"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 28 April 2009

Entry tak bermakna

apple cake 1.jpg

Baru tadi kejap pegi hoping hoping blog. Encik Mat Gebu buat Apple Cake hari ni. Sedapnya. Drooling aku disini. Nak buat sendiri tengah busy ya amat sekarang ni. Kalaulah aku boleh order...

Sunday 26 April 2009

25.04.09 -It's been 5 years

It's been 5 years since we get married. Within those 5 years, lots of drama involves, from Akasia to Samarinda. My 'Diari Kurus' buddy might know how drama queen I am. hehe...but that doesn't matter. What important is our marriage survive. Alhamdulillah.

He is not perfect. Me myself is definitely far from perfect...but, the perfect part is we complete each other. Once in the blue moon, there is a day when I was wondering how can I married to this man out of other people in the earth??? but there is always any other day that I think I couldn't live without him.

Photobucket

Whoever knows our story, they will know that me and Midon were not really in 'bercinta' condition before we get married. I saw him first in 1996, then a couple of time in the same year. The next time I saw him was 7 years later at 2004 ---> he was waiting for me at KLIA on the day I arrived from UK, 2 weeks before we getting married.

Is it a family arranged married? Oh No No. The arrangement was as simple as that we both desperately need a companion. I need somebody who can accompany me during my PhD years at UK and he just need to move on from his previous life. He proposed me on the phone (not so romantic..lol), I asked him to meet my parent and let them decide for me. Apparently my parent feels OK about him and they decided to hold the wedding ceremony in the next 8 weeks when I scheduled to going home for 2 weeks holiday ( that's the original plan).

With such a short notice I can't do anything in terms of preparation. I just let my family in Malaysia handle everything from A to Z. I even have to borrowed the baju nikah from my big sister. Finally the day has come, 25.04.04 ----> we get married in a simple ceremony but perfect (at least for me). From since we developed a what-so-called LOVEs...and today after 5 years.. it feels like we love each other forever. InsyaAllah.

Monday 20 April 2009

aku bersyukur..wow

http://www.kidstube.com/pictures/fuy08h8gw7tgm3uc37akeqe53x7hzjv55mu2rtaesrk4k54f32o7jt0bhwh77323dnvu5tyHappy%20Face%20colour%20BOLD.jpg
Finally, aku bosan dengan FB. This time is for real. I can feel it. The same feeling when I get bored with friendster long time ago.... Gembira. Ini bermakna less time berfoya-foya dengan internet and more time to spend with spektrum. Good for me.

Saturday 18 April 2009

30's vs 20's - part 1

2-3 hari yg lepas aku pergi ASDA ( iaitu supermarket ) untuk beli barang dapur. Dalam meround round sambil tolak trolley aku ternampak segerombolan bebudak undergraduate berumur awal 20-an yg jugak sedang membeli belah. So, macam biasalah bila jumpa orang Melayu, tegur tegur, salam salam sikit sambil tanya khabar.

Tiba2 hati aku berdetik, comel budak2 ni. Melalui teknik observation ‘close up & personal’ skin complexation mereka semua adalah sangat fair dan smooth. Lansung aku rasa macam nak pi cucuk BOTOX serta merta. Macam baru tersedar yg aku ni dah tua dan kulit muka dah umpama kerak nasi.

Photobucket

Aku dulu agak ‘beauty conscious’ orangnya. Time jadi student dulu modal tak besar sebab duit elaun habis buat beli baju ngan makanan. Masker pun aku pakai putih telur jer. Tapi sgt displin ye untuk buat basic home facial (wap muka, scrub, masker, toner), at least sebulan sekali. Nak lawa punya pasal.

Bila buat Master dah upgrade sket sebab elaun banyak. Selain dari home facial tiap2 minggu aku pi buat facial kat saloon dalam sebulan sekali. Favourite tempat aku adalah kat Herbaline, The Mines. Entah ada ke tak lagi tempat tu. Aku memang suka dengan produk herbaline… rasa kulit fresh aje. Rasanya 3 tahun aku setia dgn Herbaline.

Sekarang ni, aku rasa dah lebih 4 tahun kulit muka aku tak jumpa masker & scrub. Tak pasti apa factor aku malas nak layan kulit muka. Alasan stendet adalah busy. Atupun mungkin sebab dah kawen, maka aku pun dah tak der point nak pasang badan. Ataupun, it just as a simple as aku take for guaranteed dgn kondisi kulit aku. Kulit aku ni sebenarnya tak byk karenah, jerawat jarang datang,penyakit2 kulit lain pun jarang menyerang. Tapi tanpa aku sedari masa berlalu dan kesan penuaan tu dah datang menyapa.

Mulai hari ni aku beradjam nak beri perhatian lebih sket kat kulit aku. Buat permulaan ni aku nak buat home facial at least 2 minggu sekali. Pastu nak pi rikki moisturizer, toner, scrub and masker yg bagus bagus sket (current brand: aku pakai NIVEA jer). Ataupun mungkin aku perlu makan Imedeen ( emo…:D). Aku bukan la nak lawa sangat ataupun mempunyai kulit selembut salju….wow. Tapi cukuplah sekadar aku tak kopius samada kulit muka itu adalah kulit ataupun sehelai kertas pasir.

Sekian.. catatan dari aku yg alpa.

Sunday 12 April 2009

Apalah CSI tanpa Grissom



First time tengok CSI Vegas masa tahun 2001. Sejak dari tu memang tak pernah miss satu pun episode CSI. Watak Grissom, Catherine, Sara, Warrick Brown, Nick Stoke, Kapten Jim dan juga Dr. Bedah(aku lupa nama) dah macam sebati ngan diri aku. Masa tu minat habis ngan Greg Sanders sebab beliau ala2 chemist freako sesikit. Kunun2 sehati sejiwa dgn aku la tu.

Photobucket

Setelah 9 tahun berlalu, CSI Vegas dah masuk Season 9 pun. Ramai peminat CSI Vegas dah berpaling kepada CSI Miami sebab sukakan Horatio. Tapi kesetiaan aku masih utuh. Pada aku Gill grissom tiada galang gantinya.

Masa Season 8 Sara watak Sara Sidle diberhentikan. Tapi aku macam tak der perasaan sangat sebab aku tak suka sgt dgn Sara. Sebab beliau macam selekeh dan juga mungkin jeles sebab Grissom menyimpan perasaan terhadap beliau ( motip jeles??? tak pasti).

Pastu, awal Season 9 Warrick plak mati kena tembak. Sedih tawww. Aku menangis berjujuran air mata masa menonton episode tersebut.

Baru beberapa saat yg lepas aku tengok episode 11. Grissom plak resign sebab nak pegi berchenta ngan Sara kat hutan tropika mana ntah. Wahh... hangin betul aku. Lansung tak teruskan menonton walaupun dah download sampai episode 19.

Tatkala ini aku tengah berkira kira, samada nak teruskan menonton CSI atau tidak. Esok aku nak menonton HOUSE seperti yg disorkan oleh Are-T.

Wednesday 8 April 2009

Diari Kurus Kami

Photobucket

Kepada kawan2 sepengurusan ku.

Blog dah di create@ http://diari-kurus.blogspot com.

Aku dah invite korang as a reader n blogwriter. Kalau korang ada rakan-rakan seperjuangan yg nak kurus juga invite le mereka. Aku OK jer as long as mereka adalah wanita.

For other woman out there yg berminat nak ikuti kisah kami sila bagi email add yer.

Tuesday 7 April 2009

Kempen Kolestrol dan Lemak Sifar

Wah.. aku bukak semua blog sana sini asyik membincangkan pasal isu berat badan, diet dan exercise. Bagus-bagus. Semangat inilah yg kita mahu ye kawan. Nak turun berat badan ni bukan sekadar nak cantik jer (walaupun ia adalah tujuan utama) tapi juga sebab kita nak sihat. Maklumlah masing2 pun umur dah menuju ke arah 30-an. Kadar metabolisme dah rendah. Lemak dan kolestrol pun dah mula suka berkumpul secara berjemaah dalam badan kita. Kita dah semakin terdedah dgn penyakit2 popular seperti darah tinggi, kencing manis, gout, sakit jantung etc. Bukan satu kesalahan bila wanita2 seperti kita ni obsess nak kuruskan badan. Jadi kan ia sebagai suatu persaingan positif.

Photobucket

Tak perlula nak kurus seolah2 Keira Nightly. Sekadar sedap mata memandang jadila

Maka bersempena dengan tema wanita dan berat badan aku bercadang untuk create satu blog berkosepkan slimming journal but as a private blog. Memula macam nak buat kat blog ni aje sebab malas nak manage 2-3 blog. Tapi aku terasa rasa yg sometimes ada orang lelaki yg came across baca blog ni. Rasanya macam tak manis la plak bila aku nak membincangkan isu berat badan secara public. Iyelah secara tak lansung mesti akan ada guna perkataan perkataan yg berkaitan dengan komponen2 badan yg tak wajar dibincangkan secara umum.

Aku nak invite a few kawan2 aku yg sama2 gigih nak kuruskan berat badan ni i.e. Atie, Nor, Nenny, Helen, Mazu, MK, Zura-Long dan juga kakak aku. Nurul pun aku akan invite juga manala tau kau nak kurus lepas bersalin nanti hehehe. Kepada pembaca2 wanita yg lain kalau sesiapa yg berminat bolehla bagi email add supaya aku bleh invite korang.

Kalau korang nak jadi author bersama pun di alu alukan.

Issue yg nak diketengahkan dalam blog tersebut bukanle isu2 sirius. Kita buat secara santai 2 je. Contohnya

-tips2 diet
-tips2 bersenam
- diari kalori menu harian kita
-diari 'calorie consumption' daripada exercise kita

manala tau bila kita record semua nia especially diet harian kita kita lebih berdisiplin. Bukan senang nak turunkan berat badan. Lagi2 kalau kita buat secara berseorangan. Lagila 'will power' tu kurang. Main diet dan exercise secara syok sendiri jer. Last2 tengok2 berat badan masih di takuk yg sama. So kepada kawan2 semua marilah kita sama2 jayakan 'kempen kolestrol dan lemak sifar' ini.

Saturday 4 April 2009

Rona Roni Makaroni

Best jugak la cerita ni, sebab aku tiba2 macam suka dengan lakonan Bront Palare dan si Jess. Tapi sebab Sharifah Amani yg jadi heroin ada sket potong la. Aku kureng sikit dengan lakonan beliau. Hari ni aku bukan nak cerita pasal drama tersebut mahupun makaroni. Tapi nak cerita pasal resepi laksa johor yg menggunakan sphagetti sebagai bahan asasnya. Adalah Makaroni dan Sphagetti itu berasal dari keturunan yg sama iaitu Encik Pasta.

Lately ni mood aku tak berapa baik. Aku terfikir pasal macam2 perkara... itu dan ini. Tapi tak der la masalah yg berat2 pun. Semua biasa-biasa je. Aku je yg emo lebih. Biasanya kalau aku tengah emo aku masak macam2 dan makan sampai kenyang. Tapi sebab aku ni konon2nya 'on diet' makanya terpaksalah mencari alternative lain. Tapi setelah 2 hari berlalu, mood aku still tak back into normal. Haruslah aku tewas lagi ditangan makanan. Damn you laksa johor.

Resepi laksa ni originalnya adalah resepi dari mak aku. Best sehingga menjilat garfu. Walaupun aku tau mak2 orang lain pun memasak laksa johor yg sedap tapi sebagai anak yg solehah harusla aku puji mak aku kan. Kalau nasib aku baik beliau bagi tanah sebidang dua hehehe

Gambar dan resepi ni aku kopipes jer dari FB kakak aku. Sebabnya aku tak sempat amik gambar laksa aku. Bila dah masuk2 dalam pinggan tu terus je nampak macam sedap melampau. Lansung mentekedarah disitu juga. Gelojoh macam resakse.


Photobucket

LAKSA JOHOR

bahan A-bahan kisar untuk ditumis
10 biji bawang kecil/shallots
4 cloves garlic
3 btg serai
lengkuas+halia+lengkuas 1-2cm

bahan yg perlu dikisar - separately
udang kering
udang
ikan kering kurau
ikan rebus( i used kembung)
bahan2 lain yg berkaitan
450ml santan pekat
100g kerisik
3 keping asam keping
2 pkt serbuk kari daging
cili kisar- kalau suka pedas letak banyak
air
garam dan gula

sampah sarap yg perlu diletakkan atas laksa a.k.a garnish
taugeh, timun, daun kesom, daun selasih, bawang besar, limau kasturi dan sambal belacan.

cara memasak:

1.tumis bahan A hingga garing. kemudian masukkan serbuk kari dan cili kisar. tumis hingga garing dan wangi. kemudian masukkan udang kering kisar tadi.

2. masukkan air. air rebusan ikan juga boleh digunakan. masukkan ikan kurau kering,ikan dan udang basah yang sudah berkisar tadi. masukkan juga asam keping.

3. biar ia mendidih. kecilkan api. masukkan santan dan kerisik. masukkan garam dan gula.

4. setelah kuahnya siap, bolehlah dihidangkan dengan spageti serta ulam-ulaman.

Friday 3 April 2009

Dendeng ke Dinding

Dah lama tak main masak2 kat blog ni. Bukan sebab aku tak masak tapi aku malas nak amik gambar lepas masak. Sementelah aku tengah tak der mood nak menceceh dalam blog ni, biarlah aku ceriakan blog ni dengan resepi-resepi harian.

Photobucket

OK... hasil masakan aku hari ni adalah daging Dendeng. Dendeng ni kalau tak salah aku masakan tradisional orang Negeri Sembilan particularly orang Minang (please correct me if I'm wrong). Masa aku buat matrikulasi kat Kolej Mara Seremban dulu aku telah merasa 'what-so-called' the original daging masak dendeng yg dibeli dekat pasar ramadhan Ampangan (pergi pasar dengan harapan dapat jumpa adik lelaki Amelina dangdut yg hensem..heheh). Memang sodappp... tapi pedasnya humang aiii, tahap 7 petala langit punya pedas. Abis air sirap satu jag aku minum.

Maka, semenjak aku berkecimpungan dalam bidang masak memasak ni, selalu jugak aku try resepi dendeng yg aku dapat dari internet. Tapi masalah problemnya tak pernah dapat rasa yg sama seperti yg pernah aku makan suatu ketika dahulu ( sila selitkan bunyi cengkerik utk mood flasback di sini).

Hari ni plak aku try resepi daging Dendeng yg diadaptasi dari blog Encik Mat Gebu . Tapi aku adjust sket2 la macam aku kurangkan gula +++ more cili api. Wah... gumbira sungguh rasa hati. Rasanya 90% hampir sama dengan daging dendeng Ampangan. Sebakul ucapan terima kasih untuk encik Mat Gebu. Habis dah satu mangkuk daging dendeng aku makan dengan 3 pinggan nasi. Tiba2 rasa berdosa sebab tak diet hari nih. Takpe, nanti petang aku lari kat gym sampai pengsan.

P/S: Atie.. cubo kau tanya kat omak ekau camano nak buek daging dendeng versi Rombau. Buleh den cubo try test. Kabo kat mak cik den nak masakkan untuk Queen Elizabeth. Ngidam katonyo.