dah 4 hari AJL 24 berlansung.... tapi disana sini org2 masih sibuk memperkatakan tentangnya. Ada yg suka, ada yg komplen, ada yg marah, ada yg pasrah. Hot FM pulak dari seminggu sebelum AJL sampai la ke hari ni dok pasang lagu finalist jer berulang kali. Naik jelak aku dibuatnya.
So, sebagai seorang penggiat gossip tanah air,aku rasa terpanggil utk buat entry pasal AJL kali ni.
Overall, aku rasa AJL 24 memang beshhh. 3 jam siaran lansung tak terasa lamanya.
Pengacara malam tu ie: Cheryl, Ally Iskandar & Faizal Ismail memang menceriakan suasana. 2 thumbs up buat mereka bertiga.
Persembahan plak....keselurahannya menarik dan menghiburkan. Tapi macam biasa cacat cela mesti ada.
OK la aku buat ranking mengikut preference aku
Super Best Perfomance1. Aizat (Pergi) - Sebelum ni aku rasa lagu ni tak berapa best, tapi masa AJL tu sangat ye aku terpaku dan menghayati. The most memorable performance. Aku rasa lagu ni lagi layak menang persembahan terbaik rather than lagu 'Kau Aku'
2. Hujan (Aku Scandal) - walaupun aku selalu menyampah tengok muka Noh Hujan yg suka buat muka toye, tapi malam tu Hujan dan Raingernya berjaya mengentertain jiwa aku.
3. Misha Omar (Cinta Adam & Hawa) - Sesungguhanya aku tak berapa suka dgn si Samihah ni. Dari segi kretiviti persembahan. Biasa-biasa jer. Tapi vokal dia memang superb. Ala2 menggetarkan ulu hati gitu. Pada aku dia lagi layak menang utk vokal terbaik... tapi Black pun not bad la
4. Black (aku Cinta Sayang Kamu) - Walaupun lagu ACSK ni adalah sedikit choiii lagi sengal tapi suara Black ni memang sedap. Dia boleh reach high pitch tanpa terkucil walau sedikit pown. Aku suka part yg dia suruh fan/back up singer nyanyi dari tengah2 audience. Very entertaining lah.
Best Performance:5. Bunkface (Situasi) - Actually lagu ni adalah favourite aku. Tapi music arrangement untuk AJL kali ni terlalu slow dan lagu Situasi kehilangan X-factornya.
6. Aizat (Kau Aku) - suara Aizat merdu seperti biasa. Persembahan pun kreatif. Tapi aku tetap rasa 'Pergi' lagi best.
7. Alya (Tak Mungkin Kerana Sayang) - suara Alya kali ni best tak macam masa semifinal. Tapi dari segi kreativiti persembahan tak berapa nak menarik. Dah biasa sgt penyanyi lain buat cenggitu.
OK OK performance8. Stacy (Pakai Buang) - Ini pun lagi satu lagu fav aku. Tapi suara Stacy tenggelam timbul masa nyanyi. So.. dissapointed la. Lagi satu style tarian tu sama jer dari dulu. She's really need a new choreographer la.
9. Faizal Tahir (Bencinta) - Suara FT pun ala2 tenggelam timbul. Pastu, boleh la pulak feeling feeling Michael Jackson. Showmanship nampak berterabur. Tapi aku maafkan sebab FT tak berapa sihat.
10. Yuna (Dan Sebenarnya) - Lagi ni sedap & soothing. Tapi pada aku lagu ni tak de X-factor. Sekadar sedap di dengar. Apa-apa pun tahniah sebab dpt tempat ke-2.
11. Estranged (Aurora) - suara Rich sedap seperti biasa tapi lagu Aurora ni pun biasa-biasa jer. Tak der yg istimewa. Dari segi persembahan pun seolah2 tak de effort nak jadikan ia interesting.
Tak berapa nak best12. Akim (Bengang) - vokal out. Suara serak. Persembahan pun tak kreatif. Dia berjaya membuatkan aku pergi ke dapur untuk goreng keropok.
13. Hafiz (Masih Jelas) - stage terlalu simple. Tak mengujakan. Tapi suara Hafiz memang superb. I loike.
14. Tomok(Rindu Terhenti) - suara biasa-biasa jer. Sebenarnya lagu rindu terhenti ni pun aku tak berapa nak suka.Persembahan lansung tak kreatif. Macam tak berapa releven lah penggunaan Diana Danielle dalam video clip. Aku sempat masukkan kain dalam washing machine masa nih
Sekian ulasan dari aku - seorang juri tak profesional :)