"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 18 November 2008

Aku nak pegi Frankfurt


Photobucket

Dah beberapa hari dah tak update blog. Nampaknya tak tercapai hasrat aku nak jadi blogger tegar. Aku sekarang ni tengah busy kuasa dua ye kawan-kawan. Sebabnya weekend ni nak pegi Frankfurt. Perginya tak lama, 3 hari jer. Hari Jumaat pagi bertolak, Ahad petang dah balik semula. Tapi perasaan adalah berbunga-bunga sebab dapat naik kapal terbang. Yer.. aku tau ada sedikit jakun di situ. Tapiiii... ada aku kisah

So, sekarang ni tgh belajar dengan bersungguh-sungguh untuk cover masa pegi holiday. Ini bukanlah sebab aku rajin sangat belajar masa weekend (tapi adala on komputer buat syarat, selak-selak journal sket). Tapi aku takut aku akan demam dengan teruknya lepas balik Frankfurt. Memang begitulah tahap kesihatan aku. Tak bleh jalan jauh sket, pastu mesti ala-ala nak demam seminggu. Tak best kan jadi aku ni.

Untuk saper yg kenal Nenny, tujuan sebenar aku pi Frankfurt ni adalah sebab untuk melawat beliau. Kebetulan plak husband dia schoolmate laki aku. So.. mission kali ini adalah berkonsepkan serampang tiga mata iaitu

1) reunion aku dan nenny
2) reunion midon dan mat ju
3) jalan-jalan frankfurt

OK lah korang .. doakan aku selamat pergi dan balik. Berjumpa lagi di minggu hadapan. Kita sudahi bacaan kita dengan tasbih kifarah dah Surah Wal'as (betul ke aku eja ni)

4 comments:

areT said...

baguih pic aircraft ko ni..nampak dia punya vortices dan winglet..bagus..bagus....

:cahya schatz: said...

Yey!!! X sabar tunggu ko n midon sampai.

Neny said...

silap2! aku rupanya anta komen dr blog kwn aku. Cheh!

Anonymous said...

da lama blik tak kn takdek citer ape2 kot..ke dok bz..nmpk kt dlm lab td tgh tekun wat ape ntah..igt nk kaco pikir2 tak jd la..takut ilang idea..hehehe

farah