"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Sunday, 15 March 2009

Jangan dihina mereka itu

Demam AF dah kembali. Tapi aku mengambil keputusan nekad untuk tidak mengambil ‘port’ pasal AF7. Ye la, kalau setakat nak tengok konsert tanpa menonton diari tak masyuk la bak kata mat rempit.


Tadi masa browse ruangan Gossip kat forum CARI, aku dengan tidak semena mena telah meng‘click’ pada thread AF7. Jiwa wartawan hiburan itu masih tersemat kukuh dalah diri aku. Hehehe.. Apa yg aku came across daripada thread tersebut ialah


adalah sorang forumer tu.. ewah bukan main sakan lagi mengutuk felda, tak perlu la aku quote kata2 dia, karang dia tahu aku kutuk dia meroyan kat sini plak kang susah aku.


Isu yg ingin aku utara kan disini, bukanlah pasal AF7, tapi hinaan terhadap Felda. Dah lama aku peratikan fenomena ni sebenarnya, cuma baru hari ni aku tergerak hati nak komen.


Photobucket

Sejak akhir2 ni bukan main lantang lagi sesetengah golongan yg konon2nya urban ni mengutuk Felda. Aku perasan yg fenomena ni berlaku semenjak MAWI masuk AF.


Photobucket


Lepas kes MEMEY-NORMAN bertambah2 lagi kutukan orang luar terhadap masyarakat Felda. Kesimpulan yg aku dapat dr kutukan2 mereka ialah mereka rasa orang Felda ni kolot, miskin, jakun, hisap dadah, rempit, seks bebas, tak class, botak, pakai bunga kat tudung (merujuk kpd Ina Naim) dan sebagainya.


Aku rasa macam tak patut la diorang berperangai sedemikian rupa.


Kenapa aku mesti Emo?


Aku bukanlah peminat Mawi, walaupun kadang2 aku layan jugak le Qasidah & Berzanji versi Mawi bila aku nak feeling feeling ustazah. Lagipun ada juga a few lagu dia yg best2 apa. Selain dari itu tiada apa2 perasaan sampingan terhadap beliau.


Memey pulak... lagila tak de sebab aku nak minat. Aku tak pernah tengok dia berlakon selain dari dalam Dunia Baru 3. Tapi tak minat tak bermakna aku benci dia.


Aku orang FELDA??? Tak, aku bukanlah orang FeldA. Aku orang Kampung Parit Haji Hassan. Aku adalah anak jati Johor yg ada banyak FELDA di dalam petanya. Adalah juga 3-4 orang sedara aku yg terdiri dari peneroka Felda.


Pada aku kalau nak kutuk tu, kutuk jer la si Mawi ngan Memey tu. Dah memang diorang tu artis. Hadirnya mereka di dalam dunia ini sememangnya untuk digossip dan dikutuk. Well... sapa suruh jadi artis kan. Aku pun dolu2 ada hati nak jadi pelakon, tapi sebab aku takut kena gossip lansung aku berpaling dari dunia seni. Chewah.



Lekeh sangat ke orang Felda ni? Aku tak nafikan masalah gejala social yg melanda kat Felda. Tapi bukan gejala social ni ada dimana2. Anak2 orang kaya kat Bukit Antarabangsa yang konon2nye posh, urban dan bertamadun pun ada yg hisap dadah bagai.


Kalau kita tengok dari sudut positinya. Anak orang2 Felda ni ramai juga yg pandai2 dan berjaya. Masa aku kat MRSM Muar dulu hampir 1/3 dari batch aku budak Felda. Sekarang ni mungkin diorang dah jadi doctor, engineer, lecturer cuma belum ada yg jadi angkasawan jer lagi.


Walaupun aku tak pernah paham Chapter Dasar Ekonomi Baru dalam buku sejarah tingkatan 5, aku sedar yg pada hakikatnya para peneroka Felda ada menyumbang kepada ekonomi Negara... samada banyak atau tidak aku tak PASTI. Tapi mereka bukanlah keturunan yg wajar di hina. Susah taww nak meneroka Felda. Cuba korang tengok filem Bilut.... insaf aku bila fikirkan kesusahan mereka. Ye lah, tapi aku tau stok2 yg suka kutuk Felda ni mana layan cerita Melayu... Western kekdahnya.


OK la... panjang plak entry emo aku ni. Aku sedar aku bukanlah org yg layak nak kata orang lain salah itu ini. Tapi aku percaya dalam setiap perbuatan kita istiqamah tu penting. Wow.. dah jadi Ustazah Dalina pula.

11 comments:

areT said...

ai dal...backing org felda nampak...hehehe..kau mmg dasat ek...duduk UK tp nak gak tgk diari AF, dan tgk Bilut yang aku pun tak tau citer ni penah masuk wayang..kau mmg hebat...dal..aku tak suka AF..tolong la...sangat je sama...nangis je memanjang...loya tekak aku tgk

aku pun takmo kutuk felda...sbb laki kak cik aku, abg beram org Felda Tulan Rimau....tp abg teh aku pronounce, Tulang Rimau Patah...hehehhe

Neny said...

Ko ni Dal...aku gelak baca entry ko ni tau. Ckp benda serius tp bahasa lawak abis!"feeling2 ustazah"?

Aku pon ada sedara mara dok Felda and anak2 diorg ok2 aje...berjaya dlm hidup. Tu la manusia ni, dek kerana 2-3 kerat yg buat hal, terus label satu komuniti ni.

areT said...

sat..sat...reminder: sapa2 nak pakai todong labuh...aku akan sponsor kain todong yg pertama..heheheh

-dal- said...

Are-T.. aku dan hiburan mana leh dipisahkan. Cerita bilut tu best jugak.. abang Rosam Nor dan Que Haidar yg berlakon.

Nenny, kadang kala aku jua bisa membincangkan isu sirius..hehehe

Are-T ... apabila aku berhajat nanti akanku tontot janjimu itu

areT said...

jijik ngan rosam, tolongggggg

areT said...

sat...awat ada ayat novel di situ.."kadang kala aku jua bisa membincangkan isu sirius", adakah ini bahana green tea..if yes,,pls go back to kopi

-dal- said...

atie... sangat sejak tengok rodjana ayat sangat ala2 Sharifah Abu Salem

areT said...

sapa Sharifah Abu Salem, penceramah agama kat froum perdana ke...heheheh

mazu said...

sebagai bekas warga felda (sebab bapak aku dah pencen) aku memang tak suka org mengata pasal Felda (aku setuju dgn Dal). Hakikatnya mereka tak tau apa yang berlaku sebenarnya kat kelompok Felda, apa yg organisasi Felda dah buat utk memantapkan warga Felda dan generasi seterusnya. Hakikatnya masalah sosial ni berlaku dalam kelompok MELAYU di mana aje. Aku skrg kat kawasan luar bandar, tapi bukan FELDA pun aku tgk sama aje masalahnya. Semuanya bergantung kepada didikan keluarga juga.

-dal- said...

tepat sekali Mazu. 1 markah untuk anda. hehe

-HeLiNa- said...

aku anak peneroka pelda.. la ni dok kt pelda k.. tgk apa dah jadi pada aku? hehehe