"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 19 February 2013

Selamat tinggal donia hiburan

Seperti yang korang kenali aku .... aku ni tersangatlah wartawan lokasi dunia hiburan. Sentiasa update dengan gossip artis terbaru. 

Hobi aku plak ... tengok drama bersiri. Drama Melayu x kiralah slot apa, dari Akasia ke Lestari, ke Zehra meskipun Aksi aku layankan jer. Cerita omputih plak gigih aku mendownload sampai beratus ratus episode. Cerita korea aku kurenggg sket ... tapi kalau dah depan mata, istiqamah jugak aku menontonnya setiap hari. Itulah dunia aku.

Namun, bila ada anak yang sedang membesar ni macam macam faktor yang perlu dipertimbangkan. Bukan sbb x de masa. Boleh jer aku tengok TV sambil melayan budak2 ni. Tapi budak2 baru nak membesar ni senang meniru gaya orang lain. Otak tengak pesat berkembang katanya.

Sebelum ni bila aku tanya behaviour Amni kat taska .. cikgu dia selalu komen yang Amni suka belasah orang (gigit, pukul, tendang etc). Habis budak2 lelaki yang lg besar dr dia pun jadi mangsa belasan beliyau. Mula2 aku agak in denial .... aku cakap sbb kat taska dia banyak budak lelaki kot, tu yang dia jadi kasar. 



TAPI setelah bermuhasabah, aku rasa Amni meniru perangai banduan2 Fox River dalam cerita Prison Break. Maklumlah ... aku menonton Prison Break tu macam makan nasi. 24 episode x 4 season tu asyik la diulang tayang. 

Tapi yang peliknya Greys Anatomy tu pun umpama makanan harian aku. X de pulak Amni main doktor2  hehehe. Hmmm, that is people nature then ....'bad things attracts'.

Antara yang terbaru:

Kejadian A
Aku: Ni duit saper nih sepah2?
Amini: Aku punya, aku punya ( di sakki tiru Upin Ipin)

Kejadian B
Aku bebel bebel seperti biasa
Amni: POYOOOO (disakki tiru JOZAN dalam Maharaja Lawak ' Ini semua poyo' :D )

Maka, supaya keadaan x menjadi semakin parah. Aku perlu melakukan perubahan. 
'Selamat tinggal dunia hiburan '


7 comments:

areT said...

aku sgt2 setoju dal...tp aku masa bodak2 dulu suka gak tgk Tekaria, Chiaki dan Maero Attack..x plak aku nak jd pengacara mcm AT serigar, or pramugari or volleyball player..hehehehhe

zlaa said...

kesian budak tu Dal...:)

the seasonal blogger said...

Hahahahahaha terkekek2 kak n gelak memalam buta

kak cahaya said...

tu la kan..kita ni tidak dinafikan belajar melalui pengalaman. tapi yang penting kita sentiasa muhasabah diri. mesti ada sebab disebalik yg terjadi dan cari kelemahan itu dari dalam diri..itu lah aku..lps ni mcm2 lagi ko akan muhasabah bila era persekolahan bermula..moga kita2 sama2 menuju ke arah kebaikan

Neny said...

Aku pon byk lupakan aje nak tonton citer2 kegemaran bila anak2 dah besar ni. Sebab citer kegemaran aku byk unsur2 x sihat, budak2 senang terikut makanya x payah la tgk...citer melayu pon byk isu2 moral so baik aku layan AFC aje...hehehe

zafwah said...

pasni ko tgk tv alhijrah je la..byk zikir2..

-dal- said...

areT ... aku sangat bercita2 nk jadi pramugari kerana Chiaki :D. Aku kan pengaruh drama kuat

kak zlaa .... tulah, memula tu tergelak2 sbb kelakar. Tapi bila muhasabah diri. Insoff seketika

Kak N .... Kak Ini ngan Midon pun ketawa terkekek bila dia cakap POYOOO tu. hahaha

Kak Yati ... tu lah kan. Pengalaman mengajar kita menjadi insan yang lebih baik

Nenny ... sangat, lansung jer aku ber AFC

Farah .... zikir terapi Hafiz Hamidun. hehehe