"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday 11 July 2012

Usaha yang membuahkan hasil

Aku ni nak kata x pandai masak x de lah jugak. Setakat ni Alhamdulillah x de sape lagi yang muntah makan air tangan aku. Tp yang puji melambung kata sedap pun x de jugak. So so je lah senang cerita.

Tapi.. salah satu benda yang aku x pandai nak buat adalah cekodok pisang. Padahal orang lain darjah 5 dah pandai buat cekodok.

Tiap kali buat ada je la masalah problem. Biasanya cekodok leper tak mau kembang. Tu OK lagi. Yang paling  aku hangin kalau serap minyak. Yang tu memang masuk tong sampah le jawabnya.

Tapi dengan amazingnya hari ni aku berjaya membuat cekodok yang cantik mengembung. Rasa manisnya pun just nice. Sangat gembira OK. sbb aku x suka beli cekodok kat  gerai or pasar malam. Biasanya keras sbb byk tepung dan x manis.


Gambar keratan rentas cekodok yang berjaya di hasilkan
Nota kaki: kesan hangit adalah disengajakan

Sebenarnya x de resepi spesific nk buat cekodok ni. Yang penting adunan batter tu kena seimbang tepung ngan pisangnya. Darjah kemanisan pulak depends on pisang. Sambil2 lenyek tu rasa la pisang tu manis ke tidak. Kalau x manis tambah je gula secukup rasa.  Aku tambah soda bicarbonat powder sket bagi kesan penegembungan. Lepas gaul rata tu simpan dalam peti ais untuk setengah jam gitu. Then pastikan minyak betul2 panas masa menggoreng.

sekian tips men'cekodok' utk hari ini

4 comments:

iman said...

lama kak Dal menghilang.. Baby apa khabar kak Dal? Lelaki ke perempuan.. tersenyum kembali membaca entry kak dal.

areT said...

mantop!

teratakmuslaily said...

ada sebijik cekodok yg tak sekata masaknya Dal! itupun disengajakan jugak ke? haha

-dal- said...

Iman... baby adalah baby girl. Nanti bebila sempat kak Dal upload gambau beliyau di sini yer :)

Atie.... sila datang ke rumah untuk menikmati fenomena cekodok pisang terbaru

Kak laily ... kesan masak yg x sekatan tu maknanya dah malas nak jadi penunggu kuali muahahaha