"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Friday 8 February 2013

Happy Chinese New Year !!!

Selamat bercuti bersempena Cuti Tahun Baru Cina  yer kawan2. Kepada yang nak drive balik kampung tu jgn lupa teguk kopi banyak2 sopaya x mengantuk. Sepanjang pemerhatian aku, jammed cuti TBC adalah yg paling teruk berbanding dgn perayaan lain. Yelah .. time Hari Raya Puasa orang cina tak heran pun nk balik kampung. Tapi time TBC orang Melayu pasti balik kampung.

Aku pun x terkecuali. InsyaAllah balik kampung. Tapi x pasti lagi bila. Esok pagi ke, esok petang ke, lusa ke, tulat ke. Beginilah nasib menjadi isteri kepada CEO syarikat konglomerat (..konglomerat la sangat). Busy memanjang. Every each incoming calls is money katanya. Ye lah .. orang gomen kan tgh kaya raya dapat bonus, ramai la yg nak upgrade alarm rumah, pasang autogate, service etc. Tak pe lah, aku pasrah je asalkan aku diberikan wang secukupnya untuk berlibur dengan makanan.



OK lah korang ... nikmati percutian kali ini dengan keluarga tersayang. Kalau ada jiran ke, member ke nak jamu korang makan Bak Kut Teh ke, Yee Sang ke, Kuih Bulan ke, tanya dulu apa ingredients di dalamnya. Nak selamat makan limau Mandarin je. Di jamin kehalalannya.

5 comments:

kak cahaya said...

kalo dah nama ba kut teh tu mmg mende alah tu la kan..
aku kalo cuti raya cina ni tak brapa ske blk kg atau jalan2..ske dok umah je sbb stress ... mula la cuti panjang tp bdn penat semacam..dok umah lagi best..nnt org dah tak cuti baru aku blk kg hehe..dah byk taun dah gini..lagi pon biasanya cuti pjg gini cikgu punya lah byk bagi homework kat bdk2 ni..haiii laaa aku pon tak paham kenapa
lagi pon skrg ni aku kene training jadi 'kampung' sbb anak dah besar pasti satu hr (lambat2 pon 2 tahun lg anak2 pulak akan balik kg..so kene standby emosi hehe.

Neny said...

"Tak pe lah, aku pasrah je asalkan aku diberikan wang secukupnya untuk berlibur dengan makanan."

Suka aku ngan statement ko ni..hahaha, tapi makanan je ke..shopping2?

Neny said...
This comment has been removed by a blog administrator.
-dal- said...

Kak Cahaya ... aku interview member cina aku katanya bak kut teh ni originalnya 'sup tulang khinzir2'. Tp byk chinese muslim restaurant dah improvise jd sopu gear box. hihih

-dal- said...

Nenny .. hanya makanan yang mampu menghiburkan hatiku. Beg tangan LV pun belum mampu membuat aku tersenyum buat masa sekarang. Chewah .. ye ye O jer.