"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Friday, 30 November 2012

Fenomena Durian Crepe : Edisi aku terjebak

Durian Crepe adalah dessert yang paling ngetop buat masa kini. Memula aku pandang sebelah mata je. sebab aku memang tak makan durian yang di buat kuih etc. senang cerita pengat durian, bubur kacang durian, tempoyak, lempuk tu memang aku tak layan la.

Tapi durian crepe ini memberikan suatu pengalaman baru. Rasanya sungguh harmoni di dalam mulut. 88.4 ratus kali ganda lagi best dari rainbow cake.
Harga jualan kat area BBB ni adalah RM 10 untuk 1 box (3 ketul besar or 6 ketul kecik). Pada aku OK lah. Sebab whipping cream mmg mahal rega nya. Durian pun x berapa nak murah. Tapi kalau ikut komen Midon. MAHAL tapi x delah sedap sangat. Elehhh... x sedap2 pun habis 2 ketul dia mentekedarah.

For my taste buds.... aku suka makan durian crepe ni half frozen. Macam makan eskrem gitu.

OK lah. Aku busy dengan urusan duniawi. Jangan lupa mencuba durian crepe yer kawan2.

Monday, 19 November 2012

Turkish Indulgence

Sedar x sedar, dah lebih seminggu x mengupdate blog. Bagi mengelakkan blog ini bersawang ingin aku titipkan entry ringkas di sini.. (wah .. ayat sangat karangan UPSR). Bukan apa, nanti bila dah start bersawang, lagi lah malas nak update. Sudahnya  2-3 tahun blog ni terbiar nanti.

Petang tadi aku melepak di Secret Recipe... port biasa aku layan blues sorang2 mengenangkan untung nasib diri. Lagipun kalau dine in pukul 3-6 petang dapat coffee free dgn setiap pembelian  cake. Aku kan cheapskate, pantang nampak benda free.


Kek pilihan kali ini adalah, Turkish Indulgence yang di cipta khas sempena tayangan umum filem Istanbul Aku Datang terbitan MIG yang diterajui oleh Mejar (K) David Teo. Aku tak tengok lagi pun cerita ni, x minat Lisa Surirumah berlakon. Tunggu je lah keluar kat Astro sempena Hari Gawai tahun depan.


Komen aku on Turkis Indulgence ni... hmm OK lah kot. rasanya seperti Chocolate Indulgence yang diimprovise. Ada tabur2 kacang Pistachio sket, ada marshmallow dan yang penting ada turkish delight signature element iaitu rose flavoured jelly. Bila digabungkan semua elemen terasa harmoni di dalam mulut (komen ala2 Chef Jo masterchef gitu). Tapi.... tak de la rasa nak makan lagi. Cukuplah sekali bak kata Jay Jay. Mungkin juga kerana dipengaruhi oleh harganya yg  mahal. RM 10/slice.

OK... sekian entry ringkas dari aku (ringkas la sangat : D )

Wednesday, 7 November 2012

Sambal Kicap Maji

Anda orang Johor?? Pernah merantau di Johor??? ataupun bersuamikan orang Johor???

Kalau korang mempunyai ciri ciri di atas pastinya korang dah biasa dengan ke obsessan rakyat Johor dengan sambal kicap. Tak kiralah jawa ke, banjar ke, bugis ke mahupun pan asian macam aku.

Sinonimnya hubungan pisang goreng dan sambal kicap adalah umpama orang muslim dengan solat 5 waktu. Umpama Rukun Makan Goreng Pisang. Tahap wajib okeh.

Ada satu gerai goreng pisang feveret aku di Seksyen 3 BBB yang selalu aku kunjungi. Memang Meletop lah goreng pisang kakak  ni. Goreng pisang nya cukup rangup, pisangnya cukup masak, tak keras tak lembik. Cuma satu je yg tk sempurna. x de sambal kicap.

Makanya, aku pun bagi cadangan sopaya akak tersebut buat sekali sambal kicap.Customer mesti suka punya kataku. Ye ye O je. Macamlah aku pernah berniaga goreng pisang. Pada mulanya dia buat muka bolayan jer dgn aku. Hampir setahun jugalah cadangan aku dibiar sepi. Tapi dalam bulan lepas gerai kakak tu dah ada sambal kicap. Terima kasih kakak goreng pisang.


Namun sambal kicap tu bukan free yer kawan kawan. Sebotol rega RM 5.50. Cukupla dalam 10 kali makan kot. Nasib baik sedap. Cukup masam , manis pedasnya. Itulah sambal kicap Maji.

Komen mak aku... patutlah orang berniaga kat KL buleh kaya. Orang KL ni suka buang duit katanya. Malas goreng pisang OK lagi. Sambal kicap yang senang tu pun malas buat. ... tersipu sipu aku, sbb aku tergolong dlm mereka2 yg malas ittew.

Monday, 5 November 2012

Ipoh Eco Park

Raya Aidilahha kami tahun ni di sambut di Ipoh. Actually, kami mengikut rombongan meminang sepupu aku yang bakal menyunting awek Penang. Teringin plak nak meninjau adat budaya belah utara. 

Majlis pertunangan berlansung pada hari Ahad, 28 Ogos. Pagi raya 26 Ogos tu, kami bertolak dari Bangi. Singgah semalam di Ipoh memandangkan ada pak cik kami tinggal di situ. So, menu utama raya haji kali ni adalah lomang dan rendang tok. Sedapppp nyer rendang tok, teringat2 sampai sekarang. Tapi sebagai banjar totok aku tetap merindui ketupat, lodeh dan ayam masak merah.

Last  year pernah sampai bandar Ipoh. Tapi tak de ape kat Ipoh city yang menarik minat aku (dalam erti kata lain, bandar Ipoh tak best...hihihihi, jangan marah ye orang Ipoh).

Masa petang raya tuh... tak de benda nak buat. Perut pun sebu sebab makan banyak. Makanya, kami decide untuk mebakar lemak dengan berjalan2 di Eco Park. Best jugak taman nih. Sesuailah untuk aktiviti riadoh keluarga. 



Oleh kerana trip ini disertai oleh bibik tersohor keluarga kami iaitu adek bongsu aku si Ayu... maka aku bolehla lenggang kankung sambil ambil gambar. Saksikan laporan bergambar di bawah..

Amni bagi ikan keli makan roti
 

Pemandangan sekitar Eco Park
 

Amni berkejaran menangkap bubble.. fefeeling hindustan sangat

baby Iman yang behave... seronok agaknya ditup angin sepoi sepoi bahasa

Saturday, 3 November 2012

Dia Jantung Hatiku

Tajuk entry ni tiada kaitan dengan sinetron indo, Dia Jantung Hatiku yang keudara di TV 3 suku setiap Isnin hingga Khamis, pukul 2.00 petang.



Hari ni birthday anak sulung saya, Nur Amni yang ke-2. Cepatnya masa berlalu. Masih terbayang lagi kesakitan selama 18 jam masa nk lahirkan Nur Amni dua tahun yang lepas. Alhamdulillah menjelang subuh pukul 5.25 am Amni selamat dilahirkan. Jantung hati saya yang sangat sangat saya sayangi.

Celebration biasa biasa je, sebab Midon kena kerja hari ni. Pagi2 bangun kami satu family pergi sarapan di McD. Tapi seperti biasa, huru hara dengan budak 2 orang ni, tiada laporan bergambar yang boleh disertakan.

Tengah hari Midon balik untuk lunch, dibelikan sekali Oreo Cheescake di kedai kek Segar. hidupkan lilin, nyanyi nyanyi sket, potong kek... dah selesai sambutan birthday Amni.

Kepada anak Ummi Nur Amni, semoga membesar menjadi anak yang solehah. Ummi dan abi doakan Amni memperolehi keberkatan di dunia dan akhirat. InsyaAllah


Thursday, 1 November 2012

Nur Iman @ 3 months

Just an update. Hari ni pergi KKIA Bangi untuk monthly check up dan amik jab 3 serangkai (DT/Hib/IPV) 2nd dose. Alhamdulillah free :).


 'Nur Iman' Growing Up Chart

At Birth   ; Weight: 2.8 kg, Length: 49 cm
1 month  ; Weight: 3.8 kg, Length: 52 cm
2 months ; Weight: 4.6 kg, Length: 54.5 cm
3 months ; Weight: 5.1 kg, Length: 60 cm

Tuesday, 23 October 2012

A & I with Their New Obsession

and finally... Ummi able get some rest. Thanks Allah

SII dan SIII, Ummi dan Abi akhirnya bebas dari taklukan Amni

Ole ole dari carboot Derby. Jauh dimata dekat di hati :).


Friday, 19 October 2012

Pneumococcal & Rotavirus Vaccination - 1st course

Hari Selasa lepas bawa baby Iman untuk Pneumococcal & Rotavirus Vaccination kat An Nur Paed Clinic. Berminyak muka bayar bil RM 4++. ..hehhee. Tak dapat ummi ber tutti frutti bulan ni.Tapi itulah namanya pengorbanan. Tak dapat makan tuti frutti pun tak pe asalkan anak2 sihat. 



Dengan history family aku yang mostly ada athma and eczema, pneumococcal jab is a compulsory for us. Nk kata tak demam lansung tu tipu la kan memandangkan anak2 aku duduk kat taska yang sememangnya sarang penyakit. But at least demamnya tak melarat sampai kena warded. InsyaAllah. Its work on Amni, so, I hope the same thing goes to baby Iman.

Rotavirus plak, dulu aku x ambil untuk Amni. Dah terlambat sbb kena ambik vaccination sebelum 8 bulan. Alhamdulillah nothing bad happen. Tapi since kes rotavirus kat Perak last year, aku decide nak amik untuk baby Iman. Rotavirus vaccine ni di beri secara oral bukan injection. Baru aku tau.

Ada lagi 3 course untuk pneumococcal jab and the next jab will be on 15th November. Untuk rotavirus plak ada lagi 2 course and the next appt will be on 1st December. Nampak gayanya bulan depan tak dapat lagi nak ber tuti fruti. huwaaaaa

Jab jab yang lain tu aku amik kat klinik kerajaan je. Free..hehhe. Pak Najib, mohon bagi subsidi untuk pneumococcal and rotavirus vaccination bleh ????


Wednesday, 17 October 2012

Mem'Bisou'

Memang dah lama teringin nak makan Bisou. Tapi seperti yang aku keluhkan sebelum ni, pergi makan dengan dua orang budak kecik di kedai makan memang mencabar. Boleh tercekik dibuatnya. Maka. solution yang paling sesuai buat masa ni adalah menapau makanan. Kalau kat rumah boleh makan dengan senang hati sambil menonton Amni sepahkan makanan satu rumah. :(.

Hari Jumaat lepas Midon ada kerja kat area Damansara. Aku pun membuat arahan manja supaya beliau singgah di Bisou, One Utama masa on the way balik. Aku suruh2 ayam je. Ntah cemana beliau bersetuju. Syukur, Alhamdulillah.

Aku kirim Red Velvet Cake dan Rainbow Cake. Tapi RC dah habis. Best selling cake kekdahnya. So, Midon gantikan dengan Marble Cheese Cake.


Komentar:
RVC dari segi tekstur sangat best dan lembut. tapi tastewise macam ada shesuatu yang kurang. More to rasa chocolate cake than RVC.
MCC cake plak, OK OK je. Pada aku, Cheese cake tersedap buat masa ni tetap Secret Recipe  dan juga kedai kek SEGAR dekat area rumah aku ni. hehehee. Tak tipu OK, Oreo Cheesecake nya sangat mantopp

Kepada peminat Bisou, maafkan saya kerana tak mengikut jejak langkah anda semua. Mungkin tekak aku tak cukup urban untuk menggemari kek buatan bakery berprofil tinggi. Orang parit la katakan ...

Thursday, 11 October 2012

Ibu Borek Anak Rintik

Semalam En. Hamidon ada masa free sket. So, dia bawa kitorang jalan2 pergi Putrajaya. Gigih kami menolak 2 buah stroller yer. Rasa tobat nak keluar ber-4 lagi pun yer jugak. Tunggulah budak2 ni besar sket. hihihih

Memula kitorang pergi Taman Warisan Pertanian. Best jugak jalan2 kat situ tengok pokok. Sesuai untuk aktiviti riadoh keluarga. Sorry, tiada laporan bergambar sebab x bawa kamera, henfon pun tertinggal. Henfon Midon plak bateri tinggal sket. Kecewa.

Yang bagusnya TWP ni, tak nampak pasangan kekasih merendek seperti kebiasaan di taman taman sekitar KL nih. Tapi next time kalau nk pergi, akan pergi awal pagi atau lewat petang. Panasss okeh. Dekat TWP ni sempat kitorang makan Roti John yang masuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan bulan lepas. Komen aku.. rasa roti john nyer OK OK jer. Tak de la fabuluso sangat. Tapi jauh lagi sedap la kalau nk banding dgn roti john pasar malam.

Destinasi seterusnya adalah Alamanda, untuk aktiviti makanan berat. Hmmm tapi budak2 ni meragam la plak. Last last makan dekat Noodle Station je sebab kedudukannya di depan Fun Land. So Amni boleh berjimba sepuas hati. Tak kacau kami nak makan. Komentar mengenai food di Noodle Station: Kuew Tiau gorengnya sedapppppp namun reganya RM 8.90 sepinggan + portion yg sangat kecil. Mee hailam plak  so so jer. bolehla dimakan.

 Habis makan, sempatla pergi Cold Storage menyoping barang dapur sket. Pas tu  terus balik. Rasa nak migraine aku bawa bebudak tak mumaiyiz ni berjalan. heheh

Sampai kereta seperti biasa, Amni , baby dan aku akan masuk kereta dulu sementara tunggu Midon lipat stroller. Tp semalam midon lupa nak strat engine dulu.

Tiba-tiba Amni menjerit sambil nangis nangis

"Nak shejuk...nak shejuk"

Aku mals nak layan sebab tak faham apa dia cakap pada mulanya. Pastu dia menjerit lagi

"Nak shejuk...panash..panash'

Oooowwwhhhhh... suruh buka ekon rupanya.

Sangat yer, mewarisi perangai aku yang obsess ekondisi. Sepanjang 2 bulan berpantang duduk kat rumah, bill elektrik mencecah RM 500 sebab ekon bukak 24 jam. Geleng kepala Midon membayarnya. Relax la Hubby.. lepas ni ada 6 kali lagi kena bayar bill ekon yer. Kata nak anak 8..huhuh











Amni dgn pose Mak Cik Temah

Tuesday, 9 October 2012

Hope Is The Only Thing Stronger Than Fear

I can do it...
I can do it...I can do it...
I can do it...I can do it...I can do it...
I can do it...I can do it...I can do it...I can do it...


Friday, 5 October 2012

Diari Kurus: Edisi Lupa Daratan

Aku ni hari-hari la cakap nak diet.... biasanya tahan la 2-3 hari. Paling lama seminggu. Lepas tu mentekedarah tak hengat punya. Namun aku bangun dan merangkak semula. Yg penting jangan putus asa.

Hari ni En. Hamidon bercuti. Bg MC kat diri sendiri katanya. Sukati ko lah yangg oiii, namanya pun kerja sendiri. Kau lah CEO, kaulah, director, kaulah engineer, kaulah kuli. Ehhh... sekarang dah jarang2 jadi kuli, sbb ramai bebudak politeknik, KYPM and MFI sudi menjadi orang suruhan beliau. Biasanya buat kerja sikit jer. Tapi kena dengar ceramah ber jam jam. Nasib kau la dikkk dapat bos cenggitu.

So, menu minum petang hari ni special sket..... diimport dari Bandung. Di tambah pula dgn kek hasil buatan Time Bakery. Aku dah lama gantung pengayak (read: shifter). Tak dan dah nak membaking sejak balik Malaysia.

Menu ke-1: Red Velvet Cake (Time Bakery)

 Setakat ni aku dah makan RVC dari 3 tempat i.e. 

Little White Cafe, BBB; 
Comment - too dry
Wonder ....? , Kota Damansara (lupa nama sebenar);
Comment - too sweet
Time Bakery, BBB;
Comment - just nice, I loikeeee

Menurut survey yang aku buat, RVC tersedap di Malaysia boleh didapati dekat California Pizza, KLCC, Serai@Empire Gallery dan WHISK@ Empire Gallery, SJ. Tiga2 aku tak sempat makan lagi. Biasala, bila ada anak2 kecik ni memang fikir panjanggg bila nk makan luar. X larat nk layan karenah diorang. Mungkinkah bila aku dh merasa RVC kt tempat2 ni, RVC time Bakery hanya akan dipandang sebelah mata? Kita tungguuu.

Menu ke-2 : Rainbow Cake (Time Bakery)
1st time makan Rainbow Cake. Sejujurnya aku ingat RC ni, butter cake biasa yg dimasukkan pewarna dan di frostingkan dengan cream. Tapi dugaanku meleset. Rupa-rupanya tiap2 layer tu rasa dia berbeza. Ada rasa strawberry, ada rasa orange, ada rasa lemon dan lain2 rasa lagi yg x dapat dikenalpasti. Frostingnya nyer pun bukan whipped cream, or buttercream icing biasa. Ia adalah Italian Buttercream Icing... kalau ikut resepinya ada letak putih telur. Korang google la untuk penjelasan lanjut.
Tastewise... pada aku rasanya pelik. tapi x de la tak sedap. Mungkin aku perlu try kedai yg lain (psttt: Atie...yok pi Bisou)

Menu Ke-3 dan ke-4: Brownies Kukus dan Pisang Sale Keju 
(Import dr Kartika Sari, Bandung)

Terlebih dahulu ucapan terima kasih tak terhingga ditujukan kepada penaja minum petang kami iaitu Pn. Zurriati Mohd. Ali.

Brownies Kukus ni memangg terbaekkkk. Nampak simple tapi jauh lg sedap dari Si Rainbow cake yg cantik menawan. Terpaksa makan dengan perlahan2 dan penuh perasaan keranaa bekalan yang terhad.

Pisang Sale Keju plak... memang tak dinafikan keenakkannya. Ralit makan benda ni sambil menonton sinetron. Sedar2 dah habis sebungkus. Namun aku pelik dr mana datangnya name 'keju'. Sebab aku tengok ingredientnya pisang, gula, tepung beras dan minyak.... entahla. nanti bila aku dh buat kajian lanjut aku akan buat review di sini.



OK.. selesai cerita makan2 hari ini. Aku sudahi entri ini dengan azam 'ESOK NAK DIET'.



Thursday, 4 October 2012

Tuesday, 2 October 2012

Nur Iman@ 2months

Yeayyy... Iman dah 2 bulan. Alhamdulillah. Tp dh 3 hari Iman selsema & batuk. Kesian dia. Dr bg ubat Sterimar tu aje (sea water for nasal hygine).



Semalam bawa Iman pergi 2 months check-up kat Klinik Kesihatan Bangi dan amik jab 3 serangkai (DT/Hib/IPV). Lagi 2 minggu nak amik pneumococcal jab and rotavirus vaccine plak. Semoga ank umii sentiasa sihat dan dilindungi.

Masa blog hopping kat blog Nenny ternampak 'growing-up' chart untuk Insyirah. Macam best plak untuk dibuat rujukan. Idjinkan aku meniru yer Nen

'Nur Iman' Growing-up Chart

At Birth  ; Weight: 2.79 kg, Length: 49 cm
1 month ; Weight: 3.8 kg,   Length: 52 cm
2 months; Weight: 4.6 kg,   Length: 54.5 cm

Thursday, 27 September 2012

Doa yang termakbul...

Hatiku menangis kegirangan kerana....... cawangan SUBWAY sudah dibuka di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Terima kasih Allah kerana makbulkan doaku.


Feberet I okehhh subway sandwich ni. Sebelum ni cawangan Subway yang paling dekat adalah di bandar Kajang. Tp al maklumlah.. berkunjung ke bandar Kajang ni umpama berkunjung ke New Delhi. hhehehe. Dah la panas, banyak kereta, susah nak parking, kotor dan bla, bla, bla.... 

Selalunya... demi melunaskan keinginan aku nk makan Subway aku sanggup merayap pergi The Mines (sambil berwindow shopping), 

tak pun ikut Midon pergi kedai supplier kat Puchong (namun setiap kali samapi Puchong mesti x jadi nk makan Subway sebab akan singgah makan di Restoran Baser kebanggan rakyat Kota Tinggi)

tak pun makan kat Subway Kota Damansara, OTW pergi hantar Amni ke upacara berswimming pool bersama Kak Piya dan Ammar (adik aku duduk apartment, so ada swimming pool...punyalah jauh kan hehehe)

Tapi.. setakat hari ini aku masih belum membuat lawatan tapak ke seksyen 15. Tunggu adik Iman masuk nursery dulu la. Boleh umi ngeteh dengan aman di Subway.

Tuesday, 25 September 2012

Nak makan kek....

Teringin nak makan Rainbow Cake. tapi kat Secret Recipe x de jual la plak.

 Kat jajahan Bandar Baru Bangi ni belum ada kedai kek lain yang mantopp. Dah 4-5 kedai aku try. Little White Cafe yang menjadi buah mulut orang tu pun x sedap mana pun. Red Velvet cake nyer sangat dry and 'peroi'. Tercekik aku nak ngabiskan.

Haruskah aku bawa baby Iman meronda cari kedai kek petang ni.  Last week aku bawa dia pegi farmasi untuk beli ubat Amni. Sepanjang waktu aku dipandang serong. hehehe

Thursday, 20 September 2012

My Two Sweet Little Angels

Legaaa nya pabila kedua-duanya tidur. Picture was taken @ 11.30 pm. aku pun dh hampir tumbang kepenatan melayan  dua orang budak ni. Owwhhh.. kat tengah tengah tu doll kesayangan Amni. Namanya 'Minah'... sungguh tak komersial.



Wednesday, 19 September 2012

Drama tersendu dalam sejarah slot Akasia

Selalu aku dengar orang melayu memperlecehkan drama Melayu. Ala-ala tak class gitu kalau tengok drama Melayu. Tapi aku x kisah pun. Aku membuat andainan mudah yang mereka mungkin lahir di Mississippi, USA ataupun di Chestershire, UK... oleh itu drama Melayu ni tak dekat di hati mereka. or.. they just feel  Malay drama is simply stupid (which is often).  Semua orang ada hak untuk menyurakan pendapat masing2. Open country katanye.

Namun, aku mengaku aku adalah peminat drama melayu tegar. Pada aku.. filem kita, wajah kita (in this case drama lah). Komen2 aku terhadap drama2 ni adalah telus yer. Kalau best aku kata best. Kalau tak best aku kata tak best.

OK... berbalik kepada topik... dengan berat hatinya aku mengumumkan drama tersendu dalam sejarah slot Akasia jatuh kepada drama Kau yang Terindah. Kecewa aku dgn drama terbitan produksi Tayangan Unggul Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Erma Fatima ni. Garapan cerita yang lemah, plot yang agak mendatar dan dialog yang tidak realistik. Memang tak de klimaks la cerita ni. Yg paling mengecewakan ialah Erma Fatima selalu kata dia nk hasilkan filem/drama yang bercirikan Islamik.Tapi dalam cerita ni nan hado. Tak larat aku tengok gelagat pasangan Hafiz/munirah yang asyik la dok bergesel. Tu blom cerita si Neelofa yang sokmo menyeksi. Aku cuba bersangka baik. Aku rasa Erma Fatima dalam dilema. Mungkin cerita yg bercirikan 100% islamik susah nak di jual ke stesyen TV.

tonggak utama drama lemau ini

Owhhh... sebelum ni title drama tersendu ni aku anugerahkan kpd drama Ezora (back in year 2007 kot)

Sunday, 16 September 2012

Rebranding

Blog rebranding under construction

Amni @ Johnson & Johnson Baby Contest



Dah lama dah peristiwa ni berlaku. Bulan Mei kot. Kebetulan masa pegi Manjaku diorang tgh buat photoshoot. Aku pun menompang sekaki. Tp sampai sekarang tiada khabar berita. So... aku mengandaikan amni telah tewas heheheh

Friday, 20 July 2012

Dejavu di Kinabalu

Anda tengok drama Dejavu di Kinabalu ???

Hero & Heroin drama

OK... pada aku cerita ni biasa je. Cerita cinta ala korea yang teramatla slow-mo. Aku x minat cerita cinta slow-mo nih. Rasa nak pengsan tunggu ending. The only reason aku tengok cerita ni adalah kerana Aqasha.

Aku  dari keluar cerita Embun dulu mmg dah mula minat ngan Aqasha nih. Pas tu dalam drama Mertua vs Menantu. Tapi sekadar lite-lite ajer. Kemuncak nya adalah semasa menonton drama lakonan beliau dalam Gemersik Kalbu. Mantop OK.. sampai berdarah hidung ahkak. huhuhuh

OST Gemersik Kalbu = Obsessiku

Tapi watak beliau dalam DKK ini x best sangat. Jiwang terlampau and a bit selfish. Tapi sebagai peminat tegar beliau aku tabah je tonton tiap2 siri.

Owwhhhh. OST DKK ni boleh tahan meruntun jiwa juer. Tolong hayati video di bawah untuk kesan jiwang yang maksimum



Ni plak gambar Rebecca Nur Islam a.k.a Uzma kakak kepada Nadirah. Dalam drama ni Rebecca sangat gigih menayang peha beliau yang besau  persis pembentung air Syabas.


Wednesday, 11 July 2012

Usaha yang membuahkan hasil

Aku ni nak kata x pandai masak x de lah jugak. Setakat ni Alhamdulillah x de sape lagi yang muntah makan air tangan aku. Tp yang puji melambung kata sedap pun x de jugak. So so je lah senang cerita.

Tapi.. salah satu benda yang aku x pandai nak buat adalah cekodok pisang. Padahal orang lain darjah 5 dah pandai buat cekodok.

Tiap kali buat ada je la masalah problem. Biasanya cekodok leper tak mau kembang. Tu OK lagi. Yang paling  aku hangin kalau serap minyak. Yang tu memang masuk tong sampah le jawabnya.

Tapi dengan amazingnya hari ni aku berjaya membuat cekodok yang cantik mengembung. Rasa manisnya pun just nice. Sangat gembira OK. sbb aku x suka beli cekodok kat  gerai or pasar malam. Biasanya keras sbb byk tepung dan x manis.


Gambar keratan rentas cekodok yang berjaya di hasilkan
Nota kaki: kesan hangit adalah disengajakan

Sebenarnya x de resepi spesific nk buat cekodok ni. Yang penting adunan batter tu kena seimbang tepung ngan pisangnya. Darjah kemanisan pulak depends on pisang. Sambil2 lenyek tu rasa la pisang tu manis ke tidak. Kalau x manis tambah je gula secukup rasa.  Aku tambah soda bicarbonat powder sket bagi kesan penegembungan. Lepas gaul rata tu simpan dalam peti ais untuk setengah jam gitu. Then pastikan minyak betul2 panas masa menggoreng.

sekian tips men'cekodok' utk hari ini

Thursday, 5 July 2012

Junk foods

Ok... aku gedik nak buat entry. Tapi x tau nak post apa.  Berikut aku senaraikan top 3 junk food kegemaran aku.

 

Yang Pertama  TWISTIES KALER MERAH.  Ni memang sangat feveret. Dan sifat sifat mahmudah tersebut dah diwarisi oleh Amni. Beliau pun obsess dengan twisties merah.


 

Yang kedua, PRINGLES SOUR CREAM & ONION. Kalau boleh nak makan hari2. Tapi kerana harganya yang agak mahal (untuk rakyat marhein macam aku). Makan sekali dua sebulan pun cukup la. Dan seperti biasanya Amni dengan taatnya menurut perangai aku.



Yang ketiganya, CADBURY CRUNCHIES. Yang ni makan kegemaran aku masa tingkatan 5. Masa tu hari2 beli kat koop yer. Tapi lama kelamaan atas kesedaran sivik terhadap kemanisan makanan ni, aku dengan jayanya mengurangkan frekuensi pengaambilan.

So.. apa junkfood kegemaran korang. Di pohon jangan memberikan ceramah pemakan sihat di post ini.

Tuesday, 3 July 2012

Tajuk Green Tea Kegemaran Saya

Untuk makluman... aku tengah pregnant lagi. Dah nk masuk 35 weeks pun. Nak jalan pun x larat.

Seperti biasa wanita berbadan dua dimomokkan  dengan keburukan kafein yang terkandung dalam coffee. Sebagai penagih coffee tegar aku memang terseksa sepanjang tempoh pregnant nih. Tu pun tak de la pantang 100%. Pagi kena minum at least secawan neskefe susu.....Waktu2 lain tu aku berjaya substitute ketagihan aku dengan green tea

Ni adalah tajuk green tea kegemaran aku. TEN REN. Sebelum ni pernah try Lipton n Boh tapi pahit sangat la plak. Tak tertelan aku. Green Tea berperisa (biasanya Jasmine) pun aku x soka.
Baca review kat forum depa cakap green tea tajuk OSK dan Nishio adalah yg paling sedap di pasaran. Tapi kat supermaket2 sendu area Bandaraya Bangi ni susah nak jompa. Ten Ren ni pun aku beli kat Cold Storage Alamanda.

Tak tau nak buat ending ape hehhehe. tata titi tutu.

Thursday, 28 June 2012

EURO 2012 fever

Actually aku pun tak berapa nak pasti nak buat entry pasal apa sempena perasmian semula blog aku nih. Memandangkan sekarang nih tengah demam Euro 2012 tak salah rasanya aku menyumbang sepatah dua kata berkenaan dengan permainan bola sepak nih.



Malam ni semi final match between GERMAN vs ITALY. Memandangkan team tanah tumpah darahku iaitu INGIRLAND dah balik kampung makan scone, dan team kekasih gelapku abang CR7 iaitu PORTUGAL pun dah bungkus maka aku dengan rasminya menjadi penyokong team GERMAN. Dah buhsan tengok ESPANIA asyik menang je.

Rentetan dari cerita bola nih...sebenarnya aku dah terexpose dengan bola sejak kecik lagi memandangkan ayah aku adalah coach team bola sepak yang berkaliber tidak kira di mana saja beliau mengajar. Selaku anak coach aku pun dapat la tempias glemer hehehhe. Ala2 Posh Beckham gituh.

Dulu aku sangat penyokong tegar skuad Johor yer. Zaman2 Abas Saad dan Erwin Boban. Mula2 kenal bola sepak EPL masa kat U. Masa tu team Menyu sedang meniti kegemilangan. Tapi sebagai seorang remaja gedik aku rasa aku lagi minat David Beckham dari minat game. Biasala, budak baru nak jadi artis bak kata Atie.

Kemudian tahun 2002, first time follow World Cup dengan bersungguh2. May be sebab masa tu main kat Jepun, so tak pyh bangun malam2 utk tengok game. Masa ni zaman kegemilangan Ronaldo Brazil.

Tahun 2004, aku kawen dengan peminat tegar bola sepak. Di tambah pulak masa ni dah duduk kat UK. Tak payah bersengkang mata nak tunggu bola. Game biasa pukul 7 or 8 malam. Jarang2 miss tengok bola. Memang besh ahhhh. Masa ni nama pemain semua kat hujung jari lah. Sebagai isteri solehah, aku menurut kata suami supaya menjadi penyokong club kegemaran beliyau iaitu Chelsea. Tapi kadang2 aku sokong jugak Menyu sebab masa tu abang CR7 main Menyu. hehehehe

 Abang CR7

Tahun 2009, balik Malaysia aku dah tak follow sangat EPL nih. Ketamanya sbb malas nak bangun malam. Keduanya sebab aku ibu mithali, busy jaga anak. Ketiganya sebab rumah aku tak de Astro. Jarang2 sangat le tibi tigasuku nak tayangkan game2 EPL nih. Basically sejak balik Malaysia ni aku cuma follow championship yang besaq2 je iaitu World Cup 2010 dan EURO 2012. Itupun tersengguk2 menahan mata nak tunggu siaran pukul 2.30 am. Selalu nengok  bola dalam mimpi jek.

OK lah... dah pukul 11 malam ni. Aku nak nap jap. Nanti pukul 2.00 nak bangun. Nak jadi pom pom girl untuk Germany.

Tuesday, 26 June 2012

Testing testing

Hajat di hati nak aktif semula... tapi sangat dah lopa all the setting yer. Idjinkan aku mengambil sedikit masa untuk belajar semula.