jika kita berhenti berusaha, maka matilah cita-cita.... tiadalah harapan. Oleh itu, janganlah berputus asa
"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"
Monday, 6 August 2007
Baby???
Bulan April 08 nanti genap 4 tahun aku kawen..rasa macam sekejap jer
Mesti ada di kalangan korang yg baca blog ni tertanya-tanya kenapa aku tak der anak lagi... tapi segan-segan nak tanya. So biarlah aku menjawab pertanyaan korang.
Aku tak der anak sebab aku perlu menghabiskan PhD aku dulu. Kerja aku kat dalam lab yg penuh dengan segala macam chemical memang tak menggalakkan utk aku pregnant. Kalau aku pregnant pun possibilities nak misscarriage sgtlah tinggi dan sangat byk juga chemical yg berlabel ‘harmful/dangerous to unborn child’. So untuk kebaikan semua pihak, aku memilih untuk melambatkan aktiviti pengembangan keluarga.
Actually, masa aku mula2 kawen dulu aku pernah pregnant … bila aku bagitau SV aku dia suruh aku cuti setahun, dia memang haramkan aku masuk lab…and he seems really unhappy with my condition, siap hint suruh aku berenti lagi tu. Tapi mungkin memang bukan rezeki kami, after 2 months aku miscarriage. Since that, kami bersetuju untuk tunggu aku habiskan dulu PhD..barulah planning utk dapat anak…
Kat sini aku nak express my acknowledgement utk hubby aku yg sentiasa sabar walaupun selalu kena sakat pasal kitorang tak der anak lagi..dan semua family aku kat kampung yg tak pernah pressure kami dgn segala soal siasat..
Akhir kata, aku minta korang doakan aku cepat habis PhD.. maka cepatler aku dapat anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Ya Allah Dal, tabahnya hang..kagum aku..aku doakan hang cepat habis phd..aku pun selagi tak habis belajar tak kan tambah baby kot..
ala dal...tak payah risau apa org ckp..sbb org takkan bhenti bercakap..klu x kawin..tanya bila nak kawin..dah kawin..tanya bila dpt anak plak..kang dah dpt anak...mcm2 lagi soalan...so, aku rasa better ko buat x tau je..just enjoy and go with the flow....yay!!
sgt la are-t, yang aku dah anak sorang ni pun akan je org tanya bila lagi nak tambah..
aku sgt paham..sb aku ni sibuk org duk tnya bila nk anak//??huhuhu
Biasanyer aku Ok jer... bila sesekali berkumpul tu tengok org lain ada anak jeles la sket-sket.
Aku kalau orang sebuk-sebuk..aku selamba jer sound suruh diorang kasi anak diorang kat aku...hehe.
As..Ko kalau nak tambah anak better before ko mula PhD. Kalau ko nak tunggu habis PhD kena tunggu lagi 3-4 tahun. Nasib tak baik 5 tahun. Masa tu umur kita dah berapa dah..unless ko memang tak nak anak banyak ler :).
Macam aku memang nak anak banyak..at least 6 orang..insyaAllah kalau ada rezeki.
wow dal, ramainye..aku nak paling2 pun 4 kot..insyaallah.. mmg aku ingat kalo usm n kpt x bagi aku sambung phd lagi aku akan menambah..hehe..itu pun kalau ade rezeki..
Itu harapan aku jer nak 6 (kalau boleh).. tapi kalau kemampuan (ekonomi/fizikal/emosi) tak mengizin aku kurangkan ler ...:)
dal...midon buat apa skg...muka midon ni..mcm pernah ku jumpa..tp di mana ya....
emm ni history hubby aku..ko track ler kat mana yg ko possible jumpa dia
1994-1995 - MRSM Serting
1996-1998- PPP/ITM ADP program
1999-2001 - UTM JB ( sebab diorangkan tak dapat fly)
2001-2004 - Kerja MIMOS + part time Master kat UTM JB
2004 - ikut aku gi UK
hubby aku amik electrical eng.
Tp ada possibility jugak yg ko jumpa tu twin dia ..sebab twin dia buat Matrik UPM kat Kolej Mara Kulim.
ataupun ko jumpa dia kat bandar MuOR masa outing..hubby aku ni orng Bakri jer..rumah dekat giler ngan MRSM
Dal, hubby hang ade twin ke, mesti nanti hang pun dapat twin..syoknye, kalo aku dapat twin akan je lega..sbb sekali beranak kluar 2..hehe..
eh Dal, senang ke nak dapat part time technician kat sana? Husband aku sgt la technician komputer, nanti kot² aku dapat sambung ke uk, hang rasa senang x dia dapat keje ala² tu?
As..hubby aku sgt twin, kalau jumpa in real life memang sebiji..aku pun harap dapat twin..kalau nak anak 6 beranak 3 kali jer..:)
pasal kejer plak.. insyaAllah kalau hubby ko tak putus asa untuk apply mesti boleh dapat punya.
Actually, memang agak susah nak dapat kerja yg ber'sijil' ni. Laki aku pun pergi interview dah lebih 15 kali, at last dapat jugak. So yg penting kena bersungguh-sungguh dan confident. InsyaAllah dapat.
dal..potensi ko nak dapat twin mungkin ada kan..best nyer..husband aku kata dier nak paling tidak 5 orang..tapi kitorang tak der history twin..huhuhu..3 more to go...insyaallah..kalau diberi rezeki..
dal..kalau sesaja nak migrate g sana carik keje pun susah ek?..husband aku pon ee engg. ..husband ko dapat keje kat sana electrical gak ker?..
Post a Comment