"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday 9 January 2008

minyak oh minyak

Cuti da habis… jadual hidup aku back to usual routine. Bangun tidur- masak- mandi-pergi school- balik school- masak, tengok TV- study ( kalau rajin hehe) - tidur again.


Tak der apa yg menarik … melainkan tak best semata. Huhuhuh.


I must finish my PhD this year… dah tak sanggup aku hidup cam ni. Bercampur ngan org putih ni macam tak der life … tak der gossip yg mengujakan aku, tak der nak sakit- sakit hati … tak rasa macam duduk kat persekitaran melayu lah senang cerita…walaupun duk dalam melayu environment is a bit torturing with all the back stabbing, bengang with si polan, gossip about us all over the place…but ‘pain is beautiful’ believe me hehehe.


Apa aku nak komen ye… ha pasal isu minyak masak kat Malaysia. Aku baca paper kata kekurangan minyak masak sebab penjual dok simpan dan akan jual balik selepas kerajaan naikkan harga minyak. Ada yg jual kat Thailand sampai RM5.80/kg. Mak ooi mahalnya.


Sebelum aku pegi UK dulu kalau tak salah aku harga minyak masak dalam RM 2.00/kg. Aku biasa beli yg brand bodoh dalam packet jual kat pasar malam tu. Bukan selalu masak pun... 1 kilo tu pun mau tahan sampai 2-3 bulan. Sekarang ni aku tak sure harga minya berapa sekilogram. RM2.50 -2.70 kot.


Katalah kerajaan naikkan harga minyak hingga ke RM3.00 sekilo. Sekarang ni average aku guna minyak masak dalam 4 - 5kg sebulan ( masak hari2)...so nanti dalam sebulan aku akan spend dalam RM12-15 sebulan untuk minyak masak. Hmmm ... still reasonable price.... tapi kalau naik ke RM3.00 la...kalaula naik sampai RM 5.00 mau aku masak air jer semua lauk... dah tak payah minyak-minyak.


Sometimes.. aku rasa takut nak balik malaysia. Dengan harga barang yg mahal dan tak sejajar dgn pendapatan aku rasa macam tak bleh survive jer. One thing I like about England is the price for ‘ barang runcit’ is sooooo cheap…. Well kalau convert mmg la lagi mahal dr Malaysia tapi kalau dinisbahkan dgn pendapatan the prices can be consider as cheap (setelah diambil kira factor inflasi bla bla bla..something kalau kita belajar ekonomi kita faham …). Kalau tiap2 minggu aku shopping barang makan penuh satu troli pun still tak sampai 50 GBP. Alangkah bestnyer kalau kat Malaysia camtu.


Tapi aku percaya satu hari nanti Malaysia akan jadi macam England … apabila semua sumber dalam negara dimaksimumkan penggunaanya, apabila rakyat Malaysia semakin civillised, apabila etc. etc.. As a conclusion all the dreams can become true when Malaysia already going through all the civilization and revolution process as England went through before. InsyaAllah.


Cuma entah sempat ke tidak aku merasa since ‘civilization’ dan ‘revolution’ memakan masa beratus tahun ribu mungkin. Whatever it is, I’ll always pray that one day, Malaysia will be a better place for people to live their life. Amin.

2 comments:

areT said...

dal...dah nak mula jd menteri perdagangan dlm negeri ke ni;)

Neny said...

Dasat gak ko nye dal, sebulan minyak sampai 5 kg...mmg pulun masak camtu...hehehe.

Tu la, aku pon terasa ngan kenaikan brg2 ni. Sekali shopping utk groceries utk stok seminggu sure abis gak la dlm rm150. Tu pon aku dah try jimat dah tu. Asik dok compare rega antara brand. Aku dok imagine cemana la org yg gaji ciput...survive ke mereka?

Kat mesia ni, org kaya bertambah kaya, org susah lg tersepit. Pagi ni aku dgr berita, pengusaha bas lak minta nak naikkan tambang bas and subsidi lebih utk diesel sbb diorg kata x adil nelayan je dpt subsidi lebih. Gilo ke hapa nak compare ngan nelayan? Though aku x naik bas tapi aku pon marah kalau diorg nak naikkan tambang bas, Kesian kat kengkawan aku yg mmg bergantung kat bas gi mana2.

Dah sudah....aku lak membebel kat blog ko ni. Rajin nanti aku karang esei anta kat STAR komen pasal ni...hehehe