"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday 7 April 2010

ABPBH 09

Minggu ke-10 dan ke-11 ni memang betul2 challenging. Super duper mabuk punya. Kalau boleh aku nak mandi ngan minyak cap kapak.

Nasib baik lecture week dah habis. Legaaaaa. Tak de la aku terkejar kejar nak buat lecture notes.

Sekarang ni UKM tengah study leave week. Sementara para student aku busy study, aku kat opis busy buat ulangkaji gossip.


So, aktiviti seni yang terlatest yg baru berakhir adalah Anugerah Bintang Popular 2009. Dato' Siti Nurhaliza telah berjaya menggondol gelaran Bintang Paling Popular 2009. Tahniah Tok Ti. Seperti biasa ramai la yg dengki kan. Ada yg kata konspirasi lah.. itulah..inilah.

Aku ni bukanlah peminat tegar Siti... Kalau ikut aku, aku nak Aizat yang menang. Tapi bila pikir2 balik, Siti memang layak pun. Lagipun Siti memang banyak peminat fanatik yg sanggup SMS untuk beliau. Dah rejeki gituuu.

Overall ABP 2009 ni, OK OK jer. Majlis banyak di cacatkan oleh persembahan artis jemputan yang nyanyi tak semenggah especially bebudak AF yg nyanyi segmen tributre utk KRU. Hazabb .... Aku siap pi goreng nugget lagi masa diorang nyanyi.

Majlis banyak diselamatkan oleh 2 pengacara yg beshhh iaitu Kak Engku & Syarifah Shahirah. Kelakar gila. Sweet and selamba.TV3/ ABP tolong beri perhatian. Tahun depan sila gandingkan mereka berdua lagi. No more ahkak ogy ok.

Tapi seperti biasa jugak le ... ada yg tak puas hati. Cakap pengacara tak stended la, buat lawak over la, tak bersopan santun. tak macam orang putih dalam grammy awards la itu la ini la. Sebenarnya kalau ditengok dalam grammy awards tu pengacara buat lawak sengal jugak. Cuma mungkin cara penyampaian lawak berbeza mengikut kepompong bangsa. .. and for those yang nak tengok pengacara yang berbudi bahasa pulak, len kali jangan tengok ABP. Pi la tengok Forum Perdana ...

9 comments:

areT said...

heheeh...agak tak manis program Forum Perdana di sebutkan di sini..dimana kalau program tersebut ke udara...secara otometik...para penonton yg tadi berada di depan tv, sumer blah..hehhehe

-dal- said...

hheheh... aku sangat la kadang2 menonton Catur Bestari.

Anonymous said...

pengacara sgt bes masa ABHP!!I salute..slamba je..
alamak..cite forum perdana ek?sapa tgk semanis kurma..hehe
-ZAHIRAH

kak cahaya said...

dal..aku dpt tgk pembukaan ngan penutup aje..ngan masa datok siti menang..yg lelain tu tak dpt tgk sbb tak de org upload lagi..tv3 pon tak de lg
nak tanya ko arwah din beramboi menang tak?

-dal- said...

DB tak menang... FIB menang untuk DJ Radio Lelaki Popular

Izan Syahriah said...

yup len kali taruk KE ngan Sh Syahira lg... memang kelako... semasa bebudak AF nyanyi, gegendang telinga aku bergetar len macam, maka adalah lebih baik aku ambil kesempatan g toilet masa tu huhuhuhu...

teratakmuslaily said...

yeah.. yeah... dal dah boleh bergosip semula wakakaka!!..

anyway, aku pun ingat Aizat akan menang.. bila 2 pengacara tu sebut sebut huruf A lah, I lah, aku dah confident Aizat yg menang!

tapi, kalau siti menang pun, aku suka jer!!! mana ada artis yg berjaya pertahankan kepopularan mereka mcm yg Siti buat... hehehe

ummufawwaz said...

adehhh...sakit perut akak baco entry ni..mabuk2 tu wat le perangai mabuk..gossip tu larat lg ko ye dal..hihihi..agaknye kalo 24 gossip lupa jap kt cap kapak tu agaknye..heheh..

:cahya schatz: said...

salam...mai amek banner muttertag yer...