"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Saturday, 16 February 2008

Things about me - 2

My favourite food is Laksa

Photobucket

Laksa Johor, Laksa Peang, Laksa Kedah, Laksa Pahang, Laksa Terengganu, Laksa Kelatan, Laksa Sarawak, Assam Laksa.. setakat ni , ni jelah yg aku pernah rasa .. dan aku suka semuanya


Tuesday, 5 February 2008

save the cheerleader... save the world

Just finished watching HEROES full season 1 & 2. Love it. Muah..muah

Photobucket

Friday, 1 February 2008

apesal la otak aku ni lembab sgt

Aku rasa makin lama tahap kepantasan aku berfikir makin slow. Adalah kerana aku dah tua?

Nak mengingat benda punya la payah. Belum lagi bila nak kena berfikir untuk selesaikan masalah. Macam berkarat2 aku rasa. TarukWD40 3-4 tin pun belum tentu OK.

So sempena nak memperlajukan otak aku... aku berazam nak buat sesuatu

1. Aku nak buat latihan maths bebanyak..bg neuron2 otak aku bekerja pantas sket. Ala2 gerak gempur gitu. Yelah aku ni dah lama sgt tinggalkan Maths .. org chemistry macam aku ni guna maths simple2 jer..kira bilangan mol, yield percentage, molarity.. budak darjah 6 pun boleh buat. Aku adala beli buku Maths for GCSE ( kalau kat Malaysia Standard SPM la). Best jugak rupanya buat maths ni. Pandai jugak rupanya aku.hihihihi. Apasal aku rasa Add Maths dulu susah sgt.. kalau ujian selaras tu fail memanjang

2. Aku berlatih menulis dgn tangan kiri. Konon2 nak bagi otak kanan aku bekerja.. so bila kedua-dua belah otak aku berfungsi ... performance otak aku pun akan meningkat. Entah betul entah tidak teori aku ni ... tak pe biar aku buat experiment, nnt kalau hasilnyer memberansangkan aku report kat sini.

Wednesday, 30 January 2008

Things about me - 1

My favorite fruit is ORANGE

Photobucket

Friday, 25 January 2008

Kalaulah aku nak berniaga ....

Actually aku rasa aku ni tak pandai berniaga… sebabnya aku jenis tak sampai hati. Kalau orang minta turun harga mesti aku akan bagi… lepas tu untung sket. Lepas tu aku menyesal

Tapi andaikata … manalah tau satu hari nanti Midon jadi orang kaya, ada empayar business sendiri dan aku boleh joli duit dia sesuka hati aku … aku ingat aku nak try meniaga la, kiranya kalau rugi pun tak per ngeh..ngeh..ngeh.

Bila aku fikir2, apa aku nak meniaga yer ... ni adalah list-list perniagaan mengikut kegemaran aku

  1. Aku nak buka panggung wayang (mungkin nak join francais TGV kot). Sebab aku suka tengok movie.. so bila aku run bussiness wayang ni mesti aku selalu dapat tengok movie free J. Tapi aku rasa business ni ala2 lagha jer kan.

  1. Aku nak buka spa.. ala-ala Spa Q gitu sebab aku suka bab konon2 lawa ni. Kat spa aku tu aku nak bukak fitness class (aerobic, yoga, pilates ..gym sekali kot).

  1. Aku nak buka butik busana Muslimah .. sebab aku rasa kat Malaysia ramai org yg nak pakai tudung tapi macam tak best sebab tak banyak pilihan baju yg sesuai a.k.a bergaya. Nanti aku hire2 ler mana UiTM graduate fesyen designer .. uuii senang nya aku cakap kan

  1. Aku nak bukak tuisyen centre… tapi aku macam takut nak bukak business ni. Mak bapak zaman sekarang suka salahkan cikgu jerr. Kalau anak customer aku tak pass peksa nanti diorang salahkan aku plak ..isk..isk.

  1. Aku nak buka bisness catering . Aku minat gak masak2 ni. Tapi aku jadi 2nd or third chef la. Mastermind mestilah org yg betul2 terror masak.

  1. Aku nak buka bakery … tapi aku ni takder baking skill. Buat kek pun ala2 jer. Tapi tak per.. asal rajin cuba, lama-lama pandai la.

Sekian….. ni semua cuma angan2 jer .. tapi mana tau tetiba satu hari nanti muka aku masuk Utusan Malaysia kat slot Usahawanita Contoh..kikiki. Ye..ye jer aku ni, belajar pun malas ada hati nak jadi businesswoman.

Yg sebenarnya, aku ni malas nak kerja dan malas nak berfikir..aku suka dok rumah tengok TV, surf internet, kemas rumah, masak, makan, jaga anak(ye ker???), urut laki, baca novel ... orang macam aku ni layak jadi surirumah jer.


Tuesday, 22 January 2008

Roasted Chicken Wings

Assalamualaikum kawan2.. mari kita semua ceriakan hidup kita kembali. Tak mo dah sentimental2. OK kali ni resepi yg ingin dikongsi adalah Roasted Chicken Wings. Aku tak sure le seimbang tak pemakanan ni ..heheh tapi ada sayur tu kira OK lah kan

Photobucket


Bahan- Bahan

Marinate
Chicken Wings 10 pieces
Garlic 3 ulas
Olive oil 2 sudu besar
Oyster Sauce (sikit jer) 1 sudu besar
Kicap 3 sudu besar
Honey 2 sudu besar
Lime juice 1 sudu besar
Garam

Vegies
Kobis bunga
Broccoli
Carrot

GravyGarlic
Brown Sos
Cili sos
Lada hitam(serbuk)
Lea Perrins

French fries or mash potato

Cara Memasak

1. Cincang garlic kecil-lecil ( crush pun OK). Campurkan semua bahan marinate. Perap 4-5 jam. Kalau overnight lagi bagus. Kemudian bakar di dalam oven sehingga masak garing.
2. Potong sayur-sayuran mengikut saiz kegemaran puan2. Steam sampai sayur lembut ( approx. 20 min)
3. Untuk gravy: cincang garlic..tumis dgn sedikit minyak. Campurkan bahan untuk gravy sesuka hati puan2 sehinggalah puan2 rasa sedap :). Masak untuk beberapa minit.
4. hidangkan bersama french fries or mash potato.

Monday, 21 January 2008

Nana Tanjung II

Semalam aku tengok cerita Nana Tanjung II.

Tensen sampai rasa nak pecahkan TV

Sekian review dari aku