"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Sunday 27 January 2013

Pangkor.... here I come


Finally dapat jugak kami pergi bercuti setelah berada dalam satu jangka masa hidup yang 'haru biru'.

Hmmmm.... sejak bila yer aku rasa hopeless, helpless, restless dan bermacam2 less lagik nih. Aku rasa sejak dari aku naik cuti bersalinkan Nur Iman. Nak menyusun masa jaga  new born baby n full of tantatrum 2 years old toddler memang menguji kesabaran aku. Di takdirkan pula Nur Iman bukan baby yg mudah dijaga... kuat sangat meragam. Dalam 24 jam tu adalah 14 jam kot beliau menangis . Diam waktu tidur jer. hehehe. Sekarang pun masih cenggitu, cuma dah kurang la sket.

Lahirnya Nur Iman membawa rezeki kepada kami. Alhamdulillah Midon berjaya dapat projek CCTV yg agak besar di  **** . BUT... the project takes a lot of his time. Keluar pukul 7 pagi balik pukul 2-3 pagi. Huwaaaaaa. Tinggal le aku uruskan budak 2 orang ni sorang2. Waktu pagi agak challenging masa nak menyiapkn mereka pergi Taska. Weekened lagilah super challengging. Kadang2 aku cuma sempat makan roti dan milo jek. Sekali lagi Alhamdulillah, akhirnya projek tersebut dah fully deliver dalam 2 minggu lepas. Berakhirnya satu episod yang mencemaskan.

Dalam waktu yang sama kami terheret untuk menghadapi masalah dalaman keluarga. X perlu aku ceritakan secara details apa masalah problemnya di sini. Terlalu peribadi. Tapi masalah ini memang menguji kekuatan mental kami. Senang cerita huru hara lah hidup kami buat sementara waktu. InsyaAllah masalah akan cuba diselesaikan satu persatu. 

Namun.. satu perkara yang sangat sangat menggembirakan aku adalah research aku berjalan dengan sangat2 lancar buat waktu ini. Bersyukur sangat. Terima kasih Allah. Sesungguhnya  dalam kesempitan itu Kau berikan kelapangan.

Aku pun menunjukkan tanda2 bahagia yang ketara. Semua baju semakin sempit. Huwaaaaaa. Bila aku nak sempat exercise ni. Tulunnnn... aku dah gemuk.

OK lah... korang. Esok aku nak bertolak pergi Pangkor. Doakan kami selamat pergi dan balik yer.

3 comments:

Neny said...

Aku baru nak jeles bila ko kata ko sempat mkn roti n milo jek! Tak aci, makin kurus la ko!!!

Tapi ko kata ko cam nak gemuk balik kan? Sila la gemuk ye dal...hehehe.

areT said...

betul dal...kena bersyukur saat diuji....

the seasonal blogger said...

dulu kak n baca sepintas lalu je sebab tgh pantang (read: orang tolong kiri kanan + duk umah mak ngah so takyah fikir house chores). fast fwd balik labuan, PANG terus. baruuu faham.. sempat gak la 2-3 kali i snapped sebab stress tak terkejar uruskan ariana, umah n work. sekarang, dah makin ok la sbb kojek dah kena kerah tlg mana yg patut. weee. bottom line, i'll accept and ASK any help i can and, yg penting, lantak pi umah comot haha