"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday 11 October 2012

Ibu Borek Anak Rintik

Semalam En. Hamidon ada masa free sket. So, dia bawa kitorang jalan2 pergi Putrajaya. Gigih kami menolak 2 buah stroller yer. Rasa tobat nak keluar ber-4 lagi pun yer jugak. Tunggulah budak2 ni besar sket. hihihih

Memula kitorang pergi Taman Warisan Pertanian. Best jugak jalan2 kat situ tengok pokok. Sesuai untuk aktiviti riadoh keluarga. Sorry, tiada laporan bergambar sebab x bawa kamera, henfon pun tertinggal. Henfon Midon plak bateri tinggal sket. Kecewa.

Yang bagusnya TWP ni, tak nampak pasangan kekasih merendek seperti kebiasaan di taman taman sekitar KL nih. Tapi next time kalau nk pergi, akan pergi awal pagi atau lewat petang. Panasss okeh. Dekat TWP ni sempat kitorang makan Roti John yang masuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan bulan lepas. Komen aku.. rasa roti john nyer OK OK jer. Tak de la fabuluso sangat. Tapi jauh lagi sedap la kalau nk banding dgn roti john pasar malam.

Destinasi seterusnya adalah Alamanda, untuk aktiviti makanan berat. Hmmm tapi budak2 ni meragam la plak. Last last makan dekat Noodle Station je sebab kedudukannya di depan Fun Land. So Amni boleh berjimba sepuas hati. Tak kacau kami nak makan. Komentar mengenai food di Noodle Station: Kuew Tiau gorengnya sedapppppp namun reganya RM 8.90 sepinggan + portion yg sangat kecil. Mee hailam plak  so so jer. bolehla dimakan.

 Habis makan, sempatla pergi Cold Storage menyoping barang dapur sket. Pas tu  terus balik. Rasa nak migraine aku bawa bebudak tak mumaiyiz ni berjalan. heheh

Sampai kereta seperti biasa, Amni , baby dan aku akan masuk kereta dulu sementara tunggu Midon lipat stroller. Tp semalam midon lupa nak strat engine dulu.

Tiba-tiba Amni menjerit sambil nangis nangis

"Nak shejuk...nak shejuk"

Aku mals nak layan sebab tak faham apa dia cakap pada mulanya. Pastu dia menjerit lagi

"Nak shejuk...panash..panash'

Oooowwwhhhhh... suruh buka ekon rupanya.

Sangat yer, mewarisi perangai aku yang obsess ekondisi. Sepanjang 2 bulan berpantang duduk kat rumah, bill elektrik mencecah RM 500 sebab ekon bukak 24 jam. Geleng kepala Midon membayarnya. Relax la Hubby.. lepas ni ada 6 kali lagi kena bayar bill ekon yer. Kata nak anak 8..huhuh











Amni dgn pose Mak Cik Temah

3 comments:

areT said...

rm500????kelasss ko dal, notthingam sgt...hehehehehe..assal aku tgk muka amni dah samkin anak dara gitew...maintain cantik mcm umi nyer!

kak cahaya said...

wakaka..suda tukar selera ka?..dulu 7 skrg 8 .. tp baru 2 ni mcm dah tobat je bunyinyer...haha..jauh lg perjalan tu kalo nak dpt jenjln2 pegang2 tangan ngan midon mgkn 15 tahun atau 20 taun lg kot kui kui...apa pon..syabas krn berazam utk menambahkn umat nabi s.a.w. moga berjaya dan diberi kemudahan .. jeles aku tak dpt anak ramai..

-dal- said...

Atie... biasala. Kali ni disertakan diaalog yer :P

Kak Yati...Biasala akukan isteri solehah. Dengar cakap laki. hihiih.