"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Friday, 6 November 2009

Cuci The Musical

Aku malas nak komen panjang panjang.. tapi memang bestttt gila sampai rasa nak menitik air mata.

picture credit to http://www.cucithemusical.com/

Oleh itu aku arahkan semua orang pi tengok dalam kadar yg segera. Hari Ahad ni dah abis tayangan. Cepat cepat sebelum ketinggalan.

p/s: aku sekadar menyampaikan pesanan Hans Isaac, dia kata kalau suka tolong habaq kat kawan kawan

Thursday, 5 November 2009

finally... he is happy

Aku sorang je ke yg tak rindu dengan kehidupan di Notts...wow, tiba tiba rasa berdosa.Tapi tak bermakna aku lupakan korang-korang disana. Kadang2 tu teringat juga celoteh geng geng yg kepoh . hehehehe. Namun pabila dihidangkan dengan Sate Hj. Samuri lansung je kerinduan tu lenyap. huhuhuhu. Jgn marah ye kakak kakak adik adik. Gurau jer. Tapi Malaysia memang beshhhh.

OK berbalik kepada konteks asal entry ni.. sebenarnya aku nak cerita pasal Midon yg sentiasa rindukan Nottingham. Bak kata pujangga.. dalam keceriaan itu, terselit kerinduan. Tak pe lah, dia memang soka dengan orang-orang Nottingham, berbeza dgn aku yg lagi suka memerap kat rumah tengok TV.

Namun hari-hari mandom beliau telah kembali ceria sejak kehadiran buah hati dari UK. Setelah lama menunggu akhirnya berjaya juga kereta kami keluar dari port. Alhamdulillah.

Mari kita sama sama saksikan keceriaan beliau ----->

Akan tetapi... yg tak beshnya beliau sedikit berlagak OK!!. Start jer engine kereta, terus cakap 'Ha!! ni la baru dinamakan kereta'.

Wah!! sebagai pemilik Kancil buruk yg dah 2 bulan berjasa ahkak adalah sedikit sentapp . Tapi tak pe.. buat sementara waktu, aku idjinkan



Thursday, 29 October 2009

Bukan niatku



Bukan la niat aku nak berlagak.... tapi kat Malaysia ni panas gila OK!!! sampaikan dalam bilik air pun aku rasa kena ada kipas

Tuesday, 27 October 2009

kemas office

Alhamdulillah... bila aku balik semula ke UKM, aku dapat office lama balik. Bukan apa... sebenarnya banyak khazanah lampau yg aku tak sempat kemaskan sebelum aku pi UK dulu. Walaupun tutor tutor silih berganti duduk kat bilik aku ni, tapi barang2 aku masih tersusun elok cemana aku tinggalkan 6 tahun dulu.

Hari ni free sikit sebab dah minggu exam ... dan otak aku pulak ala2 jammed nak tulis thesis. Maka aku pun amik kesempatan kemas office... buang barang barang tak penting yg selama ni aku sayang nak buang tapi sebenarnya tak de makna nya kalau aku terus menyimpan.

Antara barang2 tak penting yg aku simpan hampir belasan tahun ni adalah nota2 'request' yg aku dapat masa kat MRSM. Ex- MRSM students aku rasa dah well known dgn apa dia request ni. For those yg tak tahu 'request' ni ala gift/makanan berserta nota yg diberikan oleh kawan/classmate/roomatee/secret admire kepada seseorang. Tapi tidakla ia diberi secara direct. Biasanya ia diberikan melalui perantara. Dulu kat MRSM setiap homeroom diberi jadual untuk menjalankan jualan request.

Aku pun tak ingat yg aku masih simpan notes2 nih. I think it is already the time to get rid all this 'cinta monyet' stuff. Yelah aku sekarang ni dah jadi isteri orang... para para 'old flames' juga ramai yang dah jadi bapak orang. Tapi aku rasa kalau masing2 terbaca balik 'kalimah cinta' yg pernah ditulis, mungkin akan aje terjun bangunan mengenangkan kesengalan zaman muda mereka. hehhehe

Request ni bukan semata2 dari secret admire sahaja. Best friend juga diidjinkan untuk menghantar request. Antara2 request2 yg berjaya membuat aku tergelak sorang2 dalam opis adalah request dari Atie.


notes dari atie yg dipenuhi tuduhan terlampau. Aku tak jiwang OK!!!





Nota arahan supaya aku jgn tidur kat surau..hehe --->

Monday, 26 October 2009

Rinduu..

Tengah2 tidur malam tadi aku terbangun. Tiba tiba mimpikan ecky dan ichi ... rindu. Lansung je menangis sambil sambung tidur semula.

For other people, they may be only a cats... but for me they are my babies. Macam ecky aku dah bela selama 3 tahun sejak umur dia 2 minggu. Kalau la dia tu manusia mungkin dah pandai berlari. Macam Ichi plak.. walaupun aku baru bela setahun since Kak Hanny/Jon balik Malaysia .. pun aku sayang jugak.


< --- Ichi. masa on the way pergi RSPCA Radcliffe. Tak pandai duduk diam .

Ecky ----> duduk diam jer kat tempat kaki. Aku rasa masa ni dia tau dia nak kena rehoming. Buat muka sedih je sepanjang perjalanan



RSPCA Radcliffe

Sebenarnya dah 3 bulan aku rehoming kucing 2 ekor ni kat RSPCA ... cuma aku tak tergamak nak tulis dalam blog, sebab sedih sangat. Kadang2 aku salahkan diri aku sebab tak mampu nak bawa diorang balik Malaysia. Yelah bukan sikit belanja ... kos nak bawak sekor kucing mencapai 500 pound. Lain la kalau aku ni keja cop duit. Walaupun hati aku ni emosi habis nak bawak balik .. at one point aku cuba bertindak se rasional yg mungkin.

muka aku sembab gila sebab dah 2-3 hari menangis...


Yang boleh aku doakan... supaya mereka dapat tuan baru yg baik. Aminnn

OK, aku tak lalu nak tulis panjang2 sebab air mata dah bergenang. Gambar2 yg dilampirkan adalah saat2 akhir bersama ecky dan ichi

Bye bye Ecky dan Ichi


We'll always love you

Thursday, 22 October 2009

Home Sweet Home


Yeay!!!! loan rumah dah approved.

Wednesday, 21 October 2009

poppadom



Sebagai menyambut seruan Atie... aku nak tengok Poppadum malam ni kat TGV Mines sambil makan popcorn.