HOLA!!! selamat pagi/malam/ tengah hari (depends di mana anda berada). Dah 2 minggu tak update blog. Terasa hilang aura untuk menulis (ceh..ala2 sasterawan negara kekdahnya).
Kawan aku dah berangkat ke Morocco untuk attend conference hari Rabu lepas. Nanti2 jer la aku cerita pasal dia (more likely about the anjakan paradigma yg telah kami berdua lalui). Hari ni nak cerita pasal benda lite-lite aje. Warm up dulu setelah lama tak menulis.
Esok dah masuk 1 April... bermaksud telah melangkah masuk ke musim spring/summer bagi kami yg berada di bumi kapitalis ini. Dah tak yah dah pakai jacket tebal2. I looiikee. Rimas OK pakai jeket tebal, rasa macam kartun Shrek pun ada.
Bersempena dengan musim panas ni kedengaran manusia2 di seluruh pelusuk Nottingham ni dah planning bermacam2 aktiviti. Geng2 camping dah mula kibas2 kemah dari dalam cellar. Geng2 yg nak pi Kelana Konvoi pun dah bersiap sedia. Yg lain2 tu dah booking travelodge sana sini. Ryanair ngan Easyjet pun dah penuh kena book ngan orang agaknya.
Plan aku??? aku tak plan gi memana pun. Biasala.. aku ni kan 'homey' person. Aku suka dok rumah tengok2 TV sambil makan sate. Sempena cuti Easter ni aku dah download cerita HOUSE dari Season 1-4. Dah 3-4 orang rekemen cerita ni. Maka, wajarlah aku rasa aku menonton cerita ni. Selain dari tu, mungkin la akan lepak lepak pi BBQ kat park.
What's good with spring/summer is the day light and warmth will boost your energy.... so semangat nak membuat kerja tu semakin membara... jesteru itu aku pun nak menyambung kerja2 aku yg byk terbengkalai. Adios amigos.
Demam AF dah kembali. Tapi aku mengambil keputusan nekad untuk tidak mengambil ‘port’ pasal AF7.Ye la, kalau setakat nak tengok konsert tanpa menonton diari tak masyuk la bak kata mat rempit.
Tadi masa browse ruangan Gossip kat forum CARI, aku dengan tidak semena mena telah meng‘click’ pada thread AF7. Jiwa wartawan hiburan itu masih tersemat kukuh dalah diri aku. Hehehe.. Apa yg aku came across daripada thread tersebut ialah
adalah sorang forumer tu.. ewah bukan main sakan lagi mengutuk felda, tak perlu la aku quote kata2 dia, karang dia tahu aku kutuk dia meroyan kat sini plak kang susah aku.
Isu yg ingin aku utara kan disini, bukanlah pasal AF7, tapi hinaan terhadap Felda. Dah lama aku peratikan fenomena ni sebenarnya, cuma baru hari ni aku tergerak hati nak komen.
Sejak akhir2 ni bukan main lantang lagi sesetengah golongan yg konon2nya urban ni mengutuk Felda. Aku perasan yg fenomena ni berlaku semenjak MAWI masuk AF.
Lepas kes MEMEY-NORMAN bertambah2 lagi kutukan orang luar terhadap masyarakat Felda. Kesimpulan yg aku dapat dr kutukan2 mereka ialah mereka rasa orang Felda ni kolot, miskin, jakun, hisap dadah, rempit, seks bebas, tak class, botak, pakai bunga kat tudung (merujuk kpd Ina Naim) dan sebagainya.
Aku rasa macam tak patut la diorang berperangai sedemikian rupa.
Kenapa aku mesti Emo?
Aku bukanlah peminat Mawi, walaupun kadang2 aku layan jugak le Qasidah & Berzanji versi Mawi bila aku nak feeling feeling ustazah. Lagipun ada juga a few lagu dia yg best2 apa. Selain dari itu tiada apa2 perasaan sampingan terhadap beliau.
Memey pulak... lagila tak de sebab aku nak minat. Aku tak pernah tengok dia berlakon selain dari dalam Dunia Baru 3. Tapi tak minat tak bermakna aku benci dia.
Aku orang FELDA??? Tak, aku bukanlah orang FeldA. Aku orang Kampung Parit Haji Hassan. Aku adalah anak jati Johor yg ada banyak FELDA di dalam petanya. Adalah juga 3-4 orang sedara aku yg terdiri dari peneroka Felda.
Pada aku kalau nak kutuk tu, kutuk jer la si Mawi ngan Memey tu. Dah memang diorang tu artis. Hadirnya mereka di dalam dunia ini sememangnya untuk digossip dan dikutuk. Well... sapa suruh jadi artis kan. Aku pun dolu2 ada hati nak jadi pelakon, tapi sebab aku takut kena gossip lansung aku berpaling dari dunia seni. Chewah.
Lekeh sangat ke orang Felda ni? Aku tak nafikan masalah gejala social yg melanda kat Felda. Tapi bukan gejala social ni ada dimana2. Anak2 orang kaya kat Bukit Antarabangsa yang konon2nye posh, urban dan bertamadun pun ada yg hisap dadah bagai.
Kalau kita tengok dari sudut positinya. Anak orang2 Felda ni ramai juga yg pandai2 dan berjaya. Masa aku kat MRSM Muar dulu hampir 1/3 dari batch aku budak Felda. Sekarang ni mungkin diorang dah jadi doctor, engineer, lecturer cuma belum ada yg jadi angkasawan jer lagi.
Walaupun aku tak pernah paham Chapter Dasar Ekonomi Baru dalam buku sejarah tingkatan 5, aku sedar yg pada hakikatnya para peneroka Felda ada menyumbang kepada ekonomi Negara... samada banyak atau tidak aku tak PASTI. Tapi mereka bukanlah keturunan yg wajar di hina. Susah taww nak meneroka Felda. Cuba korang tengok filem Bilut.... insaf aku bila fikirkan kesusahan mereka. Ye lah, tapi aku tau stok2 yg suka kutuk Felda ni mana layan cerita Melayu... Western kekdahnya.
OK la... panjang plak entry emo aku ni. Aku sedar aku bukanlah org yg layak nak kata orang lain salah itu ini. Tapi aku percaya dalam setiap perbuatan kita istiqamah tu penting. Wow.. dah jadi Ustazah Dalina pula.
korang pernah ke minum teh ni?? Ada yg juga yang panggil teh candu. Apa pun namanya, rasa teh dalam gambarajah diatas adalah sama sahaja seperti teh teh susu yg lain. Cuma rupa parasnya aje yg sedikit berbeza. Kalau tuan2 dan puan2 berminat untuk mencuba resepi di atas silalah layari website ini http://www.myresipi.com/top/detail/5065 .
Sebenarnya aku macam lapar jer petang2 ni. Kalau ikut hati nak aje aku pi masak laksa johor. Tapi setelah melakukan kalkulus keleri secara congak lansung aku batalkan niat aku. Kehadiran santan dan spaghetti dalam ingredient laksa johor adalah meyumbang sebanyak 800 ribu juta keleri. Buat penat je aku pergi gym hari2 (sedikit penipuan disini.. sebenarnya cuma 2-3kali seminggu).
OK lah... nampaknya masa sungguh mencemburui aku. Berjumpa lagi di lain hari di waktu yg sama.
Sebagai penutup kepada entry hari ini sila hayati lagu dibawah dengan penuh perasaan. Lets Dangdut Reggae Reggae
Dear my blogger friends (entry ini ditulis untuk mengelak dari disaman oleh polis blog a.k.a Are-T)
I'm not really in the mood to writes due to 'you-know-what' phase.... will be back in a couple of days time. Buat sementara itu idjinkan aku mengisi masa senggangku deangan bermain PSP
Speaking Londonnya ' I am a coffee person'. Seriously, I can't live without coffee. Hidup tak keruan kekdahnya... I used to drink 7 cup of coffee/day. But since last year, after full consideration I manage to reduce the sum to 4 cup/day.
8.30 pagi : right after wake-up from not so long sleep ( I sleep less than 5 hours/day)
11.30 pagi: Tea break ( tapi aku minum kopi)
4.30 petang : Coffee break
11.00 malam : lagi sekali coffee... sebab nak stay up
Namun kini, demi merealisasikan tema kehidupan aku yg baru:
less caffein --> less sugar --> less carbs --> less lemak
yg dipercayai boleh membawa kepada bentuk badan yg lebih menawan MAKA aku berazam untuk meng'subsitute' satu portion coffee aku kepada Green Tea.
So, kepada kawan2 semua Ayohlah kita menuju ke arah gaya hidup yg lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekarang pukul 2.30 pagi waktu tempatan United Kingdom. Aku adalah lapar sebab berusaha tak nak makan malam. Tatkala ini perut berkeriut-keriut lansung otak aku jammed untuk menuntut ilmu.
Tadi tengok Smallville. Oliver Queen a.k.a Justin Hartley sangat hensem melampau.
Abis la kau Clark Kent. Makan asap jer la.
Ok la..need to get back to work. Sia2 aku stay up kalau setakat nak berblogging aje.
Salam korang semula... sebenarnya otak aku tengah serabut. Seserabut work station aku (Figure 1.1) ------> owh ye..I'm still in the thesis writing mode.
Figure 1.1: Work Station saya (motif ada roti di meja study??)
Tapi tak pe jgn risau, aku tak kan ceritakan pasal reseach aku kat sini. Kalau aku bukak cerita pasal 'Polynuclear Cluster Compound and Metal Ion Recognation' nescaya korang akan muntah darah mendengarnya.
Figure 1.2Ekin
Apa relevennya ( or REVLON: thesaurus from Are-T dictionary) ekin dengan entry ini.
Bukan apa aku dengan berbesar hatinya nak bagitau satu pelusuk dunia aku dah ada ketiga2 jenis tudung yg menjadi trend masa kini iaitu Tudung Ekin, Ariani dan Fareeda (Figure1.3). Iye.. aku tau org kat Malaysia dah pakai tudung2 ni dekat setahun yg lepas. Tapi aku kan anak rantau. Tempias fashion2 terkini kat Malaysia lambat sket sampai kat sini dihalang oleh ribut Katerina
Figure 1.3: koleksi tudung terbaru saya
About tudung Fareeda... aku beli online dari Afzan. (Thanks to you, if you happened to read my blog, I know sometimes you do :D). So, kepada kawan2 di UK beli la tudung Fareeda ni. Puas hati, kainnya cantik dan berkualiti tinggi. Memang la harganya mahal sket tapi apa salahnya kan sekali sekala kita menganugerahkan diri kita dgn shesuatu yg best setelah hari2 pegi school or hari2 masak or hari2 jaga anak. Cubalah..nescaya anda akan kelihatan lain dari biasa hihihi. Aku dah link dah blog tudung Afzan kat sini. Pi check disebelah <------
Agak2 korang la kan, kalau aku pakai tudung Ekin ni ada tak iras2 Ekin? Mungkinkah Mawi akan bawa aku pi Korea?