"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday 14 January 2010

rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi....


dah 4 hari AJL 24 berlansung.... tapi disana sini org2 masih sibuk memperkatakan tentangnya. Ada yg suka, ada yg komplen, ada yg marah, ada yg pasrah. Hot FM pulak dari seminggu sebelum AJL sampai la ke hari ni dok pasang lagu finalist jer berulang kali. Naik jelak aku dibuatnya.

So, sebagai seorang penggiat gossip tanah air,aku rasa terpanggil utk buat entry pasal AJL kali ni.

Overall, aku rasa AJL 24 memang beshhh. 3 jam siaran lansung tak terasa lamanya.

Pengacara malam tu ie: Cheryl, Ally Iskandar & Faizal Ismail memang menceriakan suasana. 2 thumbs up buat mereka bertiga.

Persembahan plak....keselurahannya menarik dan menghiburkan. Tapi macam biasa cacat cela mesti ada.

OK la aku buat ranking mengikut preference aku


Super Best Perfomance



1. Aizat (Pergi) - Sebelum ni aku rasa lagu ni tak berapa best, tapi masa AJL tu sangat ye aku terpaku dan menghayati. The most memorable performance. Aku rasa lagu ni lagi layak menang persembahan terbaik rather than lagu 'Kau Aku'

2. Hujan (Aku Scandal) - walaupun aku selalu menyampah tengok muka Noh Hujan yg suka buat muka toye, tapi malam tu Hujan dan Raingernya berjaya mengentertain jiwa aku.

3. Misha Omar (Cinta Adam & Hawa) - Sesungguhanya aku tak berapa suka dgn si Samihah ni. Dari segi kretiviti persembahan. Biasa-biasa jer. Tapi vokal dia memang superb. Ala2 menggetarkan ulu hati gitu. Pada aku dia lagi layak menang utk vokal terbaik... tapi Black pun not bad la

4. Black (aku Cinta Sayang Kamu) - Walaupun lagu ACSK ni adalah sedikit choiii lagi sengal tapi suara Black ni memang sedap. Dia boleh reach high pitch tanpa terkucil walau sedikit pown. Aku suka part yg dia suruh fan/back up singer nyanyi dari tengah2 audience. Very entertaining lah.

Best Performance:

5. Bunkface (Situasi) - Actually lagu ni adalah favourite aku. Tapi music arrangement untuk AJL kali ni terlalu slow dan lagu Situasi kehilangan X-factornya.

6. Aizat (Kau Aku) - suara Aizat merdu seperti biasa. Persembahan pun kreatif. Tapi aku tetap rasa 'Pergi' lagi best.

7. Alya (Tak Mungkin Kerana Sayang) - suara Alya kali ni best tak macam masa semifinal. Tapi dari segi kreativiti persembahan tak berapa nak menarik. Dah biasa sgt penyanyi lain buat cenggitu.

OK OK performance

8. Stacy (Pakai Buang) - Ini pun lagi satu lagu fav aku. Tapi suara Stacy tenggelam timbul masa nyanyi. So.. dissapointed la. Lagi satu style tarian tu sama jer dari dulu. She's really need a new choreographer la.

9. Faizal Tahir (Bencinta) - Suara FT pun ala2 tenggelam timbul. Pastu, boleh la pulak feeling feeling Michael Jackson. Showmanship nampak berterabur. Tapi aku maafkan sebab FT tak berapa sihat.

10. Yuna (Dan Sebenarnya) - Lagi ni sedap & soothing. Tapi pada aku lagu ni tak de X-factor. Sekadar sedap di dengar. Apa-apa pun tahniah sebab dpt tempat ke-2.

11. Estranged (Aurora) - suara Rich sedap seperti biasa tapi lagu Aurora ni pun biasa-biasa jer. Tak der yg istimewa. Dari segi persembahan pun seolah2 tak de effort nak jadikan ia interesting.

Tak berapa nak best

12. Akim (Bengang) - vokal out. Suara serak. Persembahan pun tak kreatif. Dia berjaya membuatkan aku pergi ke dapur untuk goreng keropok.

13. Hafiz (Masih Jelas) - stage terlalu simple. Tak mengujakan. Tapi suara Hafiz memang superb. I loike.

14. Tomok(Rindu Terhenti) - suara biasa-biasa jer. Sebenarnya lagu rindu terhenti ni pun aku tak berapa nak suka.Persembahan lansung tak kreatif. Macam tak berapa releven lah penggunaan Diana Danielle dalam video clip. Aku sempat masukkan kain dalam washing machine masa nih

Sekian ulasan dari aku - seorang juri tak profesional :)

10 comments:

kucingorengemok said...

orang batu pahat suka main pahat...? ok sad attempt at pahat-joke, heh :">

MK said...

arghh..faizal tahir mmg suka buat gimmic. tak paham apa releven nye tiba- shiela anak n.d lala tu muncul di akhir lagu.

but aizat is the man...

-dal- said...

KOG --> line satu tak kelako.. line dua tetiba jadi kelako hehehhe.

MK ---> happi birthday babe. Tadi try leave comment kat FB, ntah nape tak boleh plak.

FT memang cenggitu, poyo kata. Nasib baik suara dia best. Kalau tak, tak sudi daku memandangnye.

Aizat.. memang best..kan kan kan?

areT said...

dal..aku sorkan ko utk jadi pengulas ruangan gosip kat Pancaindera tu la....ganti Nizam Mak Hayam tu....ko nyer ulasan lg best dr dia...heheheh..aku tak tgk lansung AJL..lagi teruk!

ZZ said...

*clap 10x*.. ko mmg patut jadi pengacara tv, Dal.. ulasan ko ala2 semi-prof gitu. aku yg x tengok AJL ni rasa je nak nengok..ini mmg the best review by far..

ZZ said...

*semi-pro*.. ape ke prof pulak..

-dal- said...

atie --> aku pun rasa aku perlu sebarkan keupayaan aku bergossip ke peringkat lebih tinggi.

ZZ ---> Semi Prof pun OKsemi prof tu ala2 Associate Prof. dalam bidang hiburan la

mazu said...

aku sokong are-t V(^_^). series aku tak sangka ko ada bakat terpendam ye..... :-D

teratakmuslaily said...

dal, ko takmo komen pasal pakaian lak ke? hahaa...

-dal- said...

Mazu --> aku kan dulu ala2 tergedik nak masuk Pengacara Jemputan Nona.

Kak Laily --> soal pakaian bukan bidang kepakaran saya hehhee