"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday 13 February 2013

Aku Merinduimu ..ting..tong

Sesiapa yg hidupnya sezaman ngan aku mesti akan terjebak dengan iklan bedak Follow Me ... yg tag line nya adalah seperti di atas.

Sekarang ni musim orang pergi umrah agaknya. Kat FB beramai ramai mereka mengupload gambar. Kalau x salah visa umrah baru dibuka selepas musim haji. Lagipun orang suka pegi time sekarang sbb tengah musim sejuk. InsyaAllah, tak de lah panas sangat di bumi Makkah dan Madinah. 

Di perkarangan Masjid Al Nabawi, Madinah

Aku pun dulu pegi time2 cam ni jugak. Bulan Februari 2010. Pejam celik dah 3 tahun berlalu. Dari x de anak sampai dah beranak dua.

Lawatan ke Jabal Magnet (fefeeling Rindu Bertamu di Abu Dhabi..heheh)
Di Jabal Rahmah (semoga Allah panjangkan jodoh kami)


 Menunggang unta.hehe

Lawatan ke Thaif (kawasan tanah tinggi di Makkah)

Bila tengok gambar kat sana. Ya Allah rindunya hati. Bukan lah rindu dgn ke'best'an Makkah dan Madinah. To be honours, city kat sana tak best pun. Tapi aku rindu sangat dengan kedamaian dekat sana. Yang paling aku rindu adalah laungan azan Subuh di Masjidil Haram. Subhanallah. First time aku menitik air mata bila mendengar Azan berkumandang. Perasaan bila pertama kali mengucup Hajar Aswad pun adalah indescribable.

Di hadapan Masjidil Haram, Makkah

Ya Allah, jemputlah aku ke sana supaya aku dapat merasakan perasaan yang indah itu lagi sekali.

Special Edition: Gambo kucing Makkah. Aku keboringan tunggu kakak2 pilih kurma lama sangat

Jemaah umrah kumpulan kami. Semoga persahabatan yang terjalin berkekalan

Ada juga plan nak pergi Umrah lagi. Tapi, ada sesetengah ustaz berpendapat lagi afdal dulukan yang wajib i.e. mengerjakan Haji. Tapi tulah, kalau ikutkan turn aku tahun 2030 (aku daftar tahun 2010). Pernah juga tanya2 di tabung haji untuk pakej Muassasah. Depa bgtau kalau pakej yang paling murah i.e RM 20K tu pun berebut orang nak sampai kena queue 2-3  tahun. Dia kata yang confirm ada n boleh pergi on the spot adalah pakej RM 50K ke atas. Namun, masalah problemnya .. mana aku nk kumpul 50K tu. hihihi. 

Tak pelah, InsyaAllah ada rezeki sampailah giliran aku. Sesungguhnya Allah itu memberi perancangan yang terbaik untuk hambanya

6 comments:

Neny said...

Aku pon x penah sampai lagi ke sana Dal :(. Kita sama2 doa ye, mudah2an Allah murahkan rezeki kita utk sampai kesana.

teratakmuslaily said...

tgk status, gambar & cerita kwn2 membuatkan hati sgt2 terpanggil.. tapi bila majukan kat bos, bos kata lom ready wlupun irissa laundry dah setuju nak support everything.. ashaner eik? perlukah aku pendamkan dahulu hasrat hati?

Unknown said...

Kak Laily,

Kalau kau tanya aku pergi jer kak. Cuma tulah, ada sesetengah pendapat mengatakan elok buat haji dulu sebab benda wajib. Masalah problemnya, pegi haji ni modal besar sket (utk pakej), lama (susah dpt cuti + sape nk jaga ank2) dan perlu penuh Iman di dada (yg ni aku la, Iman senipis kulit bawang hihi)

Kalau x pernah pergi umrah lagi pendapat kata x pe, OK lagi. Tp kalau nk ngulang buat umrah 2-3 kali without pegi haji x bagus (aku x ingat apa hukumnya) katanya. Wallahualam

Unknown said...

Nenny ... InsyaAllah. Sementara tu sempatlah kita perbaiki diri kita yg serba x sempurna ni.

kak cahaya said...

aku mmg teringin sgt nak jejek ke sana. kalo ikut laki aku dia tanak..dia nk wat aji trus..tp aku lak suke g umrah dulu sekurang2nya bila g kursus haji aku paham selok beloknya..tak de mengangga dan hanya cube membayankn shj. skrg ni plak byk fikir hal anak2..sapa nk uruskan sek derang..g cuti plak orang ramai amat..kurang2 pon lagi 2 tahun aku target nak pegi jugak sbb masa tu kakak dah abis spm..kak cik kat asrama dan tggl 2 lagi tu jek..moga Allah permudahkan..kalau Allah cepat dan beri jalan utk settle mslh anak2 sapa tau kan..kun fa ya kun

-dal- said...

Tu la Kak Yati .... mcm Midon pun kata x mau pergi umrah kalau x pergi haji lagi . aku pasrah jer. Lg pun pernah pergi sekali, so tak de lah frust sangat.

Pendapat aku pun better pergi umrah dulu, sbb at least kita dapat idea macam mana situasi di Makkah dan Madinah. Tak de lah ternganga nganga bila org cerita pasal Tanaim la, Mikat kat manalah, Arafah la. Mungkin kita akan lebih bersedia bila nak kerjakan haji.

TAPI ... bila aku diskas ngan Midon pasal issue ni jawapan dia senang jer. Mudah ke senang ke, susah ke Allah yang tentukan tak kiralah macam mana hebat pun preparation kita. With that statement I rest my case .. hihihi.

tapi tu lah kita usaha je lah yg terbaik.

P/s: kak kalau kau plan nk pergi haji guna pakej yg RM 20K tu kau dh boleh buat rayuan sekarang kot utk turn 2-3 tahun lagi. Ye lah hari tu cerita2, turn kau lebih kurang saing aku je la kan, dlm tahun 2030.