"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Saturday, 4 April 2009

Rona Roni Makaroni

Best jugak la cerita ni, sebab aku tiba2 macam suka dengan lakonan Bront Palare dan si Jess. Tapi sebab Sharifah Amani yg jadi heroin ada sket potong la. Aku kureng sikit dengan lakonan beliau. Hari ni aku bukan nak cerita pasal drama tersebut mahupun makaroni. Tapi nak cerita pasal resepi laksa johor yg menggunakan sphagetti sebagai bahan asasnya. Adalah Makaroni dan Sphagetti itu berasal dari keturunan yg sama iaitu Encik Pasta.

Lately ni mood aku tak berapa baik. Aku terfikir pasal macam2 perkara... itu dan ini. Tapi tak der la masalah yg berat2 pun. Semua biasa-biasa je. Aku je yg emo lebih. Biasanya kalau aku tengah emo aku masak macam2 dan makan sampai kenyang. Tapi sebab aku ni konon2nya 'on diet' makanya terpaksalah mencari alternative lain. Tapi setelah 2 hari berlalu, mood aku still tak back into normal. Haruslah aku tewas lagi ditangan makanan. Damn you laksa johor.

Resepi laksa ni originalnya adalah resepi dari mak aku. Best sehingga menjilat garfu. Walaupun aku tau mak2 orang lain pun memasak laksa johor yg sedap tapi sebagai anak yg solehah harusla aku puji mak aku kan. Kalau nasib aku baik beliau bagi tanah sebidang dua hehehe

Gambar dan resepi ni aku kopipes jer dari FB kakak aku. Sebabnya aku tak sempat amik gambar laksa aku. Bila dah masuk2 dalam pinggan tu terus je nampak macam sedap melampau. Lansung mentekedarah disitu juga. Gelojoh macam resakse.


Photobucket

LAKSA JOHOR

bahan A-bahan kisar untuk ditumis
10 biji bawang kecil/shallots
4 cloves garlic
3 btg serai
lengkuas+halia+lengkuas 1-2cm

bahan yg perlu dikisar - separately
udang kering
udang
ikan kering kurau
ikan rebus( i used kembung)
bahan2 lain yg berkaitan
450ml santan pekat
100g kerisik
3 keping asam keping
2 pkt serbuk kari daging
cili kisar- kalau suka pedas letak banyak
air
garam dan gula

sampah sarap yg perlu diletakkan atas laksa a.k.a garnish
taugeh, timun, daun kesom, daun selasih, bawang besar, limau kasturi dan sambal belacan.

cara memasak:

1.tumis bahan A hingga garing. kemudian masukkan serbuk kari dan cili kisar. tumis hingga garing dan wangi. kemudian masukkan udang kering kisar tadi.

2. masukkan air. air rebusan ikan juga boleh digunakan. masukkan ikan kurau kering,ikan dan udang basah yang sudah berkisar tadi. masukkan juga asam keping.

3. biar ia mendidih. kecilkan api. masukkan santan dan kerisik. masukkan garam dan gula.

4. setelah kuahnya siap, bolehlah dihidangkan dengan spageti serta ulam-ulaman.

3 comments:

areT said...

aku tak sure la aku penah rasa laksa johor ke tak...tp pic kau kau kopipes ni nampak menarik.....tp nak coba la..

Aku x suka tgk citer Rona Roni Makaroni..awat sumer org kata best ek???

myselfndots said...

waaah!!! tgk gambar laksa tu buat zura kepingin nak makan laksa johor lak..

tak apa.. resepi dah ada.. haroosslah kita mencuba!!!..

-dal- said...

Atie.. coba la laksa johor. Tapi feveret aku tetap laksa penang.

Zura .... hehheh, kepinginkah? Cuba jgn tak cuba