"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday 5 November 2009

finally... he is happy

Aku sorang je ke yg tak rindu dengan kehidupan di Notts...wow, tiba tiba rasa berdosa.Tapi tak bermakna aku lupakan korang-korang disana. Kadang2 tu teringat juga celoteh geng geng yg kepoh . hehehehe. Namun pabila dihidangkan dengan Sate Hj. Samuri lansung je kerinduan tu lenyap. huhuhuhu. Jgn marah ye kakak kakak adik adik. Gurau jer. Tapi Malaysia memang beshhhh.

OK berbalik kepada konteks asal entry ni.. sebenarnya aku nak cerita pasal Midon yg sentiasa rindukan Nottingham. Bak kata pujangga.. dalam keceriaan itu, terselit kerinduan. Tak pe lah, dia memang soka dengan orang-orang Nottingham, berbeza dgn aku yg lagi suka memerap kat rumah tengok TV.

Namun hari-hari mandom beliau telah kembali ceria sejak kehadiran buah hati dari UK. Setelah lama menunggu akhirnya berjaya juga kereta kami keluar dari port. Alhamdulillah.

Mari kita sama sama saksikan keceriaan beliau ----->

Akan tetapi... yg tak beshnya beliau sedikit berlagak OK!!. Start jer engine kereta, terus cakap 'Ha!! ni la baru dinamakan kereta'.

Wah!! sebagai pemilik Kancil buruk yg dah 2 bulan berjasa ahkak adalah sedikit sentapp . Tapi tak pe.. buat sementara waktu, aku idjinkan



9 comments:

teratakmuslaily said...

yea yea!.. dah lengkap lah korum!.. leh arr round semenanjung lepas nie!

ZZ said...

pasni sure hari2 basuh kereta...

Neny said...

aku paham perasaan midon, selalu dok bawa BMW sekali bawa kancil. Byk beza tu Dal...jgn kata BM, setakat compare Wira ngan kancil pon dah terasa bezanya.

Ko maafkan je la dia ye Dal, walaupun dia itu seumpama kacang yg lupakan kancil...;)

-dal- said...

Kak Laily... hmmm, planning memang ada. Coti jer yg tak der. Tensi

ZZ ... tu la, asyik cuci jer. Jgn samapai tanggal cat kereta sudah.

Neny ... memang kacang lupakan kancil. Tak pe, aku kasi can

MK said...

semasa saya berpeluang mem-drive merc time bulan raya hari itu. tetiba saya menjadik eksyen nak mampus... nak potong semua kenderaan yg ade kat hi-way karak itu. maka dgn itu..saya insap dan sedar bahawa mmg Tuhan tu blom izinkan saya kaya raya nak beli merc sbb baru pinjam merc org saya dah eksyen. kalu saya punye? mesti saya terus pengsan ke-eksyenan hiks..

oppss..terpanjang

-dal- said...

MK .... mungkin bila hati MK istiqamah(wow..hehehe) Allah akan bukakan pintu rezeki utk pakai kereta merc...amin

areT said...

dal...jgn lupa dtg rembau lagi dgn bmw lak...bwk mak aku round2...hehehe..lawa keta ko

ujam said...

plan nak ke utara tu bgtau ek....

myselfndots said...

hmmphh.. rasanye most lelaki2 berminat dgn keta ' d ultimate driving machine' ni kan.

hubby saya dok sakan cuci keta ajer setiap weekends. dgn alasan, nak bawak anak kena bersih2. :P