"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Saturday 18 April 2009

30's vs 20's - part 1

2-3 hari yg lepas aku pergi ASDA ( iaitu supermarket ) untuk beli barang dapur. Dalam meround round sambil tolak trolley aku ternampak segerombolan bebudak undergraduate berumur awal 20-an yg jugak sedang membeli belah. So, macam biasalah bila jumpa orang Melayu, tegur tegur, salam salam sikit sambil tanya khabar.

Tiba2 hati aku berdetik, comel budak2 ni. Melalui teknik observation ‘close up & personal’ skin complexation mereka semua adalah sangat fair dan smooth. Lansung aku rasa macam nak pi cucuk BOTOX serta merta. Macam baru tersedar yg aku ni dah tua dan kulit muka dah umpama kerak nasi.

Photobucket

Aku dulu agak ‘beauty conscious’ orangnya. Time jadi student dulu modal tak besar sebab duit elaun habis buat beli baju ngan makanan. Masker pun aku pakai putih telur jer. Tapi sgt displin ye untuk buat basic home facial (wap muka, scrub, masker, toner), at least sebulan sekali. Nak lawa punya pasal.

Bila buat Master dah upgrade sket sebab elaun banyak. Selain dari home facial tiap2 minggu aku pi buat facial kat saloon dalam sebulan sekali. Favourite tempat aku adalah kat Herbaline, The Mines. Entah ada ke tak lagi tempat tu. Aku memang suka dengan produk herbaline… rasa kulit fresh aje. Rasanya 3 tahun aku setia dgn Herbaline.

Sekarang ni, aku rasa dah lebih 4 tahun kulit muka aku tak jumpa masker & scrub. Tak pasti apa factor aku malas nak layan kulit muka. Alasan stendet adalah busy. Atupun mungkin sebab dah kawen, maka aku pun dah tak der point nak pasang badan. Ataupun, it just as a simple as aku take for guaranteed dgn kondisi kulit aku. Kulit aku ni sebenarnya tak byk karenah, jerawat jarang datang,penyakit2 kulit lain pun jarang menyerang. Tapi tanpa aku sedari masa berlalu dan kesan penuaan tu dah datang menyapa.

Mulai hari ni aku beradjam nak beri perhatian lebih sket kat kulit aku. Buat permulaan ni aku nak buat home facial at least 2 minggu sekali. Pastu nak pi rikki moisturizer, toner, scrub and masker yg bagus bagus sket (current brand: aku pakai NIVEA jer). Ataupun mungkin aku perlu makan Imedeen ( emo…:D). Aku bukan la nak lawa sangat ataupun mempunyai kulit selembut salju….wow. Tapi cukuplah sekadar aku tak kopius samada kulit muka itu adalah kulit ataupun sehelai kertas pasir.

Sekian.. catatan dari aku yg alpa.

5 comments:

MK said...

adeehhhh terasa juer!!! sejak beranak 2 ni tak pakai apa2 dah
main tenyeh je. dulu guna clinique, skrg ni brand spital pun tak dapek!!!! nak start semula la kot. terasa kurang jelita la sejak berumo 30-an ni

areT said...

aku mcm baca entry ni sambil menegok mukaku di cermin....hmmm...toa dah!!!

dal said...

MK... memang, dulu masa muda remaja obsess abis dgn beauty. Skang ni nak cuci muka pun malas.

Are-T, age justa number. yg pentoing penampilam harus tampak lebih muda.

eyda said...

baca entry ni macam baca kisah diri sendiri pulak, meaning bukan awak sorang je yg alpa mengscrub dan mask muka lepas kawin. kita pun sama. Tapi since last month kita pon tersedar jugak dan dah start scrub balik muka yg berkarat nih..hehe

ujam said...

ye lah dal, semenjak umoq dah cecah 31 ni, aku makin sedar aku udah tue...
tapi bila jumpa budak2 form 1, aku kekdg lupe aku tue..ekekekekeke