"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Saturday, 31 July 2010

Short Holidays - Bagan Lalang


Masa: 2 minggu lepas.

Sebab: Aku dah buhsan, teringin nak pg Langkawi tapi takut mabuk naik bot. End-up pegi Bagan Lalang je.

Penginapan: Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, I loooiiike

Sebenarya kitorang berangan nk tidur kat Sepang Goldcoast. Tapi bila tanya rega bilik paling murah adalah RM 500. Wow... terperanjat arteri pulmonary aku.

Aktiviti: Makan

Restoran Pilihan: Senandung Malam
Muka tengah kebuloq. Tengah hari tak sempat makan. Service adalah slow walaupun bukan hujung minggu. Aku tak bleh imagine kalau weekend mesti lama gila nak dapat makanan.
Kitorang order
1. Siakap steam
2. Sweet & Sour Crab
3. Prawn 3 rasa
4. Pepahat cili padi
5. Sotong Bakar
Tak sempat amik gambar makanan sebab dah lapar sangat :))
Review: PANGKAH (penggunaan capital letter menunjukkan masakannya yg lansung tak sedap. Di nasihatkan jgn berkunjung ke kedai ini)

Thursday, 29 July 2010

Cuci The Musical 2

Aku tgh tunggu turn untuk monthly checkup kat An-Nur. Lama gila. Dah bosan tahap cipan dah ni. So, demi memenuhkan masa terluang ni, idjinkan aku buat review teater yg baru ditonton oleh kami malam tadi. Cuci The Musical 2.

Me at 26 weeks of pregnancy..

Sebenarnya kecewa, because we thought it is the sequel from Cuci The Musical. Ropa2nya ia adalah ulangan teater yg sama. Story line is totally the same. Dialog dan lagu pun hampir 85 % sama. Pelakon pun 90% sama melainkan AC Mizal digantikan dengan Nabil, Adibah Noor digantikan dengan Jac Victor, dn pelakon yg jadi bapa Vanida Imran pun bertukar.

Barisan pelakon dan penari Cuci The Musical 2

Aku pun tak salahkan pihak penerbitan sepenuhnya, mungkin mereka dah inform yg teater ni hanya ulangan yg lama, tapi aku yg tak amik tau. Tapi pada aku, kalau dah ulangan letak je la Cuci The Musical tak perlu letak Cuci The Musical 2.... very confusing la. Masa intermission banyak juga suara2 sumbang yg kecewa macam kitorang. Contoh macam teater NATRAH. Diorang pun akan buat ulang tayang bulan November nanti. Still guna tajuk yg sama i.e. NATRAH, tak de pulak letak NATRAH 2. So, everybody well understood yg ianya adalah teater ulang tayang.

Untuk first timer mungkin la rasa teater ni best gila. macam aku rasa dulu. Tetapi untuk yg menonton siaran ulangan macam kitorang ni memang frust la. OK la, the teater still menghiburkan. Ada juga beberapa part lawak yg telah dipolish berjaya membuatkan aku ketawa terbahak2. Tapi kali ni mmg puas hati la. Kami beli tiket yg 2-3 row jer jaraknya dari pentas. Lubang hidung Hans Isaac pun bleh nampak.

The leading actors Afdlin Shauki, Nabil, Hans Isaac & Awie

Overall review aku untuk CTM 2 ni: aku lagi suka CTM sebab

1. 1st time tengok

2. AC Mizal is much much funnier rather than Nabil. Tapi Nabil not bad juga sebenarnya. Sebelum ni aku memang tak berapa gemor dengan beliau. Tapi lepas menonton CTM 2 malam tadi macam dan tersuka pula.

3. Oleh kerana Cuci ni adalah musical teater. maka banyak la scene menyanyi. Untuk CTM sebelum ni 3 of the 4 leader act adalah penyanyi i.e Awie, AC n Afdlin. Suara diorang mmg best OK. Memang feeling la bila dengar lagu. Cuma Hans Isaac je yg suara ala2. Untuk kali ni AC dah tak de dan digantikan dgn Nabil yg juga bukan singer, so kepoweran lagu juga berkurangan. Tapi seriously, suara Awie mantaoppp gila.

4. Aku lagi suka lakonan dan suara Adibah Noor berbanding Jac Victor

Itu je lah review aku untuk kali ni. For those yg tak pernah tengok, pi lah tengok. Pasti menghiburkan. For those yg dah tengok, dinasihatkan toksah pegi sebab nnti korang akan kecewa macam aku. Sekian.

Tuesday, 27 July 2010

The Chicken Rice Shop...

Tahukah korang dah 10 tahun The Chicken Rice Shop ni ada kat Malaysia. Aku pun baru tahu sebenarnya.

Bersempena dengan ulang tahun The Chicken Rice Shop aku pun memberi penghormatan dengan makan kali pertama di sana. Rasa bersalah plak sbb tak pernah makan.

Sebenarnya aku tak de l rasa bersalah sangat, sebab aku bukan penggemar nasi ayam.Tapi sebab semalam sampai kat The Mines dah lambat. Pukul 9.30 baru sampai sebab book tiket Inception tayangan pukul 10.20 pm.. Hajat di hati nak makan kat Mr. Teppanyaki tapi dah tak amik order la plak. Lemongrass pun dah tak terima customer. Nak McD ngan KFC macam tak de mood. So, TCRS it is. Aku amik set yg untuk 2 orang.
1. Nasi Ayam + Ayam nasi ayam standard
2. Nasi Ayam + Rendang ayam kunyit
3. Sup ngan sambal seperti biasa
4. 2 mug honey lemon ice
5. Nasi tambah

The side dishes

5. Wantan (4 pieces)

6. Kerabu mangga

7. Pak Choy

Review: Harga + tax = RM 42.00. Kira OK la sebab portion lauk agak banyak. Boleh makan 3-4 orang sebenarnya. Rasa plak, OK -ok jer. Aku lagi prefer nasi ayam hainan kat Wangsa Maju. The best nasi ayam ever.

Future Plan: Mungkin takkan singgah dalam masa 3 tahun lagi.

Inception..... 5 stars !! Phewittt

Kepada anda anda yang gemarkan heavy drama sila tengok cerita ni yer. Pasti tak akan menyesal. Tak rugi bayar duit tiket wayang/parking/minyak kereta/ popcorn/air coke.
Untuk aku yg memang fanatik dgn dunia perfileman, memang rasa dah lama sangat Hollywood tak keluarkan cerita yang betul-betul meningglkan kesan kpd penonton. Semuanya setakat ala2 sahaja. Tak de cerita yg membuatkan aku nak tengok 2-3 kali. Demi cerita ni juga aku masuk balik forum berkaitan movie yg dah lama aku tinggalkan semata-mata nak berdiskusi dengan fanatik2 movie macam aku. Dan demi itu aku sanggup amik cuti separuh hari demi nak membuat research yg lebih mendalam pasal movie ni. Seriously teruja OK.
On the concept, generally INCEPTION ni sama je dengan konsep THE MATRIX dan AVATAR. But if we go deeper, we can see the differences between the movies. Avatar mengetengahkan konsep perwakilan minda dalam jasad yg berlainan tetapi pada dunia yg sama. The Matrix melibatkan kemasukan ke universe/dunia lain dalam keadaan separa sedar. Dalam The Matrix universenya adalah lebih besar dan banyak related dengan terma IT dan cyber. Untuk Inception pulak dunia yg dimasuki adalah dunia mimpi. Personally, aku lebih suka konsep Inception sebab lebih dekat dengan realiti. Iyela, setiap orang pastinya mengalami mimpi.
Aku cerita panjang pun tak guna sbb cerita perlu ditonton untuk difahami. Aku yg dah tengok ni pun masih confuse. Malam tadi macam faham. Lepas baca review/ diskusi kat forum A.. jadi tak faham. Lepas tu masuk forum B... faham balik. Pastu.. masuk Forum C... makin tak faham. Memang thrill la tengok cerita ni. Akan kutonton lagi sekali weekend ni.
Namun... kesukaan/kegemaran seseorang terhadap sesuatu muvie adalah sangat subjektif. Ramai juga yg kata cerita ni boring. Slow pace, susah difahami dan sebagainya. Satu je pesan aku, sebelum masuk wayang sila pastikan anda dah masuk toilet siap2 sebabnya kalau miss jalan cerita dalam 5-10 minit aku confirm lepas tu korang akan totally lost.

Sunday, 25 July 2010

Shusi King..... again

Semalam pergi Alamanda planned nak tengok Inception lakonan Leornado D Kopi O. Surat khabar review macam best gila cerita ni. Nurul the cousin pun beria2 buat status kat FB mengatakan cerita ni worth to watch. Tapi malang nya tiket pukul 9.30 dah habis jual. Tiket pukul 12.30 malam adala. Malas la aku. Ngantuk. Lepas tu mesti banyak wayang ringan-ringan di sekeliling aku nanti. Wah.. sungguh cabul tangan aku membuat tuduhan.

So... the next agenda, makan2 time. Dua kali sebelum ni, kitorang akan tuju ke Chakri Express. Tapi dua dua kali tersebut jugak la aku kecewa sbb the food adalah sgt ala2 sahaja. Aku moskil jugak, sebab sebelum ni makan kat Chakri Palace dekat Plaza Armada (yg tepi federal Highway tu) aku rasa macam sedap gila. Tapi kat Chakri Express lansung tak kena dengan selera aku. Sayugia itu, aku ngan Midon dah memangkah Chakri Express dari list tempat makan kami.


Kalau ikut aku, aku teringin nk makan kat Manhattan Fish Market. Tapi Midon dengan kereknya dia kata he's not in the mood on western food. Last-last masuk Shushi King jer la. sentiasa sedap dan menyelerakan... dan murah juga.

Saksikan kegembiraan aku menchopstik shusi kegemaran.. FISH ROE. Yummy yummy. Midon plak mesti makan shusi belutt. Ewww.

Thursday, 22 July 2010

Laksa Sarawak




Tadi, masa lunch hour aku pi makan kat Secret Recipe sebab mengidam nak makan laksa sarawak. Tapi... output yg aku perolehi dari usaha keras aku keluar di kala waktu panas terik adalah sedikit mengecewakan.

Ingin aku nyataan di sini yg bahawasanya Laksa Sarawak Secret Recipe adalah tak berapa nak best. Aku pernah makan what so called the original laksa sarawak kat rumah kawan aku masa awal tahun hari tu. Sedap gilak OK. Kawan aku tu mmg orang sarawak la. Aku pi rumah dia pun sbb nk tempah kek lapis sarawak. Tapi susah nk cari kedai jual laksa sarawak ni melainkan kat Sarawak agaknya. Banyak sangat kurang dari segi rasa. Pastu dahla pakai rencah ayam, rencah udangnya ala2 tenggelam timbul je. Taugehnya letak sket sangat, kecewa aku. Kesimpulannya, aku dan Zaiton secara terang-terangan telah memangkah laksa sarawak Secret Recipe.

Pastu harganya agak overpriced jugaa. Untuk semangkuk laksa yg tak berapa best boleh la plak diorang charge RM 16.80. Tu tak termasuk tax lagi tu. Tapi bab harga tu aku tak de la marah sangat. Da nama makan kat Secret Recipe, mestila harganya mahal sket. Kalau nak murah makan la dekar Restoran Azura, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi... seriously harga diorang memang murah. Restoran Azura ni sebenarnya restoran kegemaran Midon yang merupakan insan penyayang terhadap syiling dan note RM. hehehehe. Namun aku suka sikap penyayang itu, sebab aku boleh menghabiskan duit gaji di sekitar 15 hb setiap bulan tanpa rasa takut sebab aku yakin Midon pasti akan ada back-up money . I luv u hubby.


Nota kaki untuk para pembaca:

1. Review laksa sarawak dia atas hanyalah dari pandangan peribadi aku. Kalau korang teringin pergi je lah, jgn terpengaruh sangat dengan kata2 kessat aku terhadap pihak pengurusan SR.


2. Sekiranya korang sesak poket di hujung bulan akibat membeli handbag 'jurulatih' semasa dapat gaji di awal bulan. Pergilah ke Restoran Azura. InsyaAllah perut anda akan kenyang walaupun hanya membelanjakan RM2.50.

Friday, 16 July 2010

Ketagihan KFC


Sejak aku pregnant... entah kenapa aku suka sangat makan KFC. Kalau boleh nak makan tiap-tiap hari. Tetapi setelah mendengar ceramah ' Pembaziran itu Amalan Syaitan' daripada Midon dengan berat hati aku turunkan kekerapan makan KFC kepada 2 kali seminggu.

Perlukah aku menamakan anak aku ZAITON SANDERS HAMIDON (bukan nama sebenar) sempena memperingati jasa Colonel Sanders yg mencipta KFC recipe.

OK lah korang.. aku nak pi Kompleks PKNS sat. Nak beli KFC .

Wednesday, 14 July 2010

I miss my blogging day

wah... aku check check dah lebih 3 bulan tak update blog. Patutla aku rasa hidup macam kurangg je. Macam masakan tanpa ajinomoto chewahhh.

Sebenarnya nak aku kata aku ni busy sangat tidak le juga. Macam biasa la kerja banyak. Tapi tak de la sampai tak de masa lansung. Yg aku perasan masa terluang aku byk diisi dengan aktiviti tidur yg berkualiti. Pantang nampak katil lansung ngantuk.

So, sedari dari hari ni aku berikrar untuk kembali aktif berblogging. Kalau tak hari hari pun 2-3 hari satu entry pun jadila.