aku lupa, kau kena update dgn gossip terkini, am nak kawin and ada cerita sensasi disebaliknya

areT said...

gila kau dal spent duit rm10k selama 10 hari..apa ko beli?????..hehhehe..tolong napa nama org yg di tagkan adalah dr golongan artis????

-dal- said...

Yaya --> Am nak kawen dah. Bila? Eh.. abng gemok dah kawen??? Tolong PM through email or FB message ye about the gossip. Aku pun sebuk nak tahu.

Atie --> jgn ditanya. aku pun tak tau. Aku amik cuti 2 minggu. Hari2 pegi KL shopping dan makan. Malam pulak berembun dekat uptown or bangsar. Yg aku ingat cuma ada henfon, perfume, baju dan kasut baru.

Aku kesian kat artis artis tersebut, tak de sapa yg tag mereka

Neny said...

amboi, sedap je ko ngata si midon itu samseng kampung dusun...tp aku rasa bunyinya sgt cute....hahaha

Anonymous said...

emel gossip sudah disent ye, sila check emel anda..:)

. said...

i suka tengok gambar floating-in-the-air.. tengok camaner derang menten expression muka (terpengaruh dgn ANTM) tapi awas! i x penah try tangkap gambar camtuh

-dal- said...

Nen --> mmg dia samseng pun. hehe. Mesti zul pun bersetuju ngan aku

Yaya --> I'll check it out

Ita --> tak tahan dengan perkatan AWAS.. hehehheeh

MK said...

kak dal sedikit jongang juer kah??? hmm.. saya akan mengguna-pakai jamie oliver's phrase kepada diri saya - "too perfect= fake/artificial" so..i'll let my jongang be as it is.. (statement pujuk diri)

suka juer perkataan 'awas' ita..harus digunapakai kelak di hari muka.