"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Saturday, 9 May 2009

Sabtu yg indah

Aku suka malam Sabtu sebab malam tersebut dah diperontokkan untuk membuat kerja kerja tak berfaedah contohnya tengok Shah Hendrawan menang OIM kat youtube, tak pun tengok Aril katAF7... terbaik wok!! (sila ikut gaya Aril).

Salah satu aktiviti wajib adalah melayari thread Gossip kat Forum CARI... heheh as if aku tak tengok hari hari. Biasanya hari-hari weekdays aku screening tengok tajuk apa yg best, bila weekend baru baca dengan detail. Sangat full of determination OK when it comes to Gossip. Harus wartawan Zubir amik aku kerja kat Bi-Pop kalau dengar.

Thread kegemaran aku minggu ini jatuh kepada thread 'artis2 sejuk beku'. Best gila dapat dengar lagu2 lama 90-an. Zaman zaman cinta cipanzi letak bedak Cuticura dalam surat ataupun dapat hadiah minyak wangi Echanteur +++ feeling feeling Sofia Jane. Ye... aku memang keji.

Aku jumpa 2 lagu yg aku suka bangat suatu ketika dahulu.Aku rasa lagu ni top around 1991-1993. Sebab masa form 4/5 kat MRSM aku tak dengar radio. Bukan sebab aku rajin belajar tapi sebab kat bilik aku tak dapat gelombang FM. Cheh penat lelah je aku beli radio kat Hock Hai. Tapi aku selalu dengar lagu Saling Merindu-LEON dari bilik Che Nab di tingkat bawah. Eh.. kat mana le Che Nab skang ni (off topic) .

OK untuk kawan2 yg pernah melalui era kegemilangan Pop 90-an. Enjoyyy



6 comments:

areT said...

tolong, aku suka lagu Azian Mazwan Sapuan:)

-dal- said...

mesti tengah sangat menghayati lirik

nat said...

dal...aku sukeeeee sgt lagu Azean mazwan safuan tu...bagusle ko carik lagu2 nostalgik nih...aku terasa mcm jadi mudeee balik..

-dal- said...

Nat.. age just a number. yg penting hati kena muda.

Anonymous said...

alamak dal! lagu cintan cintun aku!!... ni yg teringat balik balak lama nie.. hihihi.. keji jugak aku ni yea.. hahaha...

ish.. ish.. cuba berhemah sket...

-kakL-

-dal- said...

Kak L, sila perkenalkan diri. penat aku pikir siapa