"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday, 4 December 2008

Udang masak lemak tempoyak

Photobucket

Walaupun kami ni dok jauh beribu batu dari Malaysia, namun tempoyak tetap di hati.

Minggu lepas masa nak clearkan fridge aku jumpa le tempoyak ni. Adala dlm 2-3 sudu last kopek punya. Selongkar freezer plak, jumpa udang dalam 12 ekor. Sepantas kilat aku dah tau nak masak apa hari tu. Senang, sedap dan mudah.

Bahan-Bahan
Bawang besar - 1/4 biji
Cili api - ikut suka korang le nak letak 50 biji sekalipun
Serai -1 batang ditik
Kunyit - 1/2 sudu kecil
Asam keping - 1 keping
Tempoyak - 3 sudu
Santan - 1/4 cawan
Air - 1 cawan

Cara memasak
1. Blendkan bawang + kunyit + cili dengan air
2. Masukkan dalam periuk. Kemudian campakkan serai dan asam keping. Masak hingga mendidih
3. Masukkan tempoyak.
4. Masukkan udang
5. Tambahkan santan
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
7. Tutup api bila udang dah masak

Dah siap pun. senang kan buatnya. Boleh masak sambil tengok Sutera Maya lagi.


Wednesday, 3 December 2008

perlu ker aku cerita????

Perlu ke aku cerita pasal trip aku pi Frankfurt 2 minggu yg lepas.?Dah berlapuk pun dah. Sejak balik hari tu aku adalah sedikit busy + malas pun ye jugak. OK lah.. aku cerita la sedikit sebanyak buat syarat.

Aku ni bukan fancy sgt bab berjalan2 nih. Sebab tu la tak excited nak bercerita. Tapi trip kali ni aku bagi 4/5 bintang. Sebabnya, gumbira dapat bergossip ngan Nenny + rumah Nenny yg panas + bilik air Nenny yang best macam hotel. Kiranya dari segi accomodation adalah tip top. Tapi dari segi tahap kesejukan.. huhuuhhuuu, rasa nak beku paru-paru aku. Punyalah sejuk. Rasanya kalau orang potong tangan aku pun aku tak rasa sebab ianya telah mengalami proses penyejukbekuan maksima.

Photobucket

Dari segi city plak... to be honest pada aku semua city kat europe ni lebih kurang sama jer. Kira-kiranya kalau ko dah pegi satu city, tak payah pegi city2 lain pun tak per (warning: jgn percaya sangat cakap2 aku ni sebab aku memang orang yang mals nak berjalan). Tapi overall nya aku tengok Frankfurt city ni adalah sedikit moden berbanding dgn London, lebih best dari Dublin dan kurang best dari Paris. Tempat2 lain jangan tanya sebab aku tak pernah pergi dan tak merancang pun nak pergi.

Apa-apahal pun, thanks to Nenny & Mat Ju yang sudi melayan kami sepanjang trip kami kat sana. Kalau korang nak pi UK jgn buat2 lupa lak singgah rumah aku. Thanks juga kepada Liza, Razif dan juga mamat camera man (aku tak ingat nama dia sapa) yg tolong bawa kami berjalan2 ke Frankfurt city. Tidak ketinggalan juga setinggi tinggi penghargaan kepada pilot RyanAir yg telah membawa kapal terbang dengan jayanya. Terima kasih juga kepada korang semua yg bac a entry aku yg ntah apa-apa ni.

Tuesday, 18 November 2008

Aku nak pegi Frankfurt


Photobucket

Dah beberapa hari dah tak update blog. Nampaknya tak tercapai hasrat aku nak jadi blogger tegar. Aku sekarang ni tengah busy kuasa dua ye kawan-kawan. Sebabnya weekend ni nak pegi Frankfurt. Perginya tak lama, 3 hari jer. Hari Jumaat pagi bertolak, Ahad petang dah balik semula. Tapi perasaan adalah berbunga-bunga sebab dapat naik kapal terbang. Yer.. aku tau ada sedikit jakun di situ. Tapiiii... ada aku kisah

So, sekarang ni tgh belajar dengan bersungguh-sungguh untuk cover masa pegi holiday. Ini bukanlah sebab aku rajin sangat belajar masa weekend (tapi adala on komputer buat syarat, selak-selak journal sket). Tapi aku takut aku akan demam dengan teruknya lepas balik Frankfurt. Memang begitulah tahap kesihatan aku. Tak bleh jalan jauh sket, pastu mesti ala-ala nak demam seminggu. Tak best kan jadi aku ni.

Untuk saper yg kenal Nenny, tujuan sebenar aku pi Frankfurt ni adalah sebab untuk melawat beliau. Kebetulan plak husband dia schoolmate laki aku. So.. mission kali ini adalah berkonsepkan serampang tiga mata iaitu

1) reunion aku dan nenny
2) reunion midon dan mat ju
3) jalan-jalan frankfurt

OK lah korang .. doakan aku selamat pergi dan balik. Berjumpa lagi di minggu hadapan. Kita sudahi bacaan kita dengan tasbih kifarah dah Surah Wal'as (betul ke aku eja ni)

Wednesday, 12 November 2008

Sizzling mee

wah.. sgt blogger tegar aku ni sekarang. Tiap-tiap hari update blog. Sebenarnya tak de apa yg menarik pun nak cerita. So, aku kongsi resepi sizzling mee yg baru saja dilahap oleh kami berdua sebentar tadi.

Photobucket
Bahan- bahan:
  • 2-3 sanggul mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Tambahkan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Dalam periuk lain celurkan mee. Toskan dan gaulkan dengan minyak dan kicap.
9. Lepas tu dalam campurkan kuah dan mee dalam sizzling plate. Pecahkan telur sebiji dan masak di atas stove

Photobucket

Ini adalah gambar mee yg sdg dimasak diatas stove. Mengelegak gitu. oleh kerana tahap kemalasan aku adalah maksimum.. aku malas nak gaul mee ngan kicap. So, warnanya plain jer.. tak berapa menariks


Tuesday, 11 November 2008

Selamat tinggal beg

hari ini pada tanggal 11 November 2008 aku dengan paksa relanya terpaksa membuang beg ini.

Photobucket

Kisah aku dan beg ini bermula 5 tahun lepas. Seminggu selepas aku sampai ke UK aku telah membeli beg ini di Argos ( masa tu aku sangat obses ngan Argos). Harganya tidak le mahal. Dalam 8 pound rasanya.

Maka bermulalah episod hidupku dengan beg ini. Hari2 pergi school bersama. Jadi teman menangis aku kalau reaction tak jadi, jadi teman gembira juga bila reaction berjaya. Actually beg tu dah ada koyak2 sket. 2 tahun lepas aku ada beli beg baru utk bawak pegi school. Tapi berat sgt hati aku nak pakai beg baru. Dalam hati aku biarlah beg buruk aku tu sama2 menyaksikan kejayaan... sgt sentimental ye aku ni. So, aku terus pakai beg tu sehingglah semalam. TAPI... malam tadi si IKI kucing durjana telah mengencing di atas beg aku. geram betul aku. Rasa nak potong jer ekor dia.

Photobucket
inilah aksi bengis yang tertuduh

Aku try rendam + basuh beg tu. Tapi seperti sedia maklum, bau kencing kucing memang susah nak hilang. So, setelah melalui beberapa proses penaakulan mantik... aku pun ambik keputusan nekad membuang beg ini.

Kepada beg... selamat berpisah. InsyaAllah kalau aku berjaya satu hari nanti, jasamu tetap akan ku kenang.

Monday, 10 November 2008

Rancangan mari menambah lelemak anda - home made pizza

Ini adalah supper malam semalam ... sangat tak bagus untuk kesihatan ye kawan-kawan.

Photobucket

Bahan utk Doh :-
250 g tepung gandum
1 s/b margerin
1 sudu kecil yeast
125 ml air - suam2
garam
Cara:
1. campurkan tepung + margerin. Buat bread crumb.
2. campurkan yis + 50 ml air suam. Then masukkan dalam (1). Uli doh. Campurkan lebihan air sedikit demi sedikit. Uli lagi doh lebih kurang 15 minit.
3. Masukkan doh dalam bekas, tutup dgn cling film. Biarkan dalam 30 minit.
4. canai doh menjadi leper.
Topping:
1. Letakkan tomato puree + grated cheese as a base.
2. Letakkan segala mala topping yg anda sukai. eg. ayam, peperoni, sosej, mince meat, olive pickle, jagung, nenas, crab stic etc. etc.
3. Pastu letak mozarella cheese
4. Bakar pizza selama 20-30 minit.

taraaa... pizza dah sedia untuk dibaham.

Thursday, 6 November 2008

Pesta Nasi Lemak

Photobucket

Weekend ni berlansungnya acara yang gilang gemilang iaitu Nottingham Malaysia Games 2008. Ye ye O jer aku. Tidak le gemilang sgt sebenarnya =P.

Actually Notts Game ni acara tahunan yg dianjurkan oleh bebudak undergrad Notts U. Diorang adakan pertandingan sukan dan seluruh pelajar Malaysia di United Kingdom dijemput untuk joint bersama.

Sementara bebudak undergrad tu berhempas pulas lawan bola para pelajar postgrad pulak kebanyakannya berhempas pulas memasak untuk berjual. So bermacam-macam masakan ada dari ke karipap, popia, rojak, sate, nasi lemak, nasi tomato, nasi beriani nasi kankang..ooppsss salah plak. .. semuanya ada. Kiranya macam lubuk duit la. Bayangkanlah beribu-ribu orang bebudak undergard UK semua berkumpul kat Notts.

Tapi yang misterinya... somehow.. entah kenapa Nasi Lemak mesti laku gila babas punya. Boleh dikatakan setiap gerai mesti ada jual nasi lemak tapi mesti habis. Nasi-nasi lain pun habis jugak tapi tidakle selaris nasi lemak.

Photobucket

Ni gambar tahun 2005, masa ni jual Nasi lemak berlauk + roti sambal + pulut serunding

Sebelum-sebelum ni aku tak ketinggalan berniaga .. tahun 2004, 2005, 2006. Tapi sejak tahun lepas aku dah pencen dah. Tak sanggup aku walaupun pungutannya tersangatla lumayan. Mak Cik Kayoo gitu. Masaknya untuk sehari jer, tapi penatnya seminggu tak habis. Belum tambah demam lagi. Korang bayangkanla masak beras 60 kilo satu hari satu malam. Belum campur sambal ngan lauk lagi. Mau tak bengkok tulang 4 kerat aku ni. Walaupun kilauan Pound sterling tu kadangkala menghantui aku .. tapi bila fikirkan aku ni byk kerja nak buat, aku kuburkan aje la niat aku nak berjual. Bagi can le kat geng-geng lain buat duit. Mesagge buat Farah: aku tau kau niaga nasi beriani. minggu depan dah kaya jgn lupa belanja aku makan.

Photobucket

Ni gambar aku dan konco-konco gambar lepas dah licin semua.. legaa.

Kepada kawan-kawan yg lain (sebenarnya tak der org Notts lain pun yg baca blog ni except Farah ngan Ana) aku doakan perniagaan korang berjalan lancar. Nanti hari Sabtu bila nampak muka aku kat gerai korang jgn buat2 tak nampak plak, bagi le discount sket... aku tau modal tak besar mana pun)