"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday 12 November 2008

Sizzling mee

wah.. sgt blogger tegar aku ni sekarang. Tiap-tiap hari update blog. Sebenarnya tak de apa yg menarik pun nak cerita. So, aku kongsi resepi sizzling mee yg baru saja dilahap oleh kami berdua sebentar tadi.

Photobucket
Bahan- bahan:
  • 2-3 sanggul mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Tambahkan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Dalam periuk lain celurkan mee. Toskan dan gaulkan dengan minyak dan kicap.
9. Lepas tu dalam campurkan kuah dan mee dalam sizzling plate. Pecahkan telur sebiji dan masak di atas stove

Photobucket

Ini adalah gambar mee yg sdg dimasak diatas stove. Mengelegak gitu. oleh kerana tahap kemalasan aku adalah maksimum.. aku malas nak gaul mee ngan kicap. So, warnanya plain jer.. tak berapa menariks


1 comment:

areT said...

silap: red-gold-n-green