Hmmm…. Sunyi dan sepi. Dah tahap fardu ain dah untuk update blog nih.
Tapi aku rasa semua kawan2 sepemblogan juga pun dah agak slow-mo dalam aktiviti menghapdet blog. Para2 ibu sibuk dgn urusan anak nk masuk sekolah,
Atie plak sibuk ngan urusan nak kawen dan masih lagi dalam dilemma PhD nya (be strong my friend….buat PhD memang cenggitu, ala2 sakit sembelit ---> resah dan menderita).
Ita Shadila plak.. agaknya busy dgn penghijrahan balik ke Malaysia. Ada sedikit rasa kesal di hati sebab tak boleh nak pesan handbag Coach in the future. Yg tgh advertise sekarang ni masih tak mampu beli sebab duit ala2 melukut ditepi gantang.
Geng2 Europe…nampak gayanya masih tak habis lagi shopping Boxing Day.
Geng-geng Notts plak tengah sakan berpesta salji… wah tahniah aku ucapkan, bukan senang Nottingham nak bermandikan salji hari2.
Geng2 ex-Nott yg dah balik bekerja, aku rasa sama macam aku, tengah ala2 meroyan dengan kerja yg bertimbun2. Hmmm…. Nasib baik la byk kedai makan keliling pinggang. Sekurang2nya tak perlu la menyinsing lengan utk masak bila balik kerja. Order je pakai telepon. On the way balik kerja nanti singgah amik.
Cerita pasal masak memasak ni plak, aku ingat aku sorang jer yg malas melampau nk masak sejak balik dari UK.… dah dekat 5 bulan balik gas tong kecik pun tak habis2 lagik. Akan tetapi rumah Ustaz Kasy lagi hebat, dah setahun lebih pun gas tak habis2 lagi….huhuuhu. Lansung hilang rasa bersalah aku sebab malas masak. Sedangkan ustaz pun tak rajin masak, lagikan aku insan marhein yg serba kekurangan… hehhehe
Last week kami berdua pergi jalan2 pantai timur. Pegi Pahang –T’ganu – Kelantan-Cameron Highlands. Dan seperti biasa aku akan je malas nak review aktiviti jalan2. Masa kat Kuala Terengganu tidur dua malam kat rumah Ustaz Kasy dekat area Gong Badak. Terima kasih ustaz & kak As sebab sudi tumpangkan kami. Semoga kalian berdua sentiasa dilimpahi rezeki.
Ni gambar Midon, Ustaz Kasy n Hazim. Aku ada amik gambar ngan Kak As. Tapi tak diidjinkan untuk dipaparkan dalam apa2 website sekali pun. Kak As tetap sama, masih kecik molek macam dulu. Kalau la aku boleh dermakan daging daging aku kepada beliau..hmmmm.
Ustaz sekarang dah tak tak jadi cikgu sekolah dah. Skang dia dah jadi lecturer kat UMT sama ngan kak As. Katanya nak sambung PhD tak lama lagi. Hazim pun dah besar panjang. Dah masuk darjah 3 pun. Subhanallah, cepat betul masa berlalu. Hazim pun dah ada adik, nama Nuha. Comel sungguh.. sebijik muka Hazim masa kecik2 dulu.
Okes… bertemu lagi dilain kali.
7 comments:
Dal...nape tak tunjuk gambar nuha...dah brapa bulan/taun dah ek...
Dal melampau ko 5 bulan tong gas tak habih2....kene plak amik cth ustaz...lagi ler merajalela kemalasan ko memasak....Dal...asal jgn skill memasak ko terhakis udah ler...rugi woooo.....ko msk kampung2 ngan wat kek2 barat dah ler sedap giler...nnt lelama lupa kang..aku gak yg rugi...
alangkah x sabar nya aku nak coti memasak..
Kak Yati ---> gambar Nuha semua yg tengah kena pengang ngan Kak As. Nanti kalau aku rajin aku crop kan.
Aku bukan apa mals masak, kebanyakan alat radas utk memasak masih dalam kotak. Malas nak keluarkan lagik. Nanti dah pindah romah sendiri baru kelaurakan brg dari kotak.
ZZ --> best woo cuti masak. Mood baik jer sentiasa ehhehe
adakah midon bersongkok di sebabkan ikut konsep pantai timur??hehehehhe
atie.. sangat yer. Masuk je sempadan Kelantan lansung jer pakai songkok. Hipokrit
klu da johor tu mmg tetap johor le walau ke kelantan ke walau pun bukan songkok tggi ke..dia tetap nk pakai ketayap senget..muehehehe..
midon gi jumpa ustaz kays, jam jam tu terus sarung ketayap.. gi kl tower tak lak pakai hehee... jgn mare ye uncle midon.. dgn ucapan, amat a.k.a belalang tanya bila serang air hitam? hehee... kalau nak tunggu ayah amat bawak gi umah uncle midon alamatnya tunggu adik baru ler hahaa...
Post a Comment