"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday, 25 September 2008

Kenapa aku tak update blog

KERANA...

Prison Break Season 4 dah mula...
Heroes Season 3 dah start....
Gossip Girl Season 2 dah ada...
Smallville Season 8 dah tayang....
House Season 5 dah launch....

Minggu depan plak premier Season 5 untuk Desperate Housewives & Grey's Anatomy...

Tu belum lagi termasuk Supernatural & One Tree Hill

See what a TV series freak I am ... itulah aku.

Thursday, 18 September 2008

Allergy

Ni cerita 2 hari lepas. Pagi tu aku pegi school macam biasa. Tengah-tengah buat kerja, ketiak aku gatal sgt. Tergaru-garu la aku. Tapi cover le sesikit. Nanti pelik pulak omputih kat lab aku. Tak lama lepas tu, lubang telinga la plak gata.l Dalam hati aku menyumpah2 sebab tak korek telinga malam sebelumnya. Nanti aku korek telinga batal plak puasa.

Lepas jer habis solat zuhur dalam pukul 2 gitu, mata aku mula bengkak. Ish.. pelik jugak aku. So aku pun macam dah tak der mood nak buat kerja. Maka berjalan la aku balik ke rumah. Sampai jer rumah terus tidur sampai le pukul 6.30 petang. Masa ni mata dah makin bengkak, bibir lagi le bengkak yg teramat. Macam Anita Sarawak pun ada. So aku suspek mesti allergy ni. Tapi tak tau la apa puncanya. The day before tu aku makan sotong + ayam. Tapi selama ni OOOKKK jer. Tak pernah la plak aku allergik. Nak kata sebab lotion/cream pun macam tak lagik. Dah 3-4 bulan aku pakai lotion yg sama. tak der masalah pun selama ni.

So malam tu lepas berbuka aku pun pegi le hospital check ngan doktor. Yelah takut jugakkan kalau bengkak2 tu disebabkan chemical yg aku guna. Tapi doktor kata allergy biasa jer. Lega ..

Malam tu balik makan ubat terus tidur. Esok paginya bengkak muka + bibir dah elok dah. Mata jer bengkak lagik... hehhe suka jugak aku. Ada alasan nak ponteng school. So ponteng la aku sehari. Hari ni ingat nak ponteng lagik. Tapi memikirkan byk kerja yg menunggu, ku seret jua kakiku ke school.

Lagi 5 minit nak buka puasa. Aku nak buat air teh ni.....
menu hari ni... udang masak lemak cili padi tempoyak.


Wednesday, 10 September 2008

Dedar

Korang tau tak DEDAR ni apa? Kalau ikut orang johor pronouncation nya adalah DEDORRR. Ala yg rasa badan tak sedap macam nak demam tapi sampai ke sudah tak demam-demam. Itulah dedorr. Dah 2-3 hari badan aku tak sedap. Kepala berdnyut-denyut. Gusi aku pun berdenyut-denyut. Rasa macam nak tanggal gigi. Serious punya uncomfortable. Tu yg aku tak lalu nak update blog. Balik rumah habis je masak terus mandi air panas. Lepas tu buka + tarawikh. Lepas tu terus mengerekot bawah duvet lantas tertidur.

Lately ni asyik hujan jer. Pegi school kena hujan. Balik school kena hujan. Tensen betul. Semalam tegah aku jalan on the way pegi school, bas lalu sebelah aku dan men'splash'kan air lecak. Habis basah lokos separuh badan. Niat nak ponteng jer, tapi memandangkan ada 'explosive' reaction yg aku kena tutup aku pegi jugak ke school. Nanti kang ada yang melotup bangunan kimia tu.


Sampai school, dekat sejam jugaklah aku keringkan seluar aku pakai 'heat gun'. Semalam memang hari spoil aku. Semua benda aku buat tak jadi. Dah buhsan dengan kegagalan demi kegagalan pukul 4.00 tu aku decide balik rumah jer lah. Balik rumah mandi pas tu tidur..zzzzz. pukul 7.00 bangun masak untuk berbuka. Pukul 10.00 tengok Smalville. Pukul 11.00 tidur kembali

Sekian catatan aku untuk hari semalam yg tak best. Minta2 hari ni urusan aku dipermudahkan. Aminnn

Thursday, 4 September 2008

Tag-3

1) What were you doing 5 years ago?

- were busy settling all the ' go to UK stuff'. Ulang alik pegi JPA. Shopings for luggage, winter coat, shoe, stockings bla...bla... bla. Semua benda nk bawa dari Malaysia. Macam le tak der jual kat UK. hihihiih

2) What are 5 things on your to-do list today?

- experiment...experiment...experiment...experiment...
- writing...writing...writing...writing...
- upload new songs into my iPod
- cooking for iftar
- watching F.R.I.E.N.D.S.. again!!!

3) What are 5 Snacks you enjoy?
- oreo
- pringles
- asam kecut
- doughnut
- fruits

4) What are 5 things you would do if you were a billionaire?

- clear all the debts
- perform hajj
- donating
- buy the 'bestest' of BMW
- build my dreamhouse ... with one special super duper big room for my hubby to put all his
stuffs which annoy me very very much nowadays


5) What are 5 jobs you've had?

- gembala kambing..helping my dad while I was a child
- fruits stall hawker .. again helping my dad while I waited for my SPM results
- tukang lipat baju at some crappy textile factory
- UKM tutor/lecturer
- domestic engineer a.k.a cleaner


Menu Berbuka : Hari ke-3 dan ke-4

Dua hari ni aku tak der mood nak masak. Mentang le aku tak pose. Sebelum waktu buka tu dah baham memacam snack yg ada kat rumah. Pas tu perut dah tak lapar... bercinta betul nak masak.

Hari ke-3
Nasi goreng kampung
Sup Ayam
Puding Marble

Hari ke-4
Sardin
Ikan sepat masin goreng berlada
Telur dadar
Puding Marble semalam

Wednesday, 3 September 2008

Menu Berbuka - Hari ke-2

Hari semalam bas sampai lambat. Dah la hujan lebat. Rasa nak flying kick jer driver tu. Tapi aku tau dia tak bersalah. Traffic jammed. Mat/minah Salleh sibuk la plak nak balik time tu. Mungkin diorang pun seperti aku.. nak kejar waktu berbuka pose.
Sampai rumah dah pukul 7. Lagi 55 minit nak bukak pose dah. Nasib baik Midon balik kerja pukul 8. So menu cincai aku semalam

Nasi putih
Sambal dendeng daging ( nasib baik daging dah rebus siap-siap)
Kuew tiow Hailam
Teh Panas

Tuesday, 2 September 2008

Menu Berbuka - Hari pertama

Penat2 aku puasa semalam... balik2 dari school pukul 6.30 petang period la plak. Tapi kena masak utk berbuka la jugak kan. Tak kan nak bagi laki aku makan biskut kering plak.

So, menu semalam

Sizzling Noodle - dgn bangganya aku merasmikan sizzling plate baru aku
Kentang Oregano
Nasi putih
Ayam masak Merah
Air Teh O

Menu sahur pagi tadi

left over menu semalam..hihiih