"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday, 6 November 2008

Pesta Nasi Lemak

Photobucket

Weekend ni berlansungnya acara yang gilang gemilang iaitu Nottingham Malaysia Games 2008. Ye ye O jer aku. Tidak le gemilang sgt sebenarnya =P.

Actually Notts Game ni acara tahunan yg dianjurkan oleh bebudak undergrad Notts U. Diorang adakan pertandingan sukan dan seluruh pelajar Malaysia di United Kingdom dijemput untuk joint bersama.

Sementara bebudak undergrad tu berhempas pulas lawan bola para pelajar postgrad pulak kebanyakannya berhempas pulas memasak untuk berjual. So bermacam-macam masakan ada dari ke karipap, popia, rojak, sate, nasi lemak, nasi tomato, nasi beriani nasi kankang..ooppsss salah plak. .. semuanya ada. Kiranya macam lubuk duit la. Bayangkanlah beribu-ribu orang bebudak undergard UK semua berkumpul kat Notts.

Tapi yang misterinya... somehow.. entah kenapa Nasi Lemak mesti laku gila babas punya. Boleh dikatakan setiap gerai mesti ada jual nasi lemak tapi mesti habis. Nasi-nasi lain pun habis jugak tapi tidakle selaris nasi lemak.

Photobucket

Ni gambar tahun 2005, masa ni jual Nasi lemak berlauk + roti sambal + pulut serunding

Sebelum-sebelum ni aku tak ketinggalan berniaga .. tahun 2004, 2005, 2006. Tapi sejak tahun lepas aku dah pencen dah. Tak sanggup aku walaupun pungutannya tersangatla lumayan. Mak Cik Kayoo gitu. Masaknya untuk sehari jer, tapi penatnya seminggu tak habis. Belum tambah demam lagi. Korang bayangkanla masak beras 60 kilo satu hari satu malam. Belum campur sambal ngan lauk lagi. Mau tak bengkok tulang 4 kerat aku ni. Walaupun kilauan Pound sterling tu kadangkala menghantui aku .. tapi bila fikirkan aku ni byk kerja nak buat, aku kuburkan aje la niat aku nak berjual. Bagi can le kat geng-geng lain buat duit. Mesagge buat Farah: aku tau kau niaga nasi beriani. minggu depan dah kaya jgn lupa belanja aku makan.

Photobucket

Ni gambar aku dan konco-konco gambar lepas dah licin semua.. legaa.

Kepada kawan-kawan yg lain (sebenarnya tak der org Notts lain pun yg baca blog ni except Farah ngan Ana) aku doakan perniagaan korang berjalan lancar. Nanti hari Sabtu bila nampak muka aku kat gerai korang jgn buat2 tak nampak plak, bagi le discount sket... aku tau modal tak besar mana pun)

4 comments:

areT said...

aku kalaulah badan aku kurus and slim river mcm kau kan dal..aku akan beli je nasi lemak2 tiap2 ari

Anonymous said...

aku tak wat nasi beryani la kak...aku pun belasah jual nasi lemak gak..mmg gile babas la lakunyer..nyesal plak masak skit..nasi da abis petang tu pun org dok tya lg...nape la tak de sebulan skli games ni...hahahaha..pastu study aku ntah kemana..penat mcm nk mati..
farah

Anonymous said...

eh kak..aku nmpk ko jln kaki sabtu tu..tp tak leh nk tumpangkn sbb kt jln beso..da tu menentang arus..tp tak nmpk pun ko kt portland..ke ko tak beli kt aku eh..haaaaa...kantoiii..
farah lagi

-dal- said...

oo.. ye ker. Tak per aku memang nak exercise gitu.hihiihhi. Aku pi sport centre la hari tu. Midon main badminton. Pukul 4 baru habis. Aku pegi portland petang tu, melepak kat kedai kak fida/kaktim. Malas pegi kedai ko, nanti aku minta nasi free ko serba salah plak hahahha. Tak delah sebenarnya tengok kedai2 lain sebuk lagi, malas nak kacau. Kedai Kak fida dah habis, so kitorang menghabiskan lauk lebihan sambil pow nasi ZZ