"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Saturday, 30 May 2009

Barn Buddy


another distraction... menciiiiiiii

Thursday, 28 May 2009

dua tiga kucing berlari (tiada kaitan)


boring betul aku hari ni, tak de cerita besh nak tengok. Last-last aku pun menonton cerita MATAHARi kat TV3. Sangat tak best OK cerita tersebut. Jalan cerita ntah haper haper. Dari awal sampai hujung cerita sengal tak berkesudahan.



Forum Gossip pun tak de cerita menarik. Ada tak de yg heboh sekarang adalah kisah cinta tiga segi antara Ustad rebonding- bini ustad- Wasinni. Malas le aku nak amik port. Tapi bila kes2 macam ni terjadi yg aku paling menyampah adalah kat TV3. Sangat la menangguk di air yg keroh. Panggil interview la kat WHI. Pas tu Melodi hari Ahad nanti mesti Misel si rambut karat jadi batu api.

Tapi aku suka plak tengok gambar-gambar majlis cukur jambur Engku Aleesya anak Erra- EE. siap ada pelamin lagik. Lagi lawa dari pelamin masa aku kawen dulu. Yelah aku kan kawen tak de budget. Haruslah pelamin tak semenggah. Make-up pun ala ala stok mak lampir.

OK la... malam ni nak tidur cepat. Dah 3 malam aku tidur pukul 7 pagi. Mata pun dah macam kungfu panda. Tapi tadi dah letak krim Nivea Q10 plus. Esok pastinya mataku kembali bersinar.

Tuesday, 26 May 2009

Spring Cleaning - Phase 3

Store



BEFORE
full with boxes: packed and ready to put in the 'kontena'
++++ some more junks that need to be pack.

AFTER....
0.0001% better. It is a store anyway. What should I expect.

Spring Cleaning - Phase 2

My not-so-clean kitchen

Ini adalah gambar setelah dibersihkan... tak tergamak aku nak lampirkan gambar sebelum dibersihkan....sangat ye kotoran degil disana sini.

Mission kali ni adalah untuk memeriksa stok makanan yg menghampiri tarikh luput.




Quaker Oat ni dah expired pun. Aku pun tak ingat bila aku beli. Tahun lepas kot masa aku mula menyedari yg aku perlu diet. Tapi aku adalah sangat bukan cereal.








Tempura batter mix ngan beras sushi.... not really into the Japanese mood in the meantime. Ada masa sebulan lagi sebelum the batter expired. Dulu suka betul makan tempura ... tapi sejak aku kontrol makan benda benda deep fry ni lansung tertutup pintu hatiku pada tempura.







1. Bertimbun timbun pasta. Mutah pasta la aku bulan ni.

2. Tepung ubi, tepung pulut & tepung beras. Lemah betulla aku nak buat kuih tradisional.

3. tepung roti, tepung naik sendiri & tepung gandum. Maybe I should start baking again. Dah lama oven tak berasap.

4. Barley - OK esok minum air bali.
Beras pulut - thinking of seri muka... sedapnya


Lidi sate yg berlambak lambak. Ha! yg ni bukan aku beli. Ni adalah peninggalan Kak Hanny-Jon tokeh sate tersohor di Nottingham. Nanti aku balik Malaysia akan ku wakafkan lidi-lidi ni. Tak layan la cucuk cucuk sate bila balik Malaysia. Beli je kat Haji Samuri. Tapi aku lagi suka sate Jeng Kuan dan Wak Ngadino Parit Raja.









Ramekin pots yg bakal di masukkan ke kotak. Dah tak de masa aku nak meng'souffle' dah. Yaya, ni la yg aku beli 4 sepound tuh. Tapi bila nak beli untuk ko asyik tak de jer kat kedai tu. Tak de rejeki kau le tu.










Teh pelbagai jenis yg berkotak-kotak ... haruslah kalau aku tak de kat muka bumi ni akan aje semua pengusaha ladang teh jatuh bankrap. Green Tea Pure/Lemon Tetley sangat sedap ye. Ketagihan aku.







Aku malas nakbuat penutup sebab dah ngantuk gila. Sekarang dah pukul 4.00 pagi. Sekian

Monday, 25 May 2009

Spring Cleaning - Phase 1

Work station

memerlukan perhatian yg serius. Semua journal aku bercampur aduk... bila nak cari rasa macam nak pitam


Shebelum


Shelepas


Legaaaa... buleh buat kerja dengan hati yg lebih tenteram

Thursday, 21 May 2009

Tafakur seketika

Untuk mereka yg telah meninggalkan kita


Mendiang Michael Scofield


























Mendiang Isobel Stevens n George O'Malley



















Mendiang Eddie Britt
















Mendiang Doomsday a.k.a Davis Bloom

























Mendiang Warrick Brown

Wednesday, 20 May 2009

Ayam percik

Dedulu kalau dapat pegi pekan Sri Gading dah kira happening abis walaupun sekadar pegi kedai Jik Leng i.e. kedai kegemaran atuk aku beli bawang , ikan etc. Lepas tu singgah makan Soto Mikun. Lepas tu singgah Warung Hamid tapau rojak manis.

Hari yg paling ditunggu biasanya adalah hari Sabtu sebab hari Sabtu ada pasar lambak Sri Gading. Bagi sesiapa yg terpilih dapat ikut atuk aku pegi pasar lambak tu mmg bertuah le. Dari tengah hari dah siap mandi dan pakai baju gown ropol ropol (trendy abis le tu kononnye). Zaman tu kitorang tak de kereta. Samada pergi naik teksi ataupun naik motor Hondacup C70 ayah aku.

Aku paling suka makan ayam percik. Ayam percik Sri Gading tahun 80-an memang paling best di alam semesta. 15 tahun kemudiannya aku byk habiskan masa kat Bandar Baru Bangi. Tapi ayam percik pasar malam Fasa 1 ngan Fasa 4 adalah tak berapa nak best. Bila balik Batu Pahat pun aku jarang dah pegi pasar Sri Gading, masa tu aku dah pindah duduk kat Tmn. Beroleh. so pasar lambak pun dah upgrade pegi pasar malam PESTA ataupun KG. ISTANA. Zaman ni tengah jakun makan Roti Jon.

Panjang la plak mukadimah aku. Yg sebenarnya aku nak share resepi ayam percik yg aku rasa agak sedapp. Aku dah try byk resepi ayam percik. Tapi kebanyakkannya tak menepati piawaian tekak aku. So, hari ni, aku try resepi oleh YANI dari myresepi. Ermm.... boleh tahan sedapnya. Sekiranya anda adalah penggemar ayam percik I would say that this resepi is worth to try.




Bahan Bahan

* 1 sekor ayam yang dipotong 4
* 1 1/2 cawan santan pekat
* 2 biji bawang putih
* 1 labu bwg besar
* 2 cm halia
* 2 batang serai
* 1 camca kecil ketumbar
* 1/2 camca kecil jintan putih
* 1/2 cawan tepung beras
* sedikit air asam jawa@asam keping
* cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
* 1 sb gula gula merah
* sedikit garam

Cara-cara

1. blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta
bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak
pekat.
3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera
masing2

Tuesday, 19 May 2009

Coffee Intolerence

My stomach says coffee no more


http://www.joe-ks.com/archives_apr2006/HealthyBreakfast.jpg

picture is taken from here


and now.. I can't survive the night.


OMG it just 1.30 am. I need more hours please

Monday, 18 May 2009

Tag-6

Seperti biasa ni tag yg dah berkurun lamanya tapi aku baru nak buat. Kali ni tag adalah mengenai purse atau wallet atau dompet atau beg duit serta isi kandunganya.

Sebenarnya aku ni bukanla jenis orang yg bawak purse kehulu kehilir. Aku ni pelupa dan suka tinggal tinggal barang. Oleh itu adalah lebih selamat kalau aku tinggalkan aje purse kat rumah. Duit masuk dalam poket seluar je.

A. Snap the picture of both inner and outer of your purse

Photobucket

Aku ada 2 purse. Purse kaler Pink adalah untuk kegunaan di UK dan sentiasa ada dalam beg sekolah. Purse kaler hitam pulak adalah purse aku masa kat Malaysia dulu yg dah berkulat dalam laci.

B. Introduce your purse brand, price & where you buy.

i) Brand: Next
Price: 4.99 GBP
Where I bought: Next, Victoria Cetre (Year 2004)

ii) Brand: Carlo Rino
Price: Tak ingat
Where I bought: Metrojaya, MidValley MegaMall (Year 2000...gila dah lama)

C. Take out whatever its inside your purse

Photobucket

Pink Purse
Upper: Left to Right
i) HSBC Cards -yg tak de duit di dalamnya
ii) Collins Card-dah 2 tawon tak guna
iii) Family planning clinic card - ish.. baru teringat kea pi check IUD next month

Lower: Left to Right
iv) Student cards - dua dua tak berfungsi, aku nak masuk chem building pun tak bleh
v) Kad NI - dapat masa keje cleaner dulu
vi) Boots cards - kad yg paling berguna sebab aku suke shopping kat Boots
vii) CD gambar Passport

Black Purse

Photobucket

i) Citibank - dah lama nak terminate kad ni, tak terbuat buat
ii) MyKad - walaupun saya suka dok UK, tapi saya tetap warga Malaysia
iii) Gambar Family - gambar diamabil 6 tahun lepan masa aku grad Master. Sekarang ahli family dah bertambah dan ramai yg dah bertukar size hehehe
iv) Setem Malaysia - patriotik hokkay
v) Sim Card TMTouch n Celcom - entah kenapa aku simpan aku pun confuse, padehal dedua no dah terminate

Photobucket


Duit dalam purse hitam: RM 37 ...boleh buat makan sate nanti bila balik Mesia

D. Tagged other 7 persons


Dipersilakan untuk sesiapa yg berhajat nak buat tag ni. Tapi terlebih dahulu aku ingatkan sila blurkan info info penting atas kad anda untuk mengelakkan kejadian fraud.

E. Comment on your friend’s (who tagged you) purse.
Aku lupa sape yg tag aku

Saturday, 16 May 2009

Photobucket under maintenance

Aku nak tulis entry 'tag bergambar'. Tapi Photobucket under maintenance la pulokk.

Korang tau tak methodology lain cemana nak letak gambar kat dalam blogspot ni. Susah jugak kalau photobucket selalu buat perangai.

Aku tak suka entry tanpa gambar meskipun gambar yg dilampirkan mungkin tak releven. Rasa macam kurang MSG.

Friday, 15 May 2009

10 Things You Should Know About the True Johorian

Sebenarnya aku dah pernah buat entry ni hampir 2 tahun yg lepas. Kira entry ulangan la. wow macam ASTRO plak ada ulangan. Tapi sebab semalam aku ngan geng geng Notts aku sibuk buat Kuiz loghat Johor tetiba aku rasa aku buat entry revisited. OK lah... the rest of the entry aku sekadar kopipes dari entry yg lepas with a few modification

____________________________________________________________________

kredit kepada penulis asal artikel ini @ makandeh.blogspot.com

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ?Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?Dan macam-macam ekk lagi.

Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?
So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru.

Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).


4. They are brash with a CRAZY sense of humour.Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.


5. Diorang ada ENDUT **.Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat : Haa...kau dah ada endut yer ?Kau pergi berendut kat mana ?Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ?


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu.

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan.


9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK .


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

Tuesday, 12 May 2009

Its a Finale Month

Semua TV series dah menuju ke arah Season Finale. Desperate Housewives, Greys Anatomy, Lost, Gossip Girl, CSI Vegas bla bla bla. Tak tau nak tengok apa lepas ni. Rancangan CAK CAK Azwan Ali mungkin :P

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRGI9y7tvgh5CuF3Wt0uP2htcHHnrVqFwe41uagcWvAKWPJPzqNmB53XP9NIsI8lMEZr7eyWU-xgCSUJo0leWPsc7iBjWaGLCmDzkZhCVFPHhtZO8eimQ429s5Hi_QxXUxmavfPKGISpI/s400/PB-Michael-Scofield-prison-break-638203_1024_768.jpg

Yg lagi tak best nya Prison Break Season 4 adalah final season. Tak suka. Tak bleh tengok Maikel Skopil yg genius lagi.

Saturday, 9 May 2009

Sabtu yg indah

Aku suka malam Sabtu sebab malam tersebut dah diperontokkan untuk membuat kerja kerja tak berfaedah contohnya tengok Shah Hendrawan menang OIM kat youtube, tak pun tengok Aril katAF7... terbaik wok!! (sila ikut gaya Aril).

Salah satu aktiviti wajib adalah melayari thread Gossip kat Forum CARI... heheh as if aku tak tengok hari hari. Biasanya hari-hari weekdays aku screening tengok tajuk apa yg best, bila weekend baru baca dengan detail. Sangat full of determination OK when it comes to Gossip. Harus wartawan Zubir amik aku kerja kat Bi-Pop kalau dengar.

Thread kegemaran aku minggu ini jatuh kepada thread 'artis2 sejuk beku'. Best gila dapat dengar lagu2 lama 90-an. Zaman zaman cinta cipanzi letak bedak Cuticura dalam surat ataupun dapat hadiah minyak wangi Echanteur +++ feeling feeling Sofia Jane. Ye... aku memang keji.

Aku jumpa 2 lagu yg aku suka bangat suatu ketika dahulu.Aku rasa lagu ni top around 1991-1993. Sebab masa form 4/5 kat MRSM aku tak dengar radio. Bukan sebab aku rajin belajar tapi sebab kat bilik aku tak dapat gelombang FM. Cheh penat lelah je aku beli radio kat Hock Hai. Tapi aku selalu dengar lagu Saling Merindu-LEON dari bilik Che Nab di tingkat bawah. Eh.. kat mana le Che Nab skang ni (off topic) .

OK untuk kawan2 yg pernah melalui era kegemilangan Pop 90-an. Enjoyyy



Wednesday, 6 May 2009

Sukaneka Musim Bunga 2009

It's when the friendship is beyond your imagination.
I know that someday I'll miss those happy faces

Photobucket


Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Burung puyuh berbuat sarang,
sarang rebah di atas rimbunan,
Ukhwah disemai dibajai sayang,
kasih berputik berbuah persahabatan

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Syukur panjatkan pada YA RABBI,
pertemuan kita dihari ini,
Andai terpisah dari duniawi,
mohonlah agar dipertemukan kembali

Monday, 4 May 2009

Alton Towers


-->Photobucket

Ni adalah cerita lapuk minggu lepas. On 24/04 we went for 2 days weekend gateaway @ Alton Towers Resort. Tempat yg ala2 Genting Kota Keriangan. Otak aku dah mula bernanah tengok spectrum/graph/table etc. Nasib baik ada The Sun/Alton Towers yg baik hati bagi tiket free (with a small effort oleh Midon yg emosi kumpul token selama 7 hari berturut2). Knowing me, he knows I‘ll love this place very much. Walaupun pun aku ni nampak angggun, ayu dah lemah lembut tapi aku suka naik rollercoaster.
Pagi tu, aku melangkah kaki keluar rumah dengan suatu perasaan yg sukar untuk ditafsirkan… wow ayat. Sangat takut dan berdebar2 ye tuan tuan dan puan puan. On that time I guess the adrenalin rush era is already over. There is no more extremely extreme ride for me. I started to think about my responsibilities for everybody in my life e.g kalau aku mati sape nak jaga laki aku (walaupun aku konpem beliau akan jer kawen lain) ataupun mak ayah aku dah tua inila masanya aku nak balas budi mereka (anak solehah juga aku rupanya). So aku rasa kalau mati katak di kala ketika aku tgh main roller coster sangat tak manis OK. Setelah meroyan sedikit sebanyak sepanjang perjalanan dalam kereta sampai laki aku ugut nak patah balik, aku decide nak main ride yg lite lite jer. Begitulah niatnya.
Akan tetapi, surprise surprise…. bila tengok orang menjerit jerit main roller coaster lansung jer aku teruja nak main jugak walaupun takut. The truth is I kind a love the intense feeling. Somehow it boosted my confident. It might be weird but it works on me. Example: Di suatu pagi yg indah seorang wanita berdiri di depan bilik B50 dgn perasaan berdebar2. Tatkala itu beliau terfikir akan sesuatu : ek…eleh, main Nemesis boleh tak kan nak jumpa Martin pun takut (read Martin = supervisor).
Seperti biasa sebagai seorang yg emo.. aku main almost semua permainan except permainan yg tak sesuai untuk org dewasa. My top 3 ride goes to
Nemesis
Photobucket
Air
Photobucket
Oblivion
Photobucket

Friday, 1 May 2009

It is not easy but its worth a journey

Photobucket

What I need is just a little bit more of determination