"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Saturday 16 January 2010

Kesian cikgu.....

Mari kita tinggalkan dunia hiburan buat seketika, dan kita hayati kepincangan masyarakat pada zaman ini ... wow, korang rasa2 mungkin tak Karam Singh Walia akan amik aku jadi wartawan untuk rancangan 'Aduan Rakyat'

Petikan berita ni aku amik dari Harian METRO. Ia hanyalah secebis kisah dari bermacam2 kisah yg melanda cikgu zaman sekarang. Hmmm, patutla bila aku tanya mak aku..' Ma, kalau Jabatan Pendidikan suruh sambung mengajar kontrak, Mama nak tak?'. Mak aku jawab 'Eeee.. tak nak la. Baik mama duduk rumah tengok ASTRO'.



__________________________________________________________________
NIBONGTEBAL: Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini, menampar seorang guru wanita berusia 29 tahun di dalam kelas kerana tidakberpuas hati dengan tindakan guru terbabit menamparnya, Selasa lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari apabila tiga pelajar dari kelas lain masuk ke kelas yang sedang diajar oleh guru berkenaan sebelum bertindak mengganggu dan membuat bising.

Sumber memberitahu, guru wanita itu kemudiannya mengarahkan ketiga-tiga pelajar itu supaya keluar dan tidak mengganggu pelajar yangsedang belajar di dalam kelas berkenaan.

Bagaimanapun, seorang daripada tiga pelajar terbabit bercakap kasar yang berbunyi “kalau watak mau keluar, lu mau buat apa,” sehingga menyebabkan guru berkenaan hilang sabar dan bertindak menamparnya.

"Pelajar itu yang berang dengan tindakan guru wanita berkenaan, bertindak balas dengan menampar gurunya itu di depan pelajarlain dalam kelas itu.

“Seorang rakan pelajar itu yang tidak berpuas hati mengambil kerusi plastik dan membaling ke arah guru itu tetapi berjaya dielak.Selepas itu pelajar berkenaan beredar selepas ditarik seorang lagi rakan mereka,” kata sumber berkenaan.

Berikutan kejadian itu, guru terbabit memaklumkan kepada pengetua sekolah sebelum dinasihatkan membuat laporan polis pada jam 3.15 petangpada hari sama.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, ketika dihubungi Berita Harian, mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat oleh guru berkenaan.

Katanya, pelajar yang menampar gurunya dibawa oleh keluarganya ke balai polis semalam, manakala dua lagi masih menghilangkan diri.

"Polis menahan pelajar itu semalam (kelmarin) sebelum membebaskannya hari ini (semalam) selepas memberi keterangan danjaminan RM2,000 oleh bapanya," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 kerana menakutkan secara jenayah.
___________________________________________________________________

Komen untuk highligted area:

1. Aku salute dengan parents yg sanggup bawa anak mereka ke balai polis. Yang salah tetap salah, keadilan kena ditegakkan.

2. Untuk dua budak yg lari tu: Tau pulak kau takut yer. Kalau berani sangat ko tampor le abang polis tu.

7 comments:

Anonymous said...

ahak bahak, betul lah, ada hikmahnya aku takde rejeki jadi cikgu, muahaha, mahu jadi kes besar kat skolah sebab ada guru mudah ilang sabar, hahaha

Neny said...

haih...selalu sgt dah aku dgr citer budak sekolah belasah cikgu..apa la nak jadi zaman skrg????

ZZ said...

meh aku nak jadik devil's advocate jap. aku rasa that cikgu shouldn't tampar that boy in the first place. ko tak rasa ke kalau ko kena tampar in public, you would retaliate? aku tak kata that boy ada right to tampar the cikgu..

serius sgt la topik ko.. aku cadangkan ko balik je ke dunia hiburan. Karam singh walia x nak amik org baru yg cengeng mcm ko.

dari~ummie said...

serius..mengajar budak2 skrg sgt mencabar kak dal...budak darjah 1 pun dh berani buat hal..aduhai..

-dal- said...

Yaya ---> aku rasa kau memang ada potensi membelasah student .. heheh

Nen ---> itulah, aku rasa cikgu zaman sekarang ni wajib beli insuran nyawa.

ZZ ---> betul juga, cikgu tu salah sebab tertampar budak tu at the 1st place. Tapi, pengalaman aku belajar dekat sekolah harian sebelum masuk asrama, budak2 sekolah biasa ni memang degil terlampau especially yg kelas hujung2. Diorang bukan kategori nakal lagi dah, tapi dah masuk kategori jahat. Selalu sangat aku tengok cikgu pompuan nangis lepas keluar dari kelas diorang. Aku suspek dah lama sgt cikgu ni tahan sabar, sampai hilang kawalan.

p/s: aku pun rasa topik ni tak sesuai dengan jiwa aku. So, idjinkan aku stick dgn donia hiburan

ummie ---> hi ummie.... saolam pewrkenalan. Banyak bersabarlah ye dalam menjalankan tugas pendidik. Cabaran nya memang besar, tapi InsyaAllah ganjaran nya pun besar

ujam said...

betul, budak sekarg, bukan setakat perangai, mulutnya lebih c@#%^l , melawan cakap je. mak aku pon x sanggup nak sambung, tu cepat2 bersara awal, hehe. aku? aku nk berkhidmat cukup2 25 tahun je, hahahah....

NurabaDie said...

~hoho..pnakut jgk bdk tu ek...lempar batu sembunyi tgn..tp tu lah realiti skarang....besar pengorbanan jadi cikgu...tapi sekarang mungkin ayat besar risiko jadi cikgu lebih sesuai..~