"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 22 December 2009

pre-celebration

Happy birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday, Happy Birthday! Happy Birthday to me!

lagi 3 hari nak capai umur 31 dah. Isk..isk... dah tua. Tapi bila ditengok-tengok, pencapaian dalam hidup terlalu la sedikit dan tidak membanggakan. Sayugia itu aku berazam sempena tahun baru ni untuk berubah dalam semua segi. InsyaAllah

Petronas Twin Tower: Up close and personal

Tahun ni birthday dinner kat Restoran Berputar Menara KL ...besh... tolong pergi ye kawan kawan kalau berkesempatan. Recomended. Two thumbs up. Makanannya adalah super delicious. Tak tipu.

Memandangkan sejak balik Malaysia ni aku kehulu ke hilir meeting/kursus/seminar kat hotel 5 star (terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan UKM) makanya review yg aku buat adalah reliable. Daripada korang spend makan dinner buffet kat hotel restaurant baik korang makan kat KL tower ni. Harga pun tak banyak beza. Pemandanganya pulak... subhanallah cantik sangat pada waktu malam.
KL diwaktu senja... masa ni tengah mengadap menara Maybank

So, being me and Midon yang akan sahaja mengoptimumkan bayaran yg telah dilakukan... kitorang sampai dari pukul 6.30 petang lagik. Makan starter + dessert. Pastu pukul 7.30 turun solat. Habis solat bersantai santai kat observation deck sekejap. Pastu pukul 8.30 masuk balik sambung makan sampaila pukul 10.30 malam. Berbaloi baloi.


@ observation deck



Lastly.. thank you hubby for the dinner and the dedicated song. Sangat terharu OK bila dengar dedicated song diiringi mainan piano. Langsung jer nak nangis.

Ralat gambar: tolong.... baju tu buat aku nampak gemuk. Mulai hari ni aku banned baju tersebut

19 comments:

areT said...

woit..oklah dal baju tu..tp todong kau sgt la mabeles giler....ko mmg sesuai pakai todong yg ala2 cengni la...
mmg nampak best dinner kau ni...teringin la gak nak pegi...

the seasonal blogger said...

seronoknye dgr!! ehhehe. i heard of good reviews too dari org lain. ok, kumpul duit, tahun2 depan nk pergi pulak

the seasonal blogger said...
This comment has been removed by the author.
. said...

sungguh muda bday nyer
hujungggggggg tahun

Anonymous said...

tolong, tolong sertakan gambar makanan puhlees, hehe

Neny said...

wah, dal..midon sgt romantik!!! Aku jeles nih!

Anyway, happy birthday ya though belum lg sampai tarikhnya. Semoga segala matlamat hidup ko tercapai.

ZZ said...

Happy Birthday Dal from all of us here!! May u always be in your highest level of Imaan.. Muaahhh..

Bestnya.. makin panjang list 'places to go' aku bila balik Mesia nanti..

Attire mmg cantik; colour co-ordination pun cantek. ko x nampak gumuk pun, so tolong jgn ban baju ni..

kak cahaya said...

Hepi besday 2 u 3x (tlg baca dlm nada nyanyi)
dal...manyak lomantik oooo...makcik jelesss..
siap lagu2 lagi...kalo akak...over d moonn..
masakan barat ke masakan kampung kat situ dal...

kak cahaya said...

lupa nk bg tau...baju tu lawo...imej muslimah...sila jangan banned...akak sukee..

-dal- said...

thanks kawan2 for the wishes..:)

Atie --> sangat la ye tudung bergemerlapan. Silau mata memandang

N --> memang best... mulakan dengan sehari seringgit. Bulan 6 tahun depan confirm dapat pegi hehe

Ita -->sangat la tak cukup bulan sebenarnya. Patut lahir tahun 1979

Yaya --> aku macam biasalah, bila makanan dah dalam pinggan gelojoh gila. Tak nyempat nak amik gambo.

Nen --> ngan midon ni, geng romantik pun dia, geng bergaduh pun dia hehehhe.

ZZ --> nanti kau balik aku bagi list tempat makan yg kau mesti pergi. Dah 4 bulan aku balik. Beras sekampit pun tak habis2 lagi :D.

Kak Yati --> kat situ makanan kampung ada, makanan barat pun ada. Tapi nanti kalau nak pi kau tinggal le askar2 kau kat rumah aku. Pergi berdua baru romantik gitu

MK said...

k.dal - HAPPY BIRTHDAY. actually u're only older than me like few weeks!! sungguh tidak aci..heheh.. jap lagi i pulak 31 y.o

anyway - your 1st pic caption tu 'petronas twin tower' k.dal pegi twin tower ke KL tower? kompius...but i figured kl tower kan..kan..

kalau ade kelapangan pastu nak visit petronas twin tower sky bridge inform me. i'll book the ticket for u ok. FOC ni - tak tipu

love ya! happy birthday again

-dal- said...

thanks MK ....

kak dal pi KL tower.. tapi kat background gambar tu nampak sayup sayup twin tower hehehe. Ralit sgt makan sampai tak perasan seat dah mengadap twin tower. amik gambar pun dah terlambat.

Waa.. bestnya buleh dapat tiket free. Ok nanti kak dal nak pi kak dal contack MK... thank you thank you

ujam said...

wa....sgt best. kalu aku byk duit gerenti aku merayap keliling Kl n Bangi...wah!!! tetiba aku rindu nak pi Bangi!!! (ape kes?? ahhahahahh!!!)sori ye dal, mereng jap. :-)

ujam said...

sebelum terlupa..happy birthday sekali lagi . terlupa ko dah tak bukak2 FB.

tik said...

wahh dal.. romantik nyea.. ala2 macam dlm buku cerita yeaa... happpy birthday...:D

mrshenri said...

epi besday dal!!!! bestnya mkn kat restoran berputar? x mabuk ke? (sungguhlah aku jakun...)
baju ko tu lawo, aku suke... beli kat mana? sanggup tak kita boria? :P

-dal- said...

Mazu ---> thanks. Meh la datang Bangi, tidur rumah aku meh. Lama gila tak jumpa kau. Dekat 6 tahun dah.

Tik --> thanks...sementara masih berdua ni buleh la meromantikkan diri. Nanti anak dah berderet celebrate kat romah jer la.

Izan ---< thanks for the wishes. Ala.. dia bergerak slow gila. Tak de nyer sampai tahap mabuk.

Baju tu aku beli kat Parkson Sungei Wang. Kat Parkson lain pun ada kot. Brand South China Sea rega 80 hengget sehelai. Tak pe kau kat Melaka aku kat Bangi. Nanti kalau ada gathering aku kol kau dulu tanya baju apa ko nak pakai ehehe

ujam said...

insyaAllah,jika ada redjeki. wa!!! aku pown x sngka...enam tahun!!! rindunyer ngan ko!!

teratakmuslaily said...

happy belated birthday dal.. mcmaner akak leh miss entry ni pun tak tau... anyway, uncle midon mmg kelaaaaaaaaaaaaslah! ingatkan brutal, rupa2nya manyaaaaak lomantik!!! muhehee...