"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday, 15 December 2009

Bizi kembali....



Semester nak bermola dah. Aku akan bizi sampaila hujung bulan 1. Sekian

Tuesday, 8 December 2009

Jom Heboh Heboh

Seperti biasa, kalau aktiviti yg berkaitan dgn artis lansung jer aku akan terkinja kinja nak sertai. Maka, pagi2 buta hari ahad tu kitorang dah bergerak pi Stadium Bukit Jalil untuk memeriahkan Acara Penutup Karnival Jom Heboh 2009...dengan harapan akan kena interview dengan krew MELODI hehehe. Kalau datang lambat tak dapat parking OK

Sayup sayup di belakang aku tu adalah pelakon Dafi Spa Q. Yg lagi satu tu adalah pelakon tak terkenal sebab aku tak tau nama dia. Oleh kerana aku datang pagi makanya artis yg ada cumalah artis yg suam2 kuku sahaja. Kalau nak best kena datang petang. Tapi malangnya petang tu aku ada urusan yg lebih penting iaitu urusan akhirat.

Kat booth Hot FM.. jumpa Leya. Sangatla yer gaya posing semua adalah sama. Aku ketandusan idea cemana nk posing.Ni kat salah satu booth TV3. Mamat baju merah tu adalah budak yg berlakon jadi anak mak cik Merry kat cerita Cinderella... Faizul ke apa ntah namanya dalam cerita tu. Minah pakai cermin mata tu.. yg jadi Dr. Zulaikha dalam cerita Legasi 43 Karat. Pompuan yg duduk atas kerusi tu, yg jadi makwe Aliff dalam cerita Dendam. Iyer... sememangnya pengetahuan aku tentang drama Melayu sangat menakjubkan. Owhh...Neo Tari Tirana pun ada. Sgt la tak boleh pergi dekat sebab beliau telah dihurungi oleh gadis remaja. Memandang aku dah tak remaja aku mengundur diri saja.

One Nation Emcee tengah perform lagu Raja Gelek.. wah minah lead singer tu bukan main lagi sakan menggerudi.

By the time pukul satu kitorang dah bertolak balik. Masa ni dah mula dah dapat tengok orang bergaduh berebut parking. Media Prima sila perhatian yer supaya perkara ni tak berulang lagi. Kalau ikut hati nak jer aku tunggu konsert, sebab ada Dato' CT & Jac Victor namun dalam setiap perbuatan kita perlu beristiqamah....hehehhe. Maka dengan berat hatinya aku melangkah pergi.

Sekian laporan hiburan minggu ini

Monday, 7 December 2009

Congratulation my dear friend

Peristiwa hari Sabtu
Venue: ROmbau
Time: 12 noon


tak bleh letak gambar byk2 nanti Atie marah..hehhehe. .. dan muka aku adalah selenga + sembab sebab demam lepas kena meningitis jab. By the way, congratulation Atie on ur enggagement. I'm really happy for you.

For the NMCians. the bridegroom to be adalah adalah adik Abg Jamil/Kak Fida which also happened to be my ex-classmate masa tingkatan 3 dulu. Gambar beliau adalah sgt ekslusif dan tak diidjinkan dipaparkan di sini.

P/s: Abang Jamil/Kak Fida kena belanja saya 'Moonlight Roses' satu set ni memandangkan saya jadi org tengah untuk diorang berdua. Tak pe, lambat sket pun tak pe hehehe

Thursday, 3 December 2009

Natrah: pergi...tak pergi..pergi..tak pergi..


hmmmm... tinggal 6 hari je lagi pementasan. Aku tak decide lagi whether nak pergi atau tak. Komitmen2 lain banyak keliling pinggang.

Walaupun niat asal aku nak pergi adalah semata2 sebab nak tengok Remy Ishak secara close-up and personal (OK..keji) tapi setelah review kata lakonan pelakon2 lain juga adalah sgt mantap (ie. Umie Aida, Maya Karin, Sofia Jane) lansung je aku semakin teruja.

nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...

Tuesday, 1 December 2009

Legaaaa

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Walaupun saki baki penat lelah masih terasa tapi rasa gembira sangat tanggungjawab sebagai sekretariat dapat dijalan dengan jayanya..


Sangat la aku terputus dari dunia maya 2-3 minggu lepas. Banyak perkembangan pesat yg berlaku dikalangan kawan kawan aku.. heehhe(you know who you are). Gossip artis pun dah banyak aku ketinggalan. Nasib baik mak aku sejak2 jadi cikgu pencen nih sentiasa update dgn gossip artis. Sekurang2nya aku dah ada pakar rujuk yg reliable.

Friday, 6 November 2009

Cuci The Musical

Aku malas nak komen panjang panjang.. tapi memang bestttt gila sampai rasa nak menitik air mata.

picture credit to http://www.cucithemusical.com/

Oleh itu aku arahkan semua orang pi tengok dalam kadar yg segera. Hari Ahad ni dah abis tayangan. Cepat cepat sebelum ketinggalan.

p/s: aku sekadar menyampaikan pesanan Hans Isaac, dia kata kalau suka tolong habaq kat kawan kawan

Thursday, 5 November 2009

finally... he is happy

Aku sorang je ke yg tak rindu dengan kehidupan di Notts...wow, tiba tiba rasa berdosa.Tapi tak bermakna aku lupakan korang-korang disana. Kadang2 tu teringat juga celoteh geng geng yg kepoh . hehehehe. Namun pabila dihidangkan dengan Sate Hj. Samuri lansung je kerinduan tu lenyap. huhuhuhu. Jgn marah ye kakak kakak adik adik. Gurau jer. Tapi Malaysia memang beshhhh.

OK berbalik kepada konteks asal entry ni.. sebenarnya aku nak cerita pasal Midon yg sentiasa rindukan Nottingham. Bak kata pujangga.. dalam keceriaan itu, terselit kerinduan. Tak pe lah, dia memang soka dengan orang-orang Nottingham, berbeza dgn aku yg lagi suka memerap kat rumah tengok TV.

Namun hari-hari mandom beliau telah kembali ceria sejak kehadiran buah hati dari UK. Setelah lama menunggu akhirnya berjaya juga kereta kami keluar dari port. Alhamdulillah.

Mari kita sama sama saksikan keceriaan beliau ----->

Akan tetapi... yg tak beshnya beliau sedikit berlagak OK!!. Start jer engine kereta, terus cakap 'Ha!! ni la baru dinamakan kereta'.

Wah!! sebagai pemilik Kancil buruk yg dah 2 bulan berjasa ahkak adalah sedikit sentapp . Tapi tak pe.. buat sementara waktu, aku idjinkan