"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday 22 July 2010

Laksa Sarawak




Tadi, masa lunch hour aku pi makan kat Secret Recipe sebab mengidam nak makan laksa sarawak. Tapi... output yg aku perolehi dari usaha keras aku keluar di kala waktu panas terik adalah sedikit mengecewakan.

Ingin aku nyataan di sini yg bahawasanya Laksa Sarawak Secret Recipe adalah tak berapa nak best. Aku pernah makan what so called the original laksa sarawak kat rumah kawan aku masa awal tahun hari tu. Sedap gilak OK. Kawan aku tu mmg orang sarawak la. Aku pi rumah dia pun sbb nk tempah kek lapis sarawak. Tapi susah nk cari kedai jual laksa sarawak ni melainkan kat Sarawak agaknya. Banyak sangat kurang dari segi rasa. Pastu dahla pakai rencah ayam, rencah udangnya ala2 tenggelam timbul je. Taugehnya letak sket sangat, kecewa aku. Kesimpulannya, aku dan Zaiton secara terang-terangan telah memangkah laksa sarawak Secret Recipe.

Pastu harganya agak overpriced jugaa. Untuk semangkuk laksa yg tak berapa best boleh la plak diorang charge RM 16.80. Tu tak termasuk tax lagi tu. Tapi bab harga tu aku tak de la marah sangat. Da nama makan kat Secret Recipe, mestila harganya mahal sket. Kalau nak murah makan la dekar Restoran Azura, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi... seriously harga diorang memang murah. Restoran Azura ni sebenarnya restoran kegemaran Midon yang merupakan insan penyayang terhadap syiling dan note RM. hehehehe. Namun aku suka sikap penyayang itu, sebab aku boleh menghabiskan duit gaji di sekitar 15 hb setiap bulan tanpa rasa takut sebab aku yakin Midon pasti akan ada back-up money . I luv u hubby.


Nota kaki untuk para pembaca:

1. Review laksa sarawak dia atas hanyalah dari pandangan peribadi aku. Kalau korang teringin pergi je lah, jgn terpengaruh sangat dengan kata2 kessat aku terhadap pihak pengurusan SR.


2. Sekiranya korang sesak poket di hujung bulan akibat membeli handbag 'jurulatih' semasa dapat gaji di awal bulan. Pergilah ke Restoran Azura. InsyaAllah perut anda akan kenyang walaupun hanya membelanjakan RM2.50.

5 comments:

Tijah said...

jurulatih? wakakakakaa. klakar ok. tak penah terpikir mak nak translate hingga sebegitu.

Neny said...

hahaha...ko ni...sian midon tau...eh, dia x kedekut ke nak bg duit back-upnya itu? ^_^...

Ko x try laksa sarawak kat Laksa Shack? Aku x tau le cemana rasanya pasal aku pon x penah makan kat situ, just aku tau ada la menu laksa sarawak kat situ. Saja la suggest kat ko kot2 ko still nak memburu laksa sarawak.

areT said...

dal..mcm menarik je dgn promoso Restoran Ajura tu sbb reganyer yg sgt mesra alam..hehehehe..laksa sarawak mmg hanya best kalau org sarawak atau di sarawak je...nantilaj, nanti ada masa aku kol kakak angkat aku Camelia (etnik kotemporari..heheheh) utk buat sarawak utk kitak...hehehhe

-dal- said...

Tijah ... aku jeles dgn orang yg ada handbag tersebut. Sebut tu aku try tu uncommercialized the brannd sebagai usaha mendengki.

Nen... sangat la yer kena dengar ceramah. namun aku pasrah

Atie.. wow, adakah kakak angkat sudi. Kalau dia tak nak ko suruh Abu Bakar Elah pun OK juer.

ujam said...

huhu. rindu laksa serawak