minta maaf yer kawan-kawan, aku masih emo ngan isu ini. Semalam aku cuma kesian ngan Abby... tapi takdela menyampah sgt ngan Norman Hakim. Tapi statement surat khabar dia ari ni membuatkan perasaan amarah aku tu sedikit memuncak.
Aku bukan le nak emo tak tentu pasal. Tapi Norman Hakim tu ngaku jerla ko tu penjahat. Tak yah le nak buat dialog ala-ala ko tu lelaki lindungan Kaabah.
ni sedikit petikan dari Utusan malaysia Online
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.
- patutnya ko tukar perkataan bersedia tu kepada 'memang merancang'
''Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.
''Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,''
- tak payahle guna ayat 'ketentuan' tu cakap jerla 'saya memang berharap saya dapat kawen ngan memey'
''Ada 'wilayah' dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.
- cuba kalau bini ko kasi wilayah hati dia kat lelaki lain, ada hati ko gembira???
''Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.
- kalau dah sedar napa tak hargai dia, sakit taww dia beranak
''Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,'' ujar Norman lagi.
- ini adalah jawapan standard.. every man on the earth please take a note
Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan 'penyelamat' kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.
''Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.
- penyelamat??? Apa ko ingat memey tu kerja bomba ke??
iskk... aku ni dah macam lawyer mahkamah syariah Abby lak.
2 comments:
dal..sabar..aku pun angin tp tak berani komen lebih2 bab umah tangga ni..aku dh byk tgk balasan Cash dr tuhan ..huhuhu
kau mmg pembela wanita..hidup dal!!!!
Post a Comment