"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 8 December 2009

Jom Heboh Heboh

Seperti biasa, kalau aktiviti yg berkaitan dgn artis lansung jer aku akan terkinja kinja nak sertai. Maka, pagi2 buta hari ahad tu kitorang dah bergerak pi Stadium Bukit Jalil untuk memeriahkan Acara Penutup Karnival Jom Heboh 2009...dengan harapan akan kena interview dengan krew MELODI hehehe. Kalau datang lambat tak dapat parking OK

Sayup sayup di belakang aku tu adalah pelakon Dafi Spa Q. Yg lagi satu tu adalah pelakon tak terkenal sebab aku tak tau nama dia. Oleh kerana aku datang pagi makanya artis yg ada cumalah artis yg suam2 kuku sahaja. Kalau nak best kena datang petang. Tapi malangnya petang tu aku ada urusan yg lebih penting iaitu urusan akhirat.

Kat booth Hot FM.. jumpa Leya. Sangatla yer gaya posing semua adalah sama. Aku ketandusan idea cemana nk posing.Ni kat salah satu booth TV3. Mamat baju merah tu adalah budak yg berlakon jadi anak mak cik Merry kat cerita Cinderella... Faizul ke apa ntah namanya dalam cerita tu. Minah pakai cermin mata tu.. yg jadi Dr. Zulaikha dalam cerita Legasi 43 Karat. Pompuan yg duduk atas kerusi tu, yg jadi makwe Aliff dalam cerita Dendam. Iyer... sememangnya pengetahuan aku tentang drama Melayu sangat menakjubkan. Owhh...Neo Tari Tirana pun ada. Sgt la tak boleh pergi dekat sebab beliau telah dihurungi oleh gadis remaja. Memandang aku dah tak remaja aku mengundur diri saja.

One Nation Emcee tengah perform lagu Raja Gelek.. wah minah lead singer tu bukan main lagi sakan menggerudi.

By the time pukul satu kitorang dah bertolak balik. Masa ni dah mula dah dapat tengok orang bergaduh berebut parking. Media Prima sila perhatian yer supaya perkara ni tak berulang lagi. Kalau ikut hati nak jer aku tunggu konsert, sebab ada Dato' CT & Jac Victor namun dalam setiap perbuatan kita perlu beristiqamah....hehehhe. Maka dengan berat hatinya aku melangkah pergi.

Sekian laporan hiburan minggu ini

14 comments:

Anonymous said...

oi, bercanda di jom heboh rupanya, hihiiiii.. :), aku pun tak peronah pergi

ujam said...

ok la g time tak busy. nanti serabut palak

-dal- said...

Yaya ---> tu yg tak dan aku nak pi electrolux warehouse sale

Mazu ---> kalau kau ada kay KL mesti kau ikut sama kan. heheh

ZZ said...

dal, sungguh lagha activity ko skrg ni iye..

kak cahaya said...

dah sah2....kul satu tu balik je rumah trus dapat migrain....eeee..itu ler satu2 mende yg tersangat hendak aku elakkan bila blk msia nanti.....panasssss....
kat sini migrain sbb byk sgt baring dan menghadap pc...aka layan citer melayu...kat sana...panasssssssss...
hehe eksen tak ayat aku???...huhu...w/pun aku tidak berniat...tp mmg betulkan...huhu

-dal- said...

ZZ ---> aku memang berazam melakukan aktiviti lagha secara extreme sehingga hujung tahun ni. Tahun depan azam aku nak insaf heheh

Kak Yati ---> Malaysia ni memang panas merenyam. Tapi tetap best sebab aku tak payah masak...hehe. Balik dari kerja boleh terus terbongkang tengok drama

areT said...

dal..tolong la aku suka tgk kau pakai todong ni..sgt ceria....apa kata teruskan pemakaian tudung fesyen ni,...instead of..asik todong ikan bawal...wei...assal ko sgt hiburan skg....ha....aku tau..ko nak enjoy puas2 before aktiviti ke arah akhirat kan..ehhe

ZZ said...

dal, ooo.. cengitu ke.. aku tunggu laporan Forum Perdana Ehwal Islam la january nanti..hehehehe..

teratakmuslaily said...

kak ZZ, dal nak masuk odition Gadis Melayu TV9 hehehe...

Unknown said...

ZZ ----> tunggu kan lintas lansung dari aku dari Al-kuliyyah heheh

Kak Laily ---> kalau aku masuk Gadis Melayu tahun depan jangan lupa AFUNDI dal okes.

areT said...

Dal..pic Midon mana...assal ko nak glamer sorang2..hehhe

Unknown said...

sangat la aku mals nak amik gambar dia hehe

Anonymous said...

dal, ni kawan areT..tolong i suka sgt lagu raja gelek..tak tau nape..hehe -ZAIRA

-dal- said...

hi Zaira...takpe, diidjinkan :)